♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Monday, June 4, 2012

Kenapa Mengantuk

Assalamualaikum :-

         Salam cintaku untuk semua pengunjung dan sahabat setia blog ini. Semoga Allah SWT selalu memberkati kita semua ,Amin Ya Rabb. Pagi subuh ini, aku terdetik untuk bercerita mengenai topik mengantuk yang tidak asing bagi kita semua. Anda pernah terfikir kenapa kadangkala kita mengantuk???


       Mengantuk merupakan antara salah satu nikmat yang Allah berikan kepada manusia di muka bumi ini yang perlu kita syukuri. Cuba kita bayangkan kalau tidak mendapat nikmat mengantuk?? semestinya manusia di muka bumi ini akan sentiasa bekerja 24 jam tanpa henti. Sedangkan mesin pun akan mengalami saat kerosakan sekiranya sentiasa bergerak/berfungsi, inikan pula manusia yang lemah yang mempunyai perasaan yang berbagai-2. 



          Apabila kita berbicara mengenai mengantuk, sudah pastinya ia akan dirantai dengan istilah berehat(tidur). Kadangkala, kita sebagai manusia sering alpa untuk memanfaatkan waktu berehat  yang telah diperuntukkan kepada kita dimalam hari. Kita lebih gemar untuk mencelik mata dengan membuang masa dengan hanya menonton televisiyen dan bersosial dialam maya dengan berlebihan tanpa mendapat sebarang faedah.

                  Seperkara lagi yang ditakuti ialah, apabila keadaan tubuh menjadi letih dan lesu, ia menyebabkan sesetengah orang itu tidur seperti mati tidak sedarkan diri lagi walau pun sudah puas dikejutkan. Tabiat seperti ini haruslah diubah dengan segera sebelum ianya memberi kesan buruk kepada diri individu itu dalam menjalani kehidupan seharian. Waktu tidur yang sebaiknya ialah dimalam hari dan amat ditekankan sepertimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud :


“ALLAHlah yang membelah Subuh dan yang menjadikan malam untuk rehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk menjadi sumber segala perhitungan. Inilah ketentuan yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Al- An’am ayat 96).


     Sekiranya seseorang individu tidak mendapat tidur yang cukup, sudah pastinya ia akan mengurangkan kecergasan fizikal dan mental seseorang pada  keesokan paginya:


Contoh-2:

*Bagi seorang pelajar, tumpuan pembelajaran didalam dalam kelas akan hilang dan merugikan dirinya.
*Bagi seorang pekerja kilang, kualiti kerja mereka akan menjadi merosot dan merugikan syarikat.
*Bagi seorang pendidik, tidak dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar sepenuhnya dengan berkesan.
*Bagi seorang pengawal keselamatan, barangkali akan dibuang kerja serta merta.
*Bagi seorang pemandu/penunggang , barangkali potensi untuk terlibat dalam nahas kemalangan amat tinggi.


    Walaupun kadangkala kita telah mendapat rehat/tidur yang secukupnya, tetapi perasaan mengantuk itu mampu hadir tanpa diundang secara langsung disebabkan beberapa faktor berdasarkan pengalaman aku sendiri yang ingin dikonsgikan bersama:

  1. Pembelajaran subjek yang membosankan atau cara pengajaran yang tidak mahir.
  2. Tidak melakukan sebarang aktiviti dan hanya menghabiskan masa dengan termenung.
  3. Demam / Makan ubat demam atau selainnya.
  4. Melakukan terlalu banyak aktiviti diawal pagi sehingga berasa letih.
  5. Menjelang bulan ramadhan.
  6. Cuti hujung minggu yang tiada perancangan aktiviti.
  7. Menonton televisyen terlalu lama.
  8. Baca buku yang tebal dan terlalu banyak fakta.

             Oleh itu, aku sarankan dekat sahabat-2 yang selalu mengantuk tu untuk bijak mengatasi masalah ini dengan apa cara sekalipun. Jangan terus biarkan diri kita lemah dibuai bisikan syaitan untuk menjadi malas,haha:. Buatla aktiviti klaw dah mengantok tu, pergi jalan-2 ke toilet ke, dengar mp3 ke, ambil wudhuk, macam-2 cara boleh kan?? Jadilah manusia yang kreatif dan inovatif.


    Sekian sahaja perkongsian  pengalaman aku untuk kali ini,
    harap maaf atas kekurangan penulisan yang mungkin memeningkan
    minda kawan-2 untuk memahami. Aku ini hanya insan lemah .
     Ilmu yang baik datangnya dari Allah SWT.
    Sebarang komen ikhlas amat dialu-alukan. Terima kasih





Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...