♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

Nyawa Budak Engineering

Assalamualaikum dan selamat tengahari:^_^

Hari ni aku nak nyibukkan diri kt blog 1st admin ni..boleh kn??korang tak marah kan??heheh..aku pun sebenarnya xthu nak update apa kat blog ini.Tapi kesian lak tengok 1st admin dok perah otak nak update blog. Cuti-2 macam gini idea tak bnyk sangat..Otak sume ikut cuti tue pasal idea x datang-2.



Korang tahu kan aku ni budak engineering. Budak engineering ni ada 1 nyawa. Kalo tak ader benda ni memang kerja seorang budak engineering ni memang xjalan lah..Hidup macam xkena jek.Mandi xbasah,mkn xkenyang(macam orang bercinta lah pulak)..

Apa benda ini???

nah..ni dy..mesin kira-2..heheh
time exam jangan tinggalkan tau, nanti korang yang menangis!!!


Mesin kira-2 atau lebih dikenali sebagai kalkulator amat penting untuk seorang budak yang mengambil jurusan kejuruteraan seperti aku. Setiap hari pergi kelas mesti kena bawak kalkulator ni dari semester 1 hinggalah nak abis belajar ni. Calculator ini lagi penting daripada handnset dan laptop.Tue pasal aku kata banda alah ini umpama nyawa untuk budak engineering. Kalau tertinggal mesin kira2 ni, kalau boleh nak pergi amek time tue gak. Boleh hilang mood belajar kalo tertinggal bnde ni tahu x.


Sampai sini jelah kawan-2 ea..Malam nak blik penang dah..Cuti sudah abis bro..
masa untuk perah otak lak..Doakan aku selamat sampai ye kawan-2. Malam ni aku sambut tahun baru kat dalam bas. Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ni kita banyak berubah kearah kebaikan dan makin dekat kepadaNya iaitu Allah Talla. InsyAllah


-TERIMA KASIH-
written by :2nd admin



IMAM As-Syafie



RIWAYAT HIDUP


Ø Nama sebenarnya ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Ø Beliau digelar “As-Syafie” sempena nama datuknya, Syafie bin Saib. 
Ø Imam As-Syafie dilahirkan pada tahun 150Hijrah bersamaan dengan 767Masihi di Ghazzah, Palestin.
Ø Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya Abdul Manaf iaitu datuk ketiga   Nabi Muhammad s.a.w.
Ø Imam As-Syafie merupakan seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas “Mazhab Syafie”.
Ø Imam As-Syafie meninggal dunia pada tahun 204Hijrah bersamaan dengan 820Masihi ketika berusia 54tahun dan dikebumikan di Arafah Mesir.

  PERIBADI UNGGUL

Ø Imam As-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
Ø Beliau berusaha gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Ø Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
Ø Beliau merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
Ø Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
Ø Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang member manfaat.
Ø Beliau seorang hartawan yang sangat pemurah dan selalu membantu orang yang susah.



 PENDIDIKAN



Ø Imam As-Syafie mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-2 lagi. Ketika berusia 9 tahun beliau sudah menhafaz Al-Quran.
Ø Pada umur 12 tahun, beliau telah dapat menghafal kitab Al-Muattaq karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia 20 tahun.
Ø Beliau belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
Ø Imam As-Syafie berusaha gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan banyak member sumbangan yang tidak ternilai kepada umat islam.


SUMBANGAN



Ø Imam As-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Ø Pendapat Imam As-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-2 islam kerana fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
Ø Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, IndoChina, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.  

Ø Antara kitab-kitab karyanya yang termashur dalam bidang usul fiqh:
 a) Abtal Al-Istihsan
 b)Ahkam Al-Quran
 c)Ar-Risalah

Ø Dalam bidang fekah
i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.

ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.

Ø Dalam bidang hadis:
a)Al-Masnad
b)Al-Amali
c)Ikhtilaf Al-Hadis



Thursday, December 29, 2011

Terjumpa Sesuatu

Sekejap rasanya masa berlalu kan,
Hari ini dah hari Khamis,
Esok hari Jumaat,
Sabtu malam dah balik kampus,haishh...!!
Tak puas nak cuti,

So, sebelum aku busy,

Aku nak post entri banyak-2 kasik korang baca sampai lebam,
Aku nak kongsi cerita sikit dekat korang malam ini,
Hari ini aku agak kepenatan 
Sebab??
Aku kemas bilik aku yang dah 2 tahun tidak pernah dikemas,
Macam-macam barang aku jumpa,
Buku-2 tulis aku masa form 1 hingga form 3,
Tengok tulisan masa kecik-2 tergelak sendiri,
Buruk yang amat tulisannya,haha


Lepas dah kemas-2 buku kan?
Aku kemas  beg-2 sekolah lama aku yang dah berhabuk.
Sebab??
Nak kumpulkan dan buang semuanya,
Tapi sebelum tue aku cek la dalam setiap beg tu dulu,
Mana la tahu ada emas kew,
Gambar awek lama kew?
Surat Cinta Monyet kew?
Duit-duit raya dalam sampul kew?
Nak gelak sekejap sebab x tahan
HAHAHAHA!! !!


Kemas punya kemas
Aku terjumpa sekeping kad didalam salah satu beg?
Aku membelek-2 kad tersebut.
Macam kad pengenalan tapi bukan.
Kad buku pinjaman pun bukan.
Kad rekod peperiksaan lagilah bukan.
Tapi kad apa ye ???
Dan tiba-2 aku ketawa dengan sendirinya,

Ermmm......

Sebab........
Aku..........
Jumpa..........
>>>>>>><<<<<<<
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvvvvvvvvv
vvvvvvvv
vvvvvv
vvvv
vv
 v 






KORANG KENAL KEW BUDAK INI!!!
HAHA..kad ini antik sebab aku guna masa  form 2,
kad ini dah terkopek-2, so aku sayang aku tape keliling kad nie,
aku nak simpan sampai aku tua..hehe.,bagi anak-2 tengok.
terima kasih kepada yang baca sampai habis
,sayang korang.
kalau suke Like banyak-2


PENGAJARAN: MACAM NAK SEKOLAH BALIK LA..

Tabiat Masyarakat

Assalamualaikum dan selamat petang  buah hati semua ^_^:-

     Selepas seharian sibuk menyiapkan sedikit tugasan yang berikan oleh pensyarah, petang ini aku rasa seperti dipanggil oleh encik blog untuk menulis lagi satu entri, InsyAllah yer. Tapi apakah topik yang ingin disampaikan??.ermmm...berfikir sejenak!!!. Okey dah dapat.


        Sedar mahupun tidak, kebanyakan manusia hari ini berpegang kepada prinsip yang salah. Mungkin aku juga antara salah satu mangsa daripada ketidaksedaran ini. Apa yang  cuba aku sampaikan ialah minda manusia sering beranggapan bahawa mereka hidup didalam dunia mereka sendiri tanpa boleh menerima gangguan orang lain. Mereka tidak pernah kisah dengan perihal saudara seIslam    yang lain.

            Ada dua jenis contoh tabiat yang ingin aku tunjukkan.Contohnya macam gini la:
A: aku tak nak sibuk-2 jaga tepi kain orang lain, buat apa susah-2. Dia siapa dengan aku??.

 B: kau sibuk-2 nak jaga tepi kain aku buat apa?, hal aku sukati aku laa...

       Pernahkah contoh ayat-2 diatas terlintas dalam pemikiran atau lisan kita.??. Hendak kew kita menjadi orang-2  seperti itu??, sama-2 kita renungkan.  Mungkin ada manusia yang jenis-2 seperti ini. Tetapi kita kena ingat, sebagai umat yang mengaku islam, kita perlu menjadi insan yang perihatin dengan sesiapa sahaja, lebih-2 lagi saudara islam yang seagama dengan kita.


       Tetapi janganlah kita salahgunakan tafsiran maksud prihatin dengan melakukan dosa secara percuma. Maksud aku ialah mengumpat. Mungkin ada sesetengah kalangan manusia yang terlalu prihatin dengan manusia lain, tetapi cara mereka salah. Ada sahaja berita  mengenai keburukan orang yang disebar-2kan. Walhal dia tidak tahu sama ada cerita itu benar atau palsu. Hal ini perlu sama-2 kita elakkan kerana ia boleh menyebabkan perpecahan saudara dan umat. 



            Oleh hal yang demikian, kita perlulah menjadi manusia yang prihatin dan peka dengan masalah yang dihadapi oleh saudara kita. Bukanlah sampai aku menyuruh korang pergi berperang di tanah arab. Cukuplah sekadar membantu saudara seislam yang ada disekeliling kita mengikut kadar keupayaan diri. Menasihati rakan-2 dan mengajak melakukan kebaikan. Tegurlah dengan bijaksana dan hikmah. Jika mereka tidak menerima teguran kita, tidak mengapa. Berdoalah kepada Allah agar dibukakan pintu hatinya. Ingatlah kawan-2, walau usaha kita tidak diberikan pangkat, dianugerahkan darjat ataupun diberikan pingat, apalah salahnya jika kita menjadi manusia yang memerah keringat untuk kebaikan agama kita bersama.

      Sudahkah kita lupa dengan wasiat  yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam khutbah  jumaatnya yang terakhir pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah , bukan harta benda yang difikirkan Baginda Rasulullah S.A.W, bukan anak pinak yang diingatnya, apa yang Baginda ingat ialah tentang umat-umatnya. 

     Petikan Khutbah Baginda adalah seperti berikut:-

         "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


       Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

         Ini merupakan dua perenggan awal ucapan Baginda semasa khutbah terakhirnya. Berdasarkan ayat yang aku highlightkan, apa yang ingin aku gariskan disini ialah betapa Nabi Muhammad S.A.W sayangkan kepada kita, Baginda mengambil berat  tentang kita (umat-2nya), tetapi kalau Baginda tahu keadaan umatnya pada masa sekarang. Malunya kita kawan-2 semua hendak mengaku sebagai umat Baginda. Betapa jauhnya kita daripada Nabi Muhammad untuk mengaku sebagai umatnya, apatah lagi jauhnya kita dengan Allah Talla, dan jauhnya kita dari melakukan suruhanNya.



      Ya Allah, ampunkan dosa dan kesalahan kami.
Jadikanlah kami umat Nabi Muhammad yang prihatin Ya Allah,
 umat Muhammad yang peduli akan saudaranya, dan umat yang
 tidak mementingkan dirinya sendiri. Hanya kepadaMu lah aku bermohon,
 sesungguhNya hanya Engkaulah yang Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya..Amin Ya Rabbal Alamin...




       Sekadar disini  perkongsian daripada diriku yang juga manusia kerdil yang lalai dan hina. Sekiranya ada kesilapan atau yang terasa, aku memohon maaf,mungkin ia datang dari kelemahan penulisan aku sendiri. Yang baik datangnya dari Allah Taala. Semoga  ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.  Dibawah aku sertakan link untu kawan-2 baca wasiat penuh Nabi Muhammad S.A.W. Sekian terima kasih kerana sudi baca penulisan yang tidak seberapa ini.Wallahualam:-

Wednesday, December 28, 2011

Korang Nak Tahu

Assalamualaikum semua:-


          Pagi ini suasana agak sejuk dan tenang sahaja dirumahku, nak pergi mandi awal-2 pun  malas rasanya. So, aku luangkan waktu  dalam beberapa minit untuk menyiapkan entri ini bagi korang  baca kalau buhsan-2. Hari ini  den nak habaq sikit pasal pengalaman hari Jumaat lepas sewaktu berada di Makmal Elektrik Uitm. Selalunya setiap pagi Jumaat aku akan ada lab dengan budak-2 eletrik instrument yang lain. So nak xnak lepas subuh x boleh tidur, kalau tidak alamat terlajak tidur  sampai tengahari la jawabnya dan tidak pergi lab, hehehe.


KEMAS TAK MAKMAL KAMI!!


            Minggu ini, tajuk lab kami ialah PLC. Korang tau ker apa itu PLC??. Okey, aku pun tidak la pandai sangat nak terangkan. Tapi aku akan cuba terangkan dengan kefahaman aku seringkas yang mungkin yer. PLC ini singkatan bagi ayat (Programmable Logic Control), hah benda apa tue?? rilek-2 jangan panik ye kawan-2,hehehe. PLC bermaksud mikrokomputer(program) yang disimpan di dalam atau yang disambungkan kepada peranti untuk melaksanakan pensuisan, masa, atau mesin atau tugas-tugas kawalan proses. Contoh mudah macam kita tulis program(arahan) kat sofware then kita pindahkan program tersebut dekat sesuatu peranti untuk dia lakukan arahan yang kita tulis tadi. Okey kalau tak faham nanti aku bagi video kat hujung entri.


        Dalam hati terdetik pula untuk bertanya ,>>apa guna PLC ini kan??, soalan yang baik untuk dijawab hehe.Tanya sendiri jawab sendiri. PLC ini berfungsi untuk membantu anda menguruskan segala-gala hal dengan satu [mesin pengawal]. Ia boleh digunakan untuk pembuatan keperluan khas seperti mana-2 tempat tertentu bahagian kenderaan(kereta) atau selalu digunakan di tempat seperti syarikat pembuatan kereta. Dekat kilang-2 pun ada juga. Oleh itu, sekiranya korang ialah pelabur atau pemilik syarikat, boleh la mengurangkan kos korang untuk membayar banyak gaji pekerja, jimat sikit duit. Korang disarankan melabur wang untuk membeli controller ini kerana ia boleh tahan lebih lama. Kalau korang ada kilang sendiri digalakkan beli maksud aku . Hehe, macam betul je ayat aku nie kan. Kalau salah fakta sory la yer, tapi ini mengikut kefahaman aku. Malas nak cerita panjang-2 takut korang pening.

           Masa yang diperuntukan untuk kami dalam lab ini ialah sebanyak 3jam. Kami dikehendaki untuk menyiapkan eksperiment yang ditugaskan dengan berpandukan prosedur  lab. Sebelum itu kami diagihkan dengan beberapa kumpulan. Rakan sekumpulan aku ialah SYAFIQ, IFWAT, KHAIRUL. Diaorang nie memang hebat bab-2 mesin eletrik,hahaha. Dalam satu jam lebih kami semua dapat menyiapkan keseluruhan eksperiment PLC ini dan mencapai objektifnya. Alhamdulillah, berhasil!!!


Meh tengok-2 gambar yang aku sempat ambil:

BAJET CHOMEL KONON!!!

BAKAL ENGINEER TENGAH FOKUS
 

PLC TRAINER KIT


CONVEYOR SYSTEM 
 





           Inilah hasil yang kami dapat. Terbaik x!!!.Kesimpulannya, benda ini kena buat program dulu dalam sofware dan dipindahkan ke PLC trainer kit. PLC trainer kit akan disambungkan dengan conveyor system. Mudah kan??. Hehe masa aku tulis entri ini tuba-2 aku teringat sesuatu. Apa ek??. Rupanya lab report aku untuk eksperiment ini tak buat lagi,haha. Harap korang seronok la yer, kalau ada kekurangan itu aku mintak maaf
banyak-2.Terima kasih sudi ziarah entri ini.


Tuesday, December 27, 2011

Keliru Sekejap

Assalamualaikum:-

Tetiba rasa macam lain je la, kenapa ek?? hahaha.
Hari ni aku nak kongsi citer sedikit  pengalaman aku masa mula-2 masuk U dulu. 
Kalau diingatkan balik mesti banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Pahit, manis, suka dan duka kehidupan berjauhan dari family memberi  aku  banyak dugaan hidup, hehehehe.
Selamat ada kawan-2 yang baik, mereka lah tempat aku mengadu nasib. 
Apa kena tajuk entri keliru sekejap dengan aku punya pengalaman??
ada kena mngena lah sikit..meh baca dulu baru tau..


           Korang ingat orang yang belajar di oversea jer yang ada masalah bahasa??.. kalau nak taw, orang yang belajar di Malaysia pun ada juga. Tapi tidaklah teruk sangat..masih boleh difahami dan dituturi. Banyak perkataan yang kita sebut sama tapi lain maksudnya..

Contoh-Contohnya:-

1.Perkataan :"SAING"
  •  Masa first-2 msuk U dulu aku pernah terguna perkataan ini dekat sorg budak Perak..dialog dy lebih kurang  mcm ni lah :-

            Aku               : nanti kita pergi tempat tue saing ea..
            Budak Perak : saing??
           Aku               : knape?? xboleh pergi sekali ker??
           Budak perak  :boleh-2..cuma x paham tetiba cakap   saing.

      Bagi orang perak saing tue kira bersaing dalam 1 perlumbaan..bagi orang Johor pulak pergi bersama-sama..nasib baik ada yang tak terasa hati, huhuh. Itu baru orang perak, yang ni orang kelantan pulak..kalo kelantan diorang gunakan perkataan saing tue untuk mewakili kawan .
(contoh ayat diorg "mu ada saing ore kelate dop??)"(maksudnya:kamu ada kawan orang kelntan x??)..
Lepas kejadian ni aku berhati-hati sikit lah kalo nak cakap dengan orang..takot salah maksud..

      2.Perkataan "KOPEK"
  • Kopek ni kalau bagi orang Johor tue macam kupas atau bukak sesuatu kulit buah-buahan. Perkataan kopek ni selalu orang Johor gunakan untuk bawang atau buah. Diaorang akan cakap kopek bawang tue atau kopek buah tue.<<korg paham-2 kn jelah ayt aku ni ea..heheh..
  • Tp bg kawan aku yang orang perak ni..dia kata kopek ini ada maksud lain kat perak..tapi aku tidak berapa ingat lah apa maksudnya..sori..sape yang tahu mintak bagi tahu ea..(write at comment).
3.Perakataan "GULA-GULA"
  •    Perkataan ini pun satu hal jugak, haishh. Kalau  orang di Johor biasa lah panggil gula-2, tapi kalau korang jumpa orang Kelantan dia panggil gula-gula ni coklat. Smpi sekarang aku musykil kenapa lah diorg xpanggil jek gula-gula..kan senang..Tapi lantak diorang lah, janji bahagia,hehe. Kadang-2 aku konpius juga kalau tiba-2 diaorang mintak coklat kat aku. Sebab otak aku dah setting yang coklat tu mcm cadbury, kitkat dan lain-2..heheh..Bak kata orang macam "rusa masuk kandang buaya".

   Sampai sini jelah ea yang aku  sempat, tak larat dah nak menaip. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi. Tapi terpaksalah korang cari sendiri. Kalau korang ada contoh-2 lain, tulislah kat comment box kat bawah entri yer, hehe. Pengajaran yang aku dapat ialah  banggalah dengan bahasa negeri  yang menjadi identiti diri kita, okey!!!. Gunakan bahasa yang sopan dan baik untuk bercakap dengan manusia-2 yang lain supaya tidak ada yang terasa hati dan disakiti.

-TERIMA KASIH-
written by: 2nd-Admin
           
         


Sunday, December 25, 2011

Adikku

Assalamualaikum kepada semua pengunjung:-


Alhamdulillah, pagi jumaat ini aku amat bersemangat untuk bangun awal dan mempergunakan sedikit masa terluang selepas subuh ini untuk berkongsi cerita mengenai tajuk "Adik". Bukan apa, mungkin aku merindui adik aku kot??hahaha. Biasalah, selalu tidur sama-2, online sama-2, gaduh sama-2.  Mugkin ada dikalangan pembaca merupakan seorang adik di dalam keluarganya sendiri  ataupun mempunyai adik kan??, tak kisah lah adik lelaki ke perempuan.

Apa yang istimewanya bila kita mempunyai adik  dalam kehidupan berkeluarga ini, selalunya adik merupakan antara faktor penting dalam keharmonian sesebuah keluarga. Mungkin kita tidak terlalu perasan dengan situasi ini,
 tetapi dalam kehidupan aku hari ini,
saat-2 manis bersama adik aku sentiasa aku ingati.
Tidak kiralah dari aku kecil sehingga aku remaja sekarang.
 Cehh macam dah besar sangat jer..seronok taw ader adik-2.




Aku mempunyai satu-2nya  adik lelaki dalam keluarga aku,
 mungkin itulah adik yang paling bongsu rasanya. Tapi manalah tau kot-2 ada adek baru, rezeki la tue. hahaha. Mak nak adikk lagi boleyh!!??
 Kalau nak ikutkan dari anggaran umur ibu-bapa aku, aku merasakan dialah adik yang paling last kot. 
Jarak umur antara aku dan adik aku pun lebih kurang 9 tahun. Amatlah jauh kan.

BUDAK KECHIK INI BANYAK NAKAL!!!
TAPI KELAKAR


Apa yang menarik ingin aku sampaikan mengenai cerita seorang adik ini ialah perjalanan proses dia menjadi semakin membesar. Saat-2 kehidupan dia dari kecil sehingga sekarang
banyak mengingatkan diri aku sendiri tentang perjalanan hidup aku.
Tidak banyak perbezaan yang wujud dalam kehidupannya berbanding aku.
 Mungkin cuma ada perbezaan dari segi perangai ataupun minat yang lahir dalam dirinya. Mungkin sebab adik aku itu lelaki, aku dapat meneliti sedikit persamaan kehidupan dia dengan aku.

Sikap seorang adik ini sudah pastinya manja.
 Tidak kiralah dengan sesiapa saja, tapi selalu ibu menjadi tempat bermanja mereka berbanding ayahnya. Bukan apa, ayah nie muka cengih sikit, kadang-2 nak dekat pun takut,hahahaha.Ibu ni kalau garang pon ada perasaan simpati kat anak dia, hehe.

Antara sikap adik-ku yang aku kagum ialah rajin.
Bukan puji adik sendiri, tapi memang kenyataan larh. Dia tak rajin belajar, tak rajin baca buku,
tak rajin  basuh kasut sekolah, tapi dia rajin pergi kedai.
 Aku pun naik heran, kadang-2 sehari tue sampai 5 hingga 6 kali pergi kedai yang sama. Selalunya masa cuti semester, aku kan ada dirumah, so kalau aku malas nak keluar kew?, dia lah yang jadi assistant aku untuk pergi kedai. Tapi kena bagi upah larh, budak-2 biasalah kan.

------->A
-------->D
----------->I
-------------->K


 Selain itu, dia memang rajin main game..

 kadang-2 satu hari suntuk mengadap laptop untuk main game.
 Kalau aku ader kt umah memang kena marah je la. Abis main game xikut time, lupa solat, lupa makan, kerja sekolah apatah lagi..haishh geram larh jugak.
Kalau time cuti sem, mmg xdapat larh dia nak online hari-2, hihihi. Tapi apa pun kalau nak marah adik sendiri pun biarlah dengan cara yang berakal, mungkin pemikiran dia masih belum matang. Bagilah peluang untuk dia untuk menikmati zaman kanak-2  seperti kita dulu.

 
KALAU CUTI INI LA KERJANYA!!!

INI SELALU HELAH DIA KALAU SURUH BACA BUKU!!!geram je..:)


INI ADIK AKU JUGAK TAW,hehe jangan ngorat pulak..!!

Apapun aku tetap sayang adik-adik aku ,
harap korang pon sama jugak yer!!. Tidak dilupakan juga kepada adek angkat  aku( aineen) yang banyak membantu abang ,hehehe dapat juga merasa ada adik perempuan. Terima kasih banyak-2!!
Okey u alls, terima kasih sudi baca entri aku kali ini setelah lama menyepikan diri dari dunia blogger!!!haha.Nantikan seterusnya.


Saturday, December 17, 2011

KERJA

Assalamualaikum:-


Sekarang 1st admin and 2nd admin tak boleh nak update blog macam selalu..sebab banyak sangat keje nak buat..Maklum lah semster last kan.Project banyak nak kena buat..kadang sampai demam-2 sebab bnyak sangat pikir ..korang x kesian kew??hehehe


Tajuk entri kali ni aku nak sentuh pasal kerja.Tapi bukan kerja di alam pekerjaan.Kerja yang aku nak sentuh ni kerja dalam dunia student. Kalau student mesti banyak assigment yang kena buat.Dan kebiasaannya assigment itu dilakukan secara berkumpulan..

 

Assigment yang dilakukan secara berkumpulan memang mudah kalau semua ahli membuat kerja..Tapi macam mana kalau ahli group anda 5 orang tapi yang membuat kerja dalam group tue hanya 2 atau 3 orang sahaja??pasti susahkan??semua student pasti pernah mengalami masalah ini xkira lah student U ker??poli ker??kolej ker??


Kadang-2 aku pelik kenapa orang-2  jenis mcm ini x nak buat kerja?? masa nak 1 group dengan kita bukan main lagi..bila suruh buat kerja macam-2 alasan dia beri. Kadang-2 ada yang buat sambil lewa jek, lepastu  bagi work dekat kita time last minute, pastu suruh kita yang edit..dia sedap tidur kita terpaksa bersengkang mata sebab siapkan dia punya bahagian (geram tau tak)..nak marah kawan..xbuat xdpt markah..semua dalam dilema..nak xnak kita gak yang kena buat...sabar je laa!!!



Antara alasan yang selalu budak pemalas ini bagi:-


1.Aku  tak tahu nak buat


  • Orang macam ni memang xde usaha..kalo boleh semua bnde nak kena suap..Kalau xtahu pergilah tanya kawan-2 yang dekat group lain..Diaorang pun buat assigment yang sama..xpun tanya lecturer kew??..USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN ye kawan-2 sume.
2.Kau pandai kau lah buat
  • Orang macam ni memang jenis nak lari dari tugas..Macam mana lah ko nak pandai kalo sume kerja ko bagi budak pandai yang buat..bertambah-tambah pandai lah kawan ko tue.
3.Aku ada hal lah harini (time nak buat perbincangan)
  • Ayat ni selalu keluar bila kita ajak diorang buat assigment sama-2..padahal hal diorang tue bukan penting sangat..G dating dengan awek/pakwe lah,futsal lah..tgok wayang lah..mcam lah pakwe/makwe ko dapat bagi markah assigment tue..bagi result ko lingkup ada r..
Aku pun malas nak tulis panjang-2..smpi sini jelah ye sahabat-2 semua..kalo list semua mmg korang penat lah nak baca..Kalau boleh kita jadi lah orang yang rajin dan sentiasa bekerjasama dalam satu kumpulan..siapkan sesuatu kerja itu lebih awal..pasti hasilnye lagi memberangsangkan..

Lagi satu jangan mengarah orang kalo diri sendiri xbuat kerja..orang mcm ni mmg pndi ckp mulut jek tp kerja zero..orang macam ni jenis kerja nak siap depan mata tapi dia xde bagi sumbangan pun kt group tue..Bila xsiap kita dimaki pulak..Apa pun xbley..

Sahabat untuk dijadikan kawan memang mudah dicari, tapi sahabat untuk buat kerja memang sukar dicari. Okey, sedar-2 lah..Aku mintak maap kalau ada yang terasa tapi korang jangan pentingkan diri korang sendiri. Orang lain nak graduate jugak...




Thanks so much!!!
written by: 2nd admin

Wednesday, December 14, 2011

Serabut

Assalamualaikan u all's semua..

Dah lama juga rasanya aku tak memblogkan diri ini. Kenapa ekk???

First laptop aku problem macam-2, dah tak tau  nak cakap apa. Kadang-2 sampai menyusahkan member  aku untuk tolong formatkan laptop aku nie berulang-2 kali..ishhh. Dah last-2 sem nie dia nak buat hal pulak kan...plzzz dont naughty-2 to make me crazy okeeey!!!!!!


Second, assignment yang tidak henti-2 gamaknya diberikan oleh lecturer setiap minggu..x nak comment lebih-2 pasal assignment, buat jer la kan...nak x nak memang kena siapkan jugak.


Third, lab report setiap minggu yang mesti akan menyusul, paling sikit 2 lab report dalam seminggu..hehe tak aper masih mampu lagi kot.

Fourth, mock test setiap minggu... ini pon dah jadi rutin mingguan untuk semua budak instrument yang register subjek PLC and CPC. Kadang-2 terpaksa la bincang-2 dgn kawan masa jawab test tu. Tapi line kena clear la. Kalau kantoi kena denda!!!. Budak-2 class sbujek ini tau la denda apa,hahaha.  Mana nak sempat study untuk 2 mock test dalam seminggu bro. Subjek lain nak kena study jugak kan!!!..


Lastly , Project Besar!!...Kalau nak ikutkan semester akhir ini, budak-2 instrument ada 3 project besar. Pertama project FYP la, mesti korang tau kan. Kedua project MICROP, aku tak tau lagi nak kena buat apa sebab lecturer tak bagi lagi tajuk untuk project ini. Akhir sekali, project PLC..mantap broo projek ini. Lecturer kasik 2 minggu sahaja untuk siapkan projek ini.
Conveyor System!!!

Okey terima kasih dekat semua  kawan-2 yang rajin lawat blog aku yer..ada ke ??? :(
Aku akan cuba menyempatkan diri untuk  mengupdate entri baru okeyy,
 nantikan kemunculannya ok, tp aku x taw lagi bila???
Salam untuk semua, harap korang yang menghadapi situasi macam aku  ini tetap
berusaha dan bersabar. Setiap masalah ada jalan keluarnya.
~Pohonlah kepada Allah Yang Maha Esa~
INSYALLAH....

Sunday, December 11, 2011

KAWAN

Assalamualaikum:-


Apa khabar sahabat-2 semua???harap sihat lah disisi orang yg tersayang..


Hari ini tajuk entry aku adalah kawan..
Apa itu kawan??friends??member??geng?? .Sebelum aku terlupa kan, aku nak korang tolong aku cari apa maksud perkataan "member" tue  dalam kamus longman..Harap korang semua rajinlah cari maksud perkataan ini, supaya kita tahu apa maksudnya dan mempraktikannya pada masa akan datang .


Panjang betul mukadimah aku ni..sorry la ye kawan-2..Aku nak tnye korang..
Apa korang buat bila korang tahu sahabat anda ada fail dlm exam??

Kalo di U dikenali sebagai repeat paper..Dimana jika seorg student fail dalam 1 subjek mereka hendaklah mngulangi subjek itu sehingga lulus..Itulah perbezaan sekolah dan U..
Kalau sekolah agama di negeri johor lain..Kalau korang gagal dalam subjek seperti al-quran,ibadat dan tauhid korang terpaksa ulang darjah yang sama sehingga lulus..


Memandangkan aku semester 6 dan merupakan semester terakhir aku kat sini aku ada ramai kawan yang kena "extend"..Maksudnya mereka kena tambah sem utk menghabiskn diploma ni..Kalo ko tnye aku sanggup ker nak kena extend??gerenti aku cakap xsanggup..sebab aku xnak bljr lama-2 sgt..nanti lmbat kahwin..heheh gatai kan.


Awal sem ari tuh aku berkenalan dengan seorang sahabat ni..
Dan dia beritahu aku dia kena extend sampi part 7..Dy ckp dengan aku kalo boleh dia nak berhnti bljr terus..x nak blik penang, xnak jumpa kawan-2..SEE??diorg rse down sangat-2 kn..


Kita sebagai sahabat kalau boleh kita bagi lah kata2 semangat,bantu diorg..mungkin sem lepas diorang fail tapi dengan bantuan kita yang x seberapa ini, maybe dia boleh dapat dekan??kuasa Allah xde sape yang tahu..
Kalo dapat sahabat macam gini kalo boleh janganlah ejek mereka..hina mereka.pndang sebelah mata dekat diorg..diaorang ini jiwa sensitif..luaran nmpk kuat tp dalam hati xde sape yang tahu..



Aku pun malas nak tulis panjang-2..nanti 1st admin penat nak meng-edit Perkara-2 macam gini kita kena tanya pada diri kita sendiri..Kawan untuk enjoy memang senang nak cari, tapi kawan masa susah memang susah nak cari..ada jek Seribu alasan kalo kita minta tlong..Aku bersyukur kerana mempunyai rakan-2 yang baik di Uitm ini.


Okey, korang faham kan apa nak buat kan kalau ade kawan-2 korang yang menjadi mangsa repeat nie, bagi mereka semangat dan binakan jiwa mereka untuk terus berusaha.Sekian, terima kasih semua..






*credit to 1st admin sgt2 sebab bagi aku tulis kt blog dia ni..sayang ang lebih r..hahah.. =P(by 2nd admin)

Thursday, December 8, 2011

Pengkhianat

Assalamaualaikum semua :-




Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diizinkan Allah Taala untuk terus hidup dimuka bumi ini. Sebenarnya hari ini aku ingin ketengahkan suatu topik yang telah diutarakan oleh sorang rakanku iaitu Redduan Harris. Beliau meminta aku untuk menulis  topik mengenai "pengkhianat". Aku rasa topik ini amat berat dan ia berbentuk subjektif. Banyak benda yang boleh kita kaitkan dengan pengkhianat.


Bagi pemikiran logik akal aku sendiri, apa yang aku faham mengenai maksud pengkhianat ialah berpaling tadah terhadap seseorang yang telah berbuat baik kepada kita. Senang cerita macam main "tikam belakang" la.,haha. Sikap seperti ini seharusnya kita buang jauh-2 dari jiwa kita kerana ianya tidak akan membawa kepada pengukuhan ukhuwah antara suatu pihak dengan pihak lain. Malahan, sikap seperti ini mampu mengeruhkan lagi hubungan seseorang sehingga mampu membawa kepada pertumpahan darah.


Okeyy u all semua kan, di sini aku nak katogerikan beberapa jenis pengkhianat yang aku faham:

1.Pengkhianatan terhadap rakan
  • Dalam kehidupan ICT masa kini,  masalah (kawan makan kawan) pun  masih wujud kan?? apa lah nak jadi, dan aku merasakan kalian-2 sendiri pon mesti  pernah mengalaminya.  Apalah salah kawan kita tu sehingga kita sanggup mengkhianati dia??, ermmm. Mungkin disebabkan dendam kesumat kita terhadap dia??mungkin sebab kisah zaman sekolah?? ataupun mungkin disebabkan cemburu??. Sepatutnya sikap mengkhianati rakan ini kita perlu kikiskan dalam sudut hati kita. Sanggupkah kita menganayai rakan-2 yang selama ini banyak membantu kita ketika kita dalam kesusahan. Cuba kita pikir sendiri ok.

2. Pengkhianatan terhadap amanah
  • Nahh, yang nie pon satu hal jugak. Dah diberi kepercayaan oleh seseorang pun sanggup nak belot.  Aku beri contoh mudah la kan, tapi ini contoh masa zaman-2 sekolah rendah dan menengah yang aku pernah lihat sendiri. Misalnyah, dulu masa zaman-2 sekolah kan ada mintak kutipan derma ini lah!!, kutipan derma itula!!, sumbangan macam-2 lagi,  then bapak korang bagi sejumlah duit kutipan derma untuk diberikan kepada pihak tersebut dengan sepenuh kepercayaan kepada anak sendiri , lepastu korang sanggup gunakan duit itu untuk kegunaan korang sendiri. Korang x rasa telah mengkhianati bapak korang sendiri kew? dah la x amanah!!! ishh aku x nak la burukkan sesiapa. Tapi mungkin dulu dia x sedar kesilapan yang dia lakukan. Harap korang-2 jangan ikut perlakuan macam ini. Tak elok la kan :)


3. Pengkhianatan terhadap majikan.

  • Bab ini senang sikit nak cerita, sebab drama-2 melayu dah berlambak keluarkan cerita-2 yang ada unsur pengkhianatan. Seorang pekerja sanggup menjadi pengkhianat terhadap majikan sendiri, dia jual maklumat syarikat kepada syarikat lain,gelapkan duit syarikat dan lain-2 lagi. Korang mesti selalu tengok kan kt TV...tapi untuk apa dia khianat???untuk  DUIT dan kesenangan hidup dan dijanjikan  oleh pihak ketiga. Siapa yang tak nak hidup senang??, semua orang nak hidup senang kan. Tapi sanggupkah kita menjatuhkan kredibiliti kita sendiri untuk melakukan suatu kesalahan yang mampu membuat kita menyesal seumur hidup. Kalau terlepas tue kira selamat lah. Tapi kalau kena tangkap dengan pihak berwajib ,mahu menangis tersedu-2. Jadilah pekerja yang berdisiplin dan profesional.

    Okey, to Reduan Haris @ monk. Ini jelah yang aku sempat coretkan. Nak tulis banyak-2 alamat x siap la assigment aku yang semakin bertambah-2 saban hari. Hehee..Terima kasih juga dekat kawan-2 yang sudi baca. Nantikan entri baru aku hujung minggu ini ...byee~



Tuesday, December 6, 2011

CEMBURU



Assalamualaikum:-

Apa khabar geng-2 semua??harap-2 sihat la yer..kalau x sihat pergi makan ubat yer..nanti sakit susah pulak!!!


Hari ni aku nak citer pasal cemburu.. Bukan cemburu pasal laki bini, pakwe makwe bagai tue ea..Aku nak citer pasal Cemburu tengok kawan2 berjaya.. Tak kisahlah dia berjaya dalam apa-2 bidang pun, yang pnting nama dia berjaya..kalo berjaya tackel awek cun ngn hot ker??,hisap dadah ker?? tue aku x nak follow ea.. Sebab tak menjamin masa depan..




Korang pernah rasa tak yang diri korang ini macam bodoh sgt dikalangan kwn2 korg..mcm x berguna org kata..rasa down lah..apa-2 lah yang sewaktu dengannya..benda-2 macam ini kita akan rasa apabila kita dapat result..x kisah lah result test ker, result final exam apa2 jelah..


Aku selalu mengalami perasaan seumpama  ni.. mungkin sebab aku ini masih seorang student..Perasaan sebegini memang x boleh lari jauh dalam diri seorang student, nak x nak kita kena accept jer kan??. Sape tak jeles weyh tengok kawan-2 kita dekan, sedangkan kita pulak dapat result biasa2 jek. Belajar sama2,  lecturer sama, note yg sama,  tapi kenapa diorang boleyh berjaya kan?? korang nak tahu jawapan dia??,, korg tepuk dada dan dahi korang, tanya kt diri korg sendiri!!..jangan buat tangan ke dada mata pandang ke atas pulak!!..tue ak xleyh nak tlong..hehehe.


Penyelesaian masalah ini senang jek..kita kena berazam dan tingkatkn usaha kita..kalo berazam tp kosong tak ader usaha mmg xjadi la jawabnya kan. Aku nak kongsi sedikit  pengalaman aku setelah lebih satu dekad mnjadi seorg student..Aku nak kongsi tips-2 sket pasal nak berjaya ni..

1.Pesaing


  • Aku slalunya akan cari seorg pesaing belajar yang ada kt dlm klas aku sendiri..kalo korg dah pilih org tue, korang jangan  cakap dengan dia pulak yang korang nak bersaing ngn dia..nanti kalah korang akn mnjadi mkin malu..ye dak???maksudnya kat sini korang bersaing secara senyap2..

    jangan gaduh dengan kwn-2 pulak!!
2.Jangan belajar dekat depan pesaing anda
  • Maksudnya di sini korang belajar sendiri-2..kalau korang belajar kat depan pesaing korang ,then  korang pun tengok pesaing korang belajar, nanti korang jadi  makin tension n gabra!!..selalu kalau study group aku just tgok apa jek yang kawan2 aku buat dan kalau x faham aku akan tanya..selepas itu,  blik umh aku buat sndiri..kalau korang aku x tahulah cara macam mana??..lain manusia kn lain cara kan..
3.Rajin dan usaha
  • Benda ini memang penting  dalam kehidupan seorang student..korang jangan rasa puas dlm satu ilmu yang korang dapat..korang cuba cari sendiri dan kalau  boleh,  rajin bertanya ngn lecturer atau kawan-2 yang lebih tahu..

4. Doa dan jangan tinggal solat

  • Bagi pendapat aku kan, x guna la korang pandai atau hebat mana pun, tapi kalau sombong dengan Tuhan sendiri buat apa. Kita jangan lupa kepandaian itu pinjaman sementara sahaja. Mungkin ada sesetengah yang menganggap, kalau rajin solat pun  repeat banyak kali pun buat apa?? tapi kita jangan lupa Allah itu Maha berkuasa dan Maha Adil, mungkin orang itu  kurang pandai ilmu dunia tetapi mungkin dia kaya dengan ilmu akhirat yang mampu membimbing dia untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat secara seimbang. Berdoalah memohon kepada Allah selalu, kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-2 Nya yang ikhlas.




Okey abang-2 dan akak-2 semua, sampai sini jelah yang aku nak tulis, ingat ini hanya luahan hati aku, kalau korang x suka it's ok. Banyak lagi benda aku nak kongsi tapi aku dah x larat nak tulis..kalo aku rajin ak tulis lagi yer..Terima kasih semua!!!



written by ~2nd Admin~

Sunday, December 4, 2011

Jatuhnya Badan ke Bumi

Bismillah,

Assalamualaikum dan salam jumaat buat kawan-2 semua, harap kawan-2 dapat baca cerita ini sepenuhnya.


Hari ini aku mendapat satu lagi pengalaman yang amat menyayat hati, pengalaman yang sedikit sebanyak memberi kesedaran dan keinsafan kepada diriku ini. Pengalaman yang menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Pagi-2 subuh lagi aku telah bersiap-2 untuk pergi ke kampus kerana ada briefing lab pagi ini. Walaupun jasadku agak malas untuk bangkit, aku tetap mengagahkan diri untuk bangun juga..??haha mcm gampang ayat aku kan.


Briefing start pukul seawal 9.00pg, aku dan rakan-2 tiba awal sekitar 8.55pg dan menunggu sehingga coordinator lab masuk ke makmal dan memulakan taklimat. Dalam 20 minit juga menanti rakan-2 lain sehingga semuanya ada didalam lab, sebelum penerangan dimulakan oleh MISS  NOORAIHANA. Tengok miss nie macam sporting sikit la. Hope until the end of the semester, the lab can finish succesfully.


Selepas selesai taklimat lab, aku dan rakan-2 pada awalnya ingin pulang ke rumah, tetapi disebabkan ada taklimat FYP(Final Year Project 2)  pada 11.30-pg,kami membatalkan niat kami itu. Sementara ingin menunggu pukul 11.30 tiba, kami pergi bersarapan roti canai secara berjemaah di kawasan apartmen berhampiran Uitm, aku pun x tau apa nama tempat itu, kalau tak silap Jln Haji Mohd Amin. Rasa x sabar jugak la nak mencekik roti canai pepagi nie, kehadiran kami ke warung tersebut turut disertai lagi dengan 2 buah kereta yang membawa rakan-2 yang lain., macam rombongan aku tengok masa tue,haha.Kalau x silap semuanya merupakan Student ELECTRICAL INSTRUMENT.


Kami menyusun meja dihadapan warung itu sambil duduk dibawah kepanasan. Tapi x larh panas sgt, sebab baru pukul 10.40-pg. Okeyy, akak warung menghampiri meja kami dan  menanyakan menu yang ingin dipesan, tapi malangnya, roti canai hanya tinggal 18 keping, aduhaiii sedih jugak la aku dengar, dah la datang ramai-2, tapi makanan pulak tak cukup. So, aku dan beberapa kwn lain buat keputusan untuk minum teh-o panas sahaja. Nanti kesian kawan-2 yang datang 2 kereta x dapat makan roti canai. Mungkin rezeki aku nak makan x ade time uh. Redha je la.


Sedang rakan-2 yang lain menikmati roti canai yang sedap itu, tiba-2  terlihat ada lambaian seorang  perempuan  yang  berada tidak jauh daripada kami. Aku pun pelik jugak pada mulanya, ada something best ker kat situ??? dia melambai lagi dengan reaksi yang cemas. Rupa-rupanya perempuan tersebut ingin meminta pertolongan kami semua untuk mengangkat seorang lelaki tua yang telah terjatuh secara tiba-2 di kawasan apartmen berdekatan warung tersebut. Kami pun mempercepatkan langkahan kami ke tempat tersebut dengan perasaan penuh cemas.


Setibanya ditempat kejadian, aku terlihat seorang pak cik  tua yang agak berumur berada dalam keadaan yang agak mencemaskan sedang dipapah kepalanya oleh seorang kaum bapa yang berada disitu. Mungkin lelaki yang memapah kepala pak cik itu ialah anaknya. Kata kaum ibu yang berada disitu pula, pak cik tersebut telah terjatuh secara tiba-2, aku tidak jelas bagaimana dia jatuh?? mungkin dia terjatuh ke dalam longkang kerana aku terlihat sebelah seliparnya berada dalam longkang tersebut. Lagi satu yang menguatkan firasat aku ialah, kakinya seperti berlumpur akibat termasuk dalam longkang tersebut. Mungkin ini hanya andaian aku sahaja.


Seorang lelaki yang memapah pak cik tersebut telah meminta kami untuk menjaganya sebentar kerana dia ingin mengambil kunci kereta dan bergegas menghantar mangsa ke Hospital Seberang Jaya. Aku dan beberapa orang rakan telah bekerjasama untuk mengangkat pak cik itu dan membawanya masuk ke dalam kereta lelaki itu. Alangkah pilu dan sebak jiwa ini melihat wajah pak cik tersebut yang  sedang menghadapi sakaratulmaut, matanya berkedip-2 memandang ke langit, nafasya tersesak-2, badannya lemah longlai.Tetapi raut wajahnya  dalam keadaan tenang. Hatiku menjadi gentar, adakah ini akan menimpaku suatu masa nanti??.sudahkah aku bersedia?? 

Selepas kami memasukkan pak cik itu ditempat duduk belakang kembara sambil dipangku oleh isterinya. Kenderaan itupun terus memecut laju. Dalam hatiku, semoga Allah  memudahkan perjalanan mereka ke Hospital. Selepas itu kami kembali ke warung dengan wajah yang amat sedih.

Sehari selepas itu , rakanku telah mendapat berita lanjut mengenai pak cik itu selepas mereka berkunjung ke warung roti canai tersebut. Berita ini agak sedih, kerana pak cik tersebut telah kembali ke Rahmatullah pada petang itu kalau tidak silap apa yang diberitahu rakanku kepada aku,mungkin punca kematian disebabkan sakit tua ataupun terjatuh.
Inna lillah hi wainna ilai hirojiun.Salam takziah dari kami  kepada keluarga beliau.



Pengajaran yang aku dapat simpulkan dari pengalaman ini ialah mati itu pasti!!, tiada keraguan mengenainya. Allah SWT berfirman dalam beberapa ayat Al-Quran mengenai kepastian akan mati:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
(Surah. Ali Imran : 185).


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang baik amalanya dan dia Maha Kuasa(membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-2 yang bertaubat)". ( Surah Al-Mulk: Ayat 2)

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” . (Surah. Luqman : 34).



Selain itu, aku turut berbangga dengan rakan-2 electrical instrument yang sanggup bekerjasama untuk membantu mangsa tersebut. Semoga Allah SWT memberi keredhaan kepada amalan kalian. Mungkin pengalaman ini sedikit sebanyak menguji sikap kita sebagai hambaNya untuk menilai  keperihatinan kita terhadap saudara seIslam kita.  Alhamdulillah...

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh beliau dan ditempatkan bersama orang-2 beriman.InsyAllah 


Gambar ini diambil oleh rakan kami :Amira Azinni


Terima kasih kepada yang sudi membaca sepenuhnya entri ini, semoga sama-2 kira merenung kembali kehidupan kita.


 Doa :
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan
Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”

Makan Nasi Minyak


Assalamualaikum semua, hari ini aku agak kurang sihat untuk menulis blog, tapi aku nak post juga coretan yang sempat aku tulis ini. Sebenarnya ada entri yang agak sedih ingin aku sampaikan, tetapi aku masih belum dapat menyiapkannya. Harap kawan-2 tunggulah yer. Okeyy, kalau kawan-2 baca tajuk entri aku kali ini, tak lain lagi la aku nak berkongsi pengalaman berjalan-2 semasa hujung minggu yang lepas.

Pada 27-Nov yang lalu, aku dan rakan serumahku telah berangkat ke Penaga,Pulau Pinang untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan seorang sahabat kami di Uitm iaitu saudara Afif. Korang jgn salah faham pulak??bukan si Afif yang kawin taw? tapi dia punya abang yang kawin. InsyAllah mungkin lagi 3 atau 4 tahun dia punya majlis pulak kan..hehe :)


11.00pg- Kami bertolak ke Penaga, rombongan kali ini disertai oleh brothers
(wan harris, hafiz choki, syafiq bounzer, amad jersey & aku sendiri).3 Member yang lain tidak dapat turut serta kerana mereka mengikuti program UitM.  Alhamdulillah cuaca agak baik semasa perjalanan ke sana.  Tetapi sebelum itu, seorang memberku (Amad Jersey) telah mengepalai rombongan dan sempat membawa kami  
 pusing-2 makan angin di highway  Kulim. Kami terpingga-2 kerana rasanya highway tersebut untuk ke Kedah. 
Salah seorang dari kami bertanya kepadanya:

???: "Wei mad...kita nak pergi mana nie? bukan sepatutnya lalu ikut highway ke sungai dua kew?".haha aku bedal je ayat nie..

Amad: "Alamak sory la, aku x ingt larh, dah lama tak pergi rumah afif, lupa jalan . Sambil berkata dia gelak..kakakaka.

???: "Rilex la mad, dah lama x jalan-2 pusing highway".


Kami menaiki flyover untuk membuat u-turn semula dan mengikut arah yang betul untuk ke destinasi.

12.20tgh- Kami tiba di Penaga dengan wajah kelaparan kerana tidak bersarapan dari pagi tadi..hahaha. Kami pun terus bersamalaman dengan bapa pengantin lelaki (ayah afif) yang menjadi penyambut tetamu bagi kaum lelaki.

Tengok je la gambar-2 yang aku ada :


Tempat makan bagi kaum muslimin


Tempat makan bagi kaum muslimat


Lama dah x naik basikal!



Senyum itu sedekah!!!






Awak buat apa tue!!!?


Rilex-2 lepas solat zuhur

Menunggu jodoh agaknye..ha3x

4.00ptg- Kami berundur untuk pulang, bukan pulang ke rumah?? ada destinasi yang ingin dituju. Tapi sampai disini sahaja dulu yang sempat aku tulis yer..haha. Dah x larat nak menaip kalau badan dah x sedap nie. 

AMBOI PENGANTIN PUN NAK MAIN HUJAN!!!

ucapan

<SEMOGA KEKAL BAHAGIA DUNIA AKHIRAT>


Sebelum aku menutup entri kali ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Afif sekeluarga kerana menjemput kami semua memeriahkan majlis perkahwinan ini.
Terima kasih juga kepada kawan-2 yang still setia untuk mengikuti blog aku yang  tidak seberapa ini.
Nantikan cerita baru esok!!

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...