♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Friday, November 18, 2011

My Second Home




 BISMILLAH,

Haiii semua, hari ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman balik ke rumah kedua aku. Erm msty ramai tertanya2 kn,rumah mak mertua kew nie?..haha sory la kwin pon belum yer, rumah yang aku maksudkan ialah rumah sewa tempat aku menetap di Pulau Pinang. Buat apa kt penang tue? hehe aku student lagi la.InsyAllah tahun depan abis la Diploma nie,x sabar rasanya.


Okey, macam biasalah klaw dah nak start sem atau cuti, selalunya tiket pulang akan dibeli oleh Cix Nony, bab2 beli tiket memang kerja dia la kan..hahaa. Aku dan rakan2 akan berjumpa di stesen bas larkin untuk pulang ke Penang bersama. Biasanya bas kami akan bertolak pukul 10mlm. Erm smlm stesen bas agak lengang mungkin sbb ramai balik pada hari jumaat,sabtu dan ahad. Mungkin jugak semalan ramai yang menonton bolasepak antara pasukan HarimauMuda vs GarudaMuda. Nak ambil kesempatan jugk nak ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya mengalahkan team tuan rumah yg mempunyai sokongan padu rakyat tempatan mereka.




Cukup la bab bola tu yer, nnti kang x abes2 citer pasal bola, selalunya aku pulang bersama 3 lagi rakan, tetapi semalam hanya bersama Apis and Cix nony, yang lagi sorang katanya nk balik hari ahad...erm ye kew?hahaha tunggu ending nya nnti. Ok dalam perjalanan ke penang bas akan berhenti sekejap di Perhentian YongPeng, mmg boleh dikatakan perhentian wajib agaknya, yang nak buang air kecik atau besar boleh la ambil kesempatan ini sbb lepas nie bas susah nak berhenti. Dlm 20min berhenti, bas akan sambung perjalanan semula, suasana agak dingin didalam bas disebabkan cuaca luar agak dingin dan ditambah dengan air-cond bas yg sangt kuat. Kadang2 terpikir layak kew aku  duduk luar negara mcm gnie klaw suhu kt dlm bas pon dah menggigil?aiseyyy man apa bley buat..haha.




Perjalanan diteruskan lagi, semasa dalam bas, aku tengok semua org tido kecuali aku la yg x boleh nak lelapkn mata. Sbb tengaharinya dah puas bantai tido kt umah sampai ke petang..haha.Nak buat macam mana kat umah jd babysister jer. Erm daripada buhsan tgk bas bergerak aku pun melayan lagu2 dlm handset aku pakai earphone. Sambil2 layan lagu fikiran aku pon melayang2, terpikir masa depan la, teringat kak adek la, nak buat apa lepas blajar, nk kawin la...hehe gatalnye, dan macam2x lagi. Rupanya sambil dgr lagu aku tertidur juga. Apabila aku sedar dri lena buaian mimpi, bas sudah berada di atas Jambatan Pulau Pinang, lihat jam ditangan sudah pukul 6.35pg.




 Hati sgt bersyukur kerana bas dapat tiba di Pulau Pinang dengan selamat  ALHAMDULILLAH, sebelum bas menurunkan aku dan penumpang lain di Penang Sentral, konduktor bas akan menghantar penumpang di stesen Sungai Nibong, selepas itu barulah akan terus ke Penang Sentral. Aku tiba di Penang Sentral seawal 7.00pg dengan disambut cuaca yang amat baik.Okey, nie baru sampai stesen bas besar yer, blom sampai umah lagi..hahaa. Seterusnya aku akan mengambil bas  KOD:Rapid Penang(702) yang akan menghantar penumpang ke area Uitm,Politeknik, dan Bukit Mertajam. Bas nie selalu jadi tumpuan student2 la sbb ramai duduk area-area yang aku sebutkn. Dlm pukul 7.25pg aku pun tiba di rumah sewa tercinta..hehe seronok. Hah! cukup la smpai disini. Nanti aku akan kongsikan cerita sedih aku dihari pertama dekat Penang nie.  :(.


Terima kasih abg konduktor bas, ♥ ♥ syg abg ♥ ♥   sbb bawak bas dengan berhemah, cerita pasal kawan aku yang kata nak balik hari ahad tu, sbnarnye dia dah sampai sehari lebih awal. Hampeh btul ..hehe suprise la tue !!!







INI STESEN BAS LARKIN,JB.



INI TERMINAL BAS SUNGAI NIBONG
TERMINAL BAS PENANG SENTRAL

















  ♥ RUMAH TERCINTA =)


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...