♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, October 17, 2013

Gelagat Sahabat Semasa Kuliah



Assalamualaikum semua dan selamat pagi...
Entri kali ini hanya sekadar mengisi gambar-2 comel sahabat sekuliahku.

Ermm..gambar ini pun diambil secara sengaja atau tidak disengajakan bagi mengisi waktu lapangku apabila mengantuk cuba melanda diriku semasa berada didalam kuliah,,

Suatu ketika, pasti gambar-2 ini menjadi kenangan terindah buat rakan-2 untuk mengembalikan memori indah semasa berada di Universiti,cewahh...Let's start..^_^



->Jejaka paling tua dalam rakan serumah,Just call abg Long. Ini sahabatku yang bernama ifwat. Mamat paling menjaga ketrampilan diri tidak kira dimana dia berada. Seorang yang struggle ketika buat sesuatu perkara terutamanya ketika belajar dan bercinta.Antara rakan yang banyak membantu aku ketika memerlukan dan diperlukan.Paling rajin outing bila cuti.
->Member lama tu dari zaman sekolah,sama negeri,sama daerah,sama IPTA.Susah nak tengok dia mengantuk dalam kelas. Kadang-2 dia tahan matanya sampai merah untuk  xnak tidur...haha





->Seorang yang mempunyai daya kepimpinan terbaik dalam sesebuah organisasi yang diselia,cewahhh..
Antara sahabatku yang genius dalam batch kitaorg. Ade problem cari wan??oh wan??...minggu exam dia paling busy!!.Sedia membantu 24jam tidak kira bangsa atau warna kulit,hehe. Banyak membantu rakan-2 serumah dan disekitarnya. Seorang yang sedia berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki. Seorang yang penyayang dalam dak-2 comel.

->Lelaki rebutan masa kini,hahaha. ^_^
Jgn mara. Sangat bersemangat didalam kelas dan antara manusia paling susah nak tidur dalam kelas.Orang lain sampai dah buat peta kat meja, dia dengan gaya kacaknya masih menumpukan perhatian.




->Seorang paling ceria dan tenang setiap masa. Gelaran famouz apis choki-2.Semua masalah yang datang mampu ditempuhi dengan senyuman, Popular dengan tagline:Simple like me,smile..:). Geng rapat Wan sejak dari diploma hinggalah degree. Rajin membuat nota-2 yang kemas dan berkesan dan menjadi rujukan nota yang lengkap. Tidak kedekut untuk berkongsi nota-2nya bersama  rakan-2 lain. Single lagi tapi not available!!.

 ->Dulu selalu balik cuti sama-2 aku ,dan ifwat kerana we are come from same state,Johor.Dalam kelas seorang yang paling fokus sampai merah-2 mata,haha. Sedia membantu kawan-2 xkira dimana jua anda berasa. Rajin keluar malam untuk beli burger satu rumah.(Apis burger ayam double satu???)haha..Tahnks bro.[CLICK:VOTE ME]











->Wassappp bro, nie seorang lagi rakan rumah dan sekuliahku dari diploma hingga la sekarang. Asal dari nogri sembilan.Nama famous bounzer, nama ic syafiq amir. Paling gagah dan paling tenang setiap masa tidak kira musim exam, quiz, dan apa-2 sahaja,haha. Antara chef terhebat dan pernah lahir dalam kalangan rakan-2 ku. Rajin layan movie-2 dibilik, cengar ceramah Ustaz Haslin dan bergaming apabila mempunyai waktu lapang.

->Mempunyai sikap tenang tahap dewa kerana mempunyai kecepatan fikiran yang laju mcm processor corei5,so study last minute  is my style okeyhh  :).Gemar membantu rakan yang tidak faham dengan apa cara sekalipun. Apabila berbicara, katanya-2 mempunyai maksud tersendiri seperti wujud dalam dunianya tanpa aku fahami,hehe.
[CLICK :VOTE ME]











->Ini pun rakanku juga namanya madu. Paling pemalu dan diam la dalam kelas,hahahakz. Rakan-2 paling x sosial kata mereka, "hang ni asyik duk bilik je tgk Ustaz Kazim "(wan said). Ermm,  asyik bertapa dalam bilik dengan kesibukan kerja-2 dunianya, :)

->Ada prinsipnya yang tersendiri tanpa mengikuti cara fikir orang lain. Ermm,  insan paling malas   nak study group ramai-2 dengan rakan sekelas, katanya dia xfokus. Selalu memerlukan bantuan penerangan redduan khusunya dan yang lain-2 amnya untuk diajar apabila mengalami ketidakfahaman. Dalam kelas ada pasang surutnya, kadang-2 mental lemah   sehingga mengantuk sampai terlelap sambil mengangguk faham. So cara mengatasinya, menggangu kawan-2 disekelilingya  khususnya apis dan bounzer.




GAMBAR SEPINTAS LALU BY
SAMSUNG GALAXY Y...^_^



3 orang student paling tekun dan sentiasa kehadapan didalam kelas. Sukar digugat kebolehan mereka yang cepat memahami sesuatu ilmu yang disampaikan..  



Ohhh geng, apa nie??? dalam bilik kuliah yang sejuk dengan penghawa dingin pun masih lagi panas kaki tu.
Siapakah dia??aku pun tak cam sebab ini semua gambar masa semester lepas. So peringatan, jangan berkaki ayam didalam bilik kuliah!!!! 



Wann,??
 masa lecture jangan makan,haha. Inilah akibatnya apabila jadual kuliah terlalu padat sampai waktu makan pun tidak terurus sebaiknya. So, next time jadual kuliah kasik lebih berkesan.



Have a nice dream guys,,!!!!so cute.
Apabila ketidak fahaman dan kebosanan melanda, kelesuan dan meracuni minda dan mata mula menutup rapat tanpa ruang seinchi. Siapa harus dipersalahkan??? aku atau dia??hehe. Alangkah nikmatnya tidur waktu nie hanya mereka yang mengantuk saja tahu.


Dalam gambar ini ada 2 benda yang berbicara:
1) Meja punya luas tetapi riba juga yang menjadi pilihan untuk meletak buku,hehe.
2) Seseorang tengah berusaha untuk menumpukan perhatian bagi menentang aura mengantuk yang menyelubungi fikirannya..PLzz wake upp,Zzzz  




AKHIR KATA:
 Siapa pun kita selepas ini diharapakan kita akan tetap mengingati detik terindah masa-2 belajar dan saat-2 bersama rakan-2 disekeliling kita. Dalam persahabat pasti ada pasang surutnya dan itulah lumrah kehidupan. Diharapakan kelemahan dan kelebihan setiap dari kita  dapat diadunkan bagi  menjadi sesuatu yang berguna dan bermanfaat. Semoga entri ini menjadi kenangan 10 tahun akan datang yang bakal menyegarkan memori terindah. ^_^


Don't be sad, ALLAH always with us.



**segala kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja sepanjang penulisan entri aku pohonkan kemaafan.Sekadar bercerita ^_^ 















Sunday, August 25, 2013

Sayangi LaptopMu Seperti Menyayangi KekasihMu





Assalamualaikum dan salam syawal buat sahabat madu sekalian.....

Sekarang sudah pun masuk 17 syawal dan suasana hari raya di Malaysia masih lagi tidak lekang dengan jemputan rumah terbuka(open house). Kadang-2 sampai penuh perut dibuatnya nak menghadap makanan open house nie...haha. Apapun bersyukurlah kita kpd Allah Taala yang masih lagi mengurniakan rezeki untuk hamba-hambanya yang tidak lepas dari dosa ini.


Kemeriahan beraya bersama kawan-2 tersayang !!!


Bagi segmen posting kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan benda yang sangat penting  dalam kehidupan seharian aku dan lebih-2 lagi ketika aku sedang melanjutkan pelajaran di IPTA. Semua orang yang sedang membaca entri aku nie mesti majoritinya menggunakan komputer riba(laptop) bukan??.

Dengan laptop inilah kita mudah untuk melakukan tugasan-2 kerja seharian, melakukan urusan kewangan, berbelanja, mengeratkan silaturahim dan yang paling penting dapat berhubung dengan orang tersayang..Tak begitu shabat semua??hehe.Terutamanya kedua ibu bapa dan adik beradik kita yang tersayang.

Pernahkan kita menitikberatkan penjagaan laptop kita nie???Ermmm korang rasa lah daripada mula-2 korang beli laptop tu, berapa kali korang cuci/servis cooling fan dalam laptop korang.Mesti jarang sekali atau langsung tidak pernah kan.Paling rajin pun, bersihkan screen laptop jer kan. Maklumlah, nanti tidak jelas pula nak melihat gambar-2 orang yang tersayang.





Biasanya,apabila laptop tidak dijaga dengan baik, akan muncul pelbagai penyakit-2 pelik yang menyusahkan kita seperti,laptop hang, auto restart, bluescreen, blackscreen, motherboard x function dan macam-2 lagi la.
Masalah-2 ini selalunya berpunca apabila kita tidak menjaga keadaan laptop kita sebaiknya. Untuk membaikinya sudah pasti memerlukan modal yang banyak.

Aku juga seorang pengguna laptop dan sudah hampir 5 tahun aku menggunakannya. Sejak aku membelinya baru dua kali aku mencuci cooling fan laptop tersebut. Kali terakhir adalah dua tahun yang lepas. Alhamdulillah keadaanya still lagi baik dan lancar. Cuma baru-2 ini, laptop aku mengalami kerosakan keyboard disebabkan adik aku menjadikan laptop tempat bermain game laptop setiap hari. Banyak keypad yang dah x berfungsi dan lebih teruk lagi ada yang sudah tertanggal..erghhhh!!!! tensionnye aku jgn cakap la.

LAPTOP :Compaq Presario CQ60


Keypad laptop hilang sudah.......erm!!!!
Ada lagi beberapa-2 keypad yang rosak..
Jadi,ceritanya ialah kena tukar laptop keyboard yang baru.


1-Proses pertama untuk membersihkan cooling fan & menggantikan keyboard adalah membuka semua skru ditempat bulatan dan menanggalkan bateri,wayar antenna wireless,ram & hard drive.




2-Proses kedua ialah buka  laptop anda dan tanggalkan keyboard dari tempatnya.
Keluarkannya secara perlahan-2 dan cungkil je seperti mencungkil gigi. :)



3-Putuskan sambungan power switch daripada motherboard.
Selepas itu tanggalkan deskboard yang berwarna hitam itu secara perlahan.
Selepas ditanggalkan ,laptop akan menjadi seperti gambar dibawah.



4-Proses seterusnya ialah menanggalkan screen laptop daripada base laptop.
Buka skru ditempat bulatan merah dan cabut screen secara perlahan-2.



5-Inilah hasil selepas skru telah ditanggalkan.

Operate3x ^_^

6-Selepas itu, cabut base yang berwarna silver itu dari permukaan motherboard.
Disetiap sudut terdapat skru yang perlu dibuka terlebih dahulu.





7-Ini keadaan apabila base warna silver telah dibuka.Kita akan dapat melihat seluruh motherboard 
dan tanggalkan 4 skru yang terdapat pada  permukaan motherboard tersebut.
8-Selepas itu putuskan sambungan cooling fan daripada motherboard sebelum mencabutnya keluar daripada casing. 



9-Yeahhh!!!! Akhirnya berjaya menanggalkan motherboard daripada laptop casing.

Awas!!!!!jangan sampai motherboard nie terkena air,jgn bawa minuman berhampiran kerja-2 yang sedang dijalankan.

10-Proses seterusnya ialah menanggalkan 4 skru cooling fan daripada motherboard.





11-Ini adalah cooling fan yang telah dipisahkan 

daripada colling casing dan heat sink.

12-Bersihkan heat sink/cooling case ini. Kalau anda lihat dibulatan merah  itu ialah 
habuk-2 yang melekat didalam lubang angin heat sink. Bersihkan dengan menggunakan kreativiti anda yang tersendiri. Nak rendam ke??, tembak guna air ke??.Pastikan keringkan balik tau sebelum pasang cooling fan!!



13-Bukak cooling fan, dan bersihkan sebersihnya siap polish kalau boleh..haha,
 Hal ini supaya korang tidak akan ada masalah laptop overheat lagi lepas nie.



14-Ini adalah keadaan selepas heat sink dibersihkan. Pastikan celah-2 lubang turut
dibersihkan dengan sebaik-baiknya.

Okey,selesai sudah bahagian bersihkan cooling fan 



Ini adalah bahagian-2 laptop yang sudah ditanggalkan. Pastikan susun dengan kemas, nanti tak adelah mengelabah cari skru-2 hilang la,ram hilang la..haha.Jaga baik-2 component-2 semua.

Korang tunggu apa lagi,pasang la balik selepas dah buka. Pandai cabut pandai la pasang ye!!!
Risiko semua atas tanggungan sendiri. Aku hanya berkongsi pengalaman aku service laptop CQ60
kesayangan aku ni je.


SEMOGA BERJAYA & TERIMA KASIH SUDI MEMBACA ^_^

Selepas Laptop Keyboard baru digantikan.
Barulah seronok nak update blog dan stalker kawan-2.
Smile like Choki :)









Sunday, February 3, 2013

Dendam


Assalamualaikum sahabat semua dalam selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, pagi ini aku ingin berkongsi sedikit topik yang sudah menjadi asam garam kehidupan manusia pada masa kini iaitu dendam. Manusia boleh kecewa, tetapi janganlah sampai ia berlarutan,kerana kecewa yang berlarut-2 itu akan menyebabkan hati kita sakit, apabila hati yang sakit itu berlarutan, sudah pasti ia akan mewujudkan perasaan dendam. Sebelum itu, sudah pasti kita pernah dengar bermacam-2 jenis dendam seperti dendam berdarah, dendam pecinta, dendam kesumat dan bermacam-2. Tapi itu bukanlah jenis-2  dendam yang ingin aku ketengahkan dalam entri  ini.

Okey, Apa itu dendam  ye???.
Bagiku dendam adalah salah satu penyakit hati yang menyebabkan hati kita bergejolak panas sehingga mampu membahayakan diri kita sendiri. Kita akan berasa ketidakpuasan hati terhadap seseorang yang kita dendamkan. Dalam waktu itu, kita akan sibuk memikirkan hal orang lain padahal ada sahaja banyak perkara yang boleh kita lakukan dalam hidup ini, tetapi mengapa kita sanggup untuk mempunyai perasaan hasad kepada orang lain.Kita kena sedar kerana dendam itu tidak pernah menemui jalan penghabisannya, kerana dendam itu merupakan luahan kemarahan hati kita terhadap seseorang yang tidak mampu dibalas secara zahir terhadapnya. Hanya kemaafan yang ikhlas sahaja dapat memadamkan dendam.


Kita mesti geram dengan orang yang kita dendamkan!!!!!
hahaha


Disini aku ingin menonjolkan satu contoh cerita yang boleh kita kategorikan sebagai dendam>
  

Contohnya: kisah seorang lelaki dan wanita yang sedang bercinta, lelaki  tersebut sudah melepaskan wanita yang dicintainya itu dengan mengatakan "aku sudah ikhlas melepaskanmu",walhal disebalik lubuk hatinya itu dia tidak rela melihat bekas kekasihnya itu bercinta dengan orang lain. Sehingga dia menginginkan bekas kekasihnya itu tidak bahagia dan mendoakan untuk mendapat musibah. Hal seperti itu boleh kita kategorikan sebagai dendam bukan. Sahabat, jangan pernah kita didik diri untuk meniatkan keburukan buat orang lain. Tidak ada hak untuk  kita melihat orang lain sengsara, tidak ada hak untuk kita melihat orang lain berduka.




Tidak dinafikan sama sekali, ada dendam yang muncul disebabkan ketidakpuasan ataupun kekecewaan. Mungkin kerana mereka pernah disakiti dan difitnah. Ini kerana, hati manusia itu tidak mampu dilihat secara zahir. Kita perlu ingat, tidak ada manusia yang tidak punya kesalahan dalam kehidupan. Apakah mungkin jika kita memaafkan mereka kita akan menjadi rugi??. Sudah mungkin tidak, kerana sifat pemaaf itu adalah salah satu sifat Pengampun yang ada pada Allah SWT.



Sebelum itu, ada 3 perkara yang tidak boleh hilang dalam diri kita ini, pertamanya iri hati, kita ini makhluk yang sentiasa tidak pernah puas dengan nikmat yang kita ada sehingga tidak boleh melihat kehidupan orang lain lebih daripada kita. Akhirnya timbulnya iri hati kepada orang lain. Tidak salah untuk kita iri hati, kerana iri hati yang positif boleh memberi manfaat kepada kita.  Keduanya kepercayaan, apabila kita memberi seseorang kepercayaan dan dia mengkhianati kita, sudah pasti akan timbul kebencian dan kemarahan dalam diri kita. Akhir sekali dan yang paling bahaya ialah dendam. Pasti akan timbul kebencian kita kepada seseorang apabila kita berdendam dengan sesorang. Walhal yang lebih menakutkan apabila dendam yang boleh membawa kepada pembunuhan.


Sahabatku semua!!!Mari kita jernihkan  dulu diri kita dan barulah kita berdoalah kepada ALLAH, kita maafkan orang-2 yang telah berdendam dengan kita. Kita ikhlaskan kemaafan kita dan kita hilangkan perasaan dendam kita kepada orang lain.
 

Sedarkan diri kita kawan-2,bersihkah hati kita??, sucikah diri kita??, apakah kita merasa lebih baik dari orang lain, tanyakan pada diri kita kawan-2?? layakkah kita menilai org lain itu jahat.Mana mungkin kita boleh mendapat redha Allah ketika mempunyai hati yang busuk dengan orang lain. Sedangkan kita sendiri punyai dosa yang sebanyaknya, sudahkah kita memohon ampun, sudahkah jaminan diri kita ini penghuni syurga, marilah sama-2 kita hilangkan sifat dendam, khususnya kepada orang-2 yang kita cinta iaitu ibu bapa, rakan-2 , saudara dan sesama manusia.




Marilah sama-2 kita luputkan perasaan dendam yang ada dalam lubuk hati kita selama ini, hidup didunia ini tidaklah kekal selamanya. Apa untungnya kita mempunyai dendam dengan saudara seislam kita, walhal kita di tuntut untuk berkasih sayang sesama islam. Semoga Allah merahmati kita semua InsyAllah.

Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda:
 “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Doa:
Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri(Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”)


Surah yang boleh diamalkan supaya kita dihindarkan dari sikap dendam dan didendami:
1.Baca Surah AL-Ikhlas( untuk diri kita)
2.Baca Surah AL-Falaq ( Iri hati)
3.Baca Surah An-Nas ( Gangguan & Hasad dengki)



Sayangi saudara-2 anda sekalian tanpa sifat dendam.

Sekian sahaja untuk kali ini, mohon maaf jika kesilapan penulisan dan yang baik semuanya datang dari
Allah SWT. Wassalamualaikum ^_^

Thursday, January 31, 2013

Kedamaian Sahabat Serumah


Assalamualaikum dan salam sejahtera  kepada semua:-

           Alhamdulillah hari ini 24Disember aku mendapat ruang seketika untuk menaip sedikit warkah istimewa buat rakan-2 serumahku. Sudah lama niat dihati ini mahu meluahkan rasa  syukur yang terpendam ini, tapi apakan daya dengan keterbatasan masa sebagai seorang student Universiti yang sentiasa dikelilingi assignment,quiz, test, presentation, dan juga project sehingga tiada masa untuk berkarya dilaman maya ini.

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur kepada Allah  SWT yang sentiasa memudahkan perjalanan kehidupan dan urusan hidupku ini. Memang tidak dapat dinafikan, setiap hari ada sahaja ujian Allah yang bakal menjengah untuk menguji keimanan kita kepada Allah. Tapi kita kena yakin tanpa ujian, apakah erti kehidupan yang kita jalani ini ???. Cuba kita renungkan, apabila kita ditimpa masalah sehingga kita merasa kita tidak mampu untuk keluar dari masalah, tetapi hari ini kita berjaya melepasinya.. Siapakah yang membantu kita??? sudah pasti ianya datang dari ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Syafiq,Azizi,Ifwat,Fikri,Hafiz,Redduan


Ini merupakan tahun keempat aku bermustautin di pulau mutiara, sebelum ini aku telah  menghabiskan 3tahun untuk diploma. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya menghabiskan diploma dengan jayanya bersama kawan-2. Hidup di pulau mutiara  tanpa rakan-2 pasti sukar untuk aku bergerak sendirian. Dengan sahabat la aku boleh menyelesakan diri  untuk hidup di negeri orang ini. Kali ini aku tinggal bersama 5 orang sahabat lama yang sangat kacak & penyayang iaitu (ifwat, redduan, hafiz, syafiq ,amad). Kehidupan bersama 5 orang rakan dengan pelbagai ragam menceriakan lagi hari-hari aku di Penang.

Walaupun kadangkala ada percanggahan pendapat diantara kami rakan serumah, tetapi itu semua adalah asam garam rumah tangga orang bujang. Kalau dah duduk serumah sudah pasti ada perkara yang kita bersetuju ataupun tidak. Tetapi ia perlulah ditangani dengan bijak dan sabar supaya tidak akan timbul pemisahan hubungan yang mendinginkan antara kami rakan serumah.Senang cerita, kita perlu mendengar pendapat sahabat kita walaupun kita tidak bersetuju.



Kenangan masa buat kad pelajar di UiTM.



Pos satu moto je, tapi pergi buat rombongan ke pejabat pos!!


Dalam bidang akademik pula, aku rasa bersyukur kerana ada rakan-2 serumah yang pandai yang cerdik-cerdik belaka. Khususnya saudara Redduan Haris aka (Monk ) yang selalu menjadi guru kepada kami rakan serumah  terutamanya apabila musim final exam. Sikapnya yang sentiasa prihatin dengan masalah kawan-2 amat aku kagumi. Kawan-2 yang lain juga turut sering membantu dalam pelajaran yang mereka kuasai.Tidak dilupakan juga rakan-2 dirumah atas iaitu saudara ( Syamim & Syahmi & Kyrul & Izuma ) yang turut serta sering menghulurkan bantuan kepada kami rakan serumah. Kadang-2 aku dan rakan serumah sering meminjam dapur mereka untuk memasak, pinjam laptop untuk bermain game, pinjam kereta untuk pergi membeli barang rumah, minta tolong  hantar untuk pergi ke jeti dan bermacam-2 lagi. Semua kebaikan kalian amat aku hargai dan semoga Allah membalasnya, InsyAllah.

Encik Redduan sedang mengajar rakannya yang datang dari jauh,
haha jauh ker????
 


Dalam bidang sukan dan sosial pula, kami sering bermain futsal bersama-2 sebagai satu pasukan. Jika ada kelapangan diwaktu petang, kami akan pergi ke kampus untuk  bermain futsal bersama-2. Dihujung minggu hari jumaat dan sabtu, kami selalunya mendapat jemputan untuk bermain futsal sekitar jam 12 tengahmalam ke atas dan kelewatan waktu itu tidak pernah memadamkan semangat kami untuk bersukan. Majulah sukan untuk kesihatan!!!..hahaha. Dari segi sosial pula, kami  sering keluar bershopping di merata-2 pusat membeli belah sambil mencuci mata dihujung minggu bersama jika mempunyai kewangan yang kukuh pada waktu itu. Kalau tidak, masing-2 akan terperap di rumah dan mengadap laptop sambil menahan kelaparan,haha. Pada musim perayaan pula , kami akan berkonvoi dan berkunjung ke rumah lecturer-2 yang sporting untuk mengeratkan lagi silaturahim,cehhh....


Berfutsal bersama kawan-2 dihujung minggu 



Jamuan hari raya di rumah Puan Nazirah Sekeluarga yang turut disertai
<Khairul,Syamim,Syahmi dan Izuma>. 

Kesimpulanya, aku amat menghargai rakan-2 yang ada disamping aku secara langsung atau tidak langsung. Benarlah persahabatan yang dibina selama 4 tahun sejak diploma lagi menjadikan kami lebih rapat seperti adik beradik. Senyum gembira, sedih duka, marah dan geram semua kami lalui bersama. Apapun yang terjadi ikatan sahabat tetap utuh . Alamakkkk sedih pulak tetiba, okey semoga kita semua akan berjaya menempuhi masa hadapan dengan berjaya, InsyALLAH.


OKEY GENG!!!!!
That's all, appreciate your friends that always beside you.
Without friends life is impossible, because friends is like umbrella,
SHARE IT.

^_^



Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...