BISMILLAH,
Alhamdulillah, tengahari ini aku masih berkesempatan untuk membuat sedikit coretan diatas papan blog. Mungkin sebab kuliah hari ini akan bermula pada pukul 4-ptg, so aku akan gunakan waktu terluang ini untuk berkongsi apa yang ingin aku kongsikan kepada kawan-2 aku. Hari ini x ada cerita-2 percutian, cerita-2 kampus , cerita kawan-2 dan lain-2.
Tapi hari ini mungkin aku ingin berkongsi kepada semua mengenai sebuah lagu nasyid yang banyak memberi aku inspirasi, penginsafan, ingat kepada dosa-2 aku dan menghargai kehidupan ini dengan lebih baik, dengan pengertian perkataan yang cukup mendalam melalui penulisan lirik-2 lagu yang indah. Aku telah mendengar lagu ini buat pertama kalinya menerusi youtube yang didendangkan dengan cukup merdu oleh Imam Muda Nazrul. Mungkin perlancaran lagu ini telah dilakukan lebih awal dan aku tidak mengetahuinya. Tapi itu bukanlah topik yang ingin aku bincangkan.
Buat pengetahuan korang, lagu ini merupakan nyayian kumpulan In-Team yang turut di muatkan dalam Album-Allahu Rabbi. Mungkin lagu ini mampu menambat hati pendengar-2nya, InsyAllah. So, korang layan dulu la lagu ini ok. Aku telah sertakan lirik-2 sekali bawah video ini:
KEPASTIAN-IN TEAM
Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya
Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
Lagu: Suhaimi & Khairul Salleh
Lirik: Suhaimi & Khairul Salleh
Korang dah dengarkan??, mungkin ada sedikit pengajaran yang korang dapat dirungkaikan dari lagu ini. Bagi aku, kehidupan ini adalah persinggahan sementara untuk kita menuju jalan akhirat yang kekal abadi. Kekal abadi ok???. Jadi manfaatkan la masa muda kita dengan sebaiknya, aku pun bukan baik sangat ??rakan serumah aku tau lah perangai aku macam mana. Tetapi aku bersyukur kerana masih dicampakkan rasa kehambaan kepada Tuhan Pemilik Alam ini iaitu (Allah Taala). Aku juga manusia lemah yang sering tergelincir untuk melakukan dosa -dosa. Apa yang penting,sama-2 kita memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan Kepastian Alam Akhirat mesti kita yakini,
Wallahualam.

No comments:
Post a Comment