♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, August 25, 2013

Sayangi LaptopMu Seperti Menyayangi KekasihMu





Assalamualaikum dan salam syawal buat sahabat madu sekalian.....

Sekarang sudah pun masuk 17 syawal dan suasana hari raya di Malaysia masih lagi tidak lekang dengan jemputan rumah terbuka(open house). Kadang-2 sampai penuh perut dibuatnya nak menghadap makanan open house nie...haha. Apapun bersyukurlah kita kpd Allah Taala yang masih lagi mengurniakan rezeki untuk hamba-hambanya yang tidak lepas dari dosa ini.


Kemeriahan beraya bersama kawan-2 tersayang !!!


Bagi segmen posting kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan benda yang sangat penting  dalam kehidupan seharian aku dan lebih-2 lagi ketika aku sedang melanjutkan pelajaran di IPTA. Semua orang yang sedang membaca entri aku nie mesti majoritinya menggunakan komputer riba(laptop) bukan??.

Dengan laptop inilah kita mudah untuk melakukan tugasan-2 kerja seharian, melakukan urusan kewangan, berbelanja, mengeratkan silaturahim dan yang paling penting dapat berhubung dengan orang tersayang..Tak begitu shabat semua??hehe.Terutamanya kedua ibu bapa dan adik beradik kita yang tersayang.

Pernahkan kita menitikberatkan penjagaan laptop kita nie???Ermmm korang rasa lah daripada mula-2 korang beli laptop tu, berapa kali korang cuci/servis cooling fan dalam laptop korang.Mesti jarang sekali atau langsung tidak pernah kan.Paling rajin pun, bersihkan screen laptop jer kan. Maklumlah, nanti tidak jelas pula nak melihat gambar-2 orang yang tersayang.





Biasanya,apabila laptop tidak dijaga dengan baik, akan muncul pelbagai penyakit-2 pelik yang menyusahkan kita seperti,laptop hang, auto restart, bluescreen, blackscreen, motherboard x function dan macam-2 lagi la.
Masalah-2 ini selalunya berpunca apabila kita tidak menjaga keadaan laptop kita sebaiknya. Untuk membaikinya sudah pasti memerlukan modal yang banyak.

Aku juga seorang pengguna laptop dan sudah hampir 5 tahun aku menggunakannya. Sejak aku membelinya baru dua kali aku mencuci cooling fan laptop tersebut. Kali terakhir adalah dua tahun yang lepas. Alhamdulillah keadaanya still lagi baik dan lancar. Cuma baru-2 ini, laptop aku mengalami kerosakan keyboard disebabkan adik aku menjadikan laptop tempat bermain game laptop setiap hari. Banyak keypad yang dah x berfungsi dan lebih teruk lagi ada yang sudah tertanggal..erghhhh!!!! tensionnye aku jgn cakap la.

LAPTOP :Compaq Presario CQ60


Keypad laptop hilang sudah.......erm!!!!
Ada lagi beberapa-2 keypad yang rosak..
Jadi,ceritanya ialah kena tukar laptop keyboard yang baru.


1-Proses pertama untuk membersihkan cooling fan & menggantikan keyboard adalah membuka semua skru ditempat bulatan dan menanggalkan bateri,wayar antenna wireless,ram & hard drive.




2-Proses kedua ialah buka  laptop anda dan tanggalkan keyboard dari tempatnya.
Keluarkannya secara perlahan-2 dan cungkil je seperti mencungkil gigi. :)



3-Putuskan sambungan power switch daripada motherboard.
Selepas itu tanggalkan deskboard yang berwarna hitam itu secara perlahan.
Selepas ditanggalkan ,laptop akan menjadi seperti gambar dibawah.



4-Proses seterusnya ialah menanggalkan screen laptop daripada base laptop.
Buka skru ditempat bulatan merah dan cabut screen secara perlahan-2.



5-Inilah hasil selepas skru telah ditanggalkan.

Operate3x ^_^

6-Selepas itu, cabut base yang berwarna silver itu dari permukaan motherboard.
Disetiap sudut terdapat skru yang perlu dibuka terlebih dahulu.





7-Ini keadaan apabila base warna silver telah dibuka.Kita akan dapat melihat seluruh motherboard 
dan tanggalkan 4 skru yang terdapat pada  permukaan motherboard tersebut.
8-Selepas itu putuskan sambungan cooling fan daripada motherboard sebelum mencabutnya keluar daripada casing. 



9-Yeahhh!!!! Akhirnya berjaya menanggalkan motherboard daripada laptop casing.

Awas!!!!!jangan sampai motherboard nie terkena air,jgn bawa minuman berhampiran kerja-2 yang sedang dijalankan.

10-Proses seterusnya ialah menanggalkan 4 skru cooling fan daripada motherboard.





11-Ini adalah cooling fan yang telah dipisahkan 

daripada colling casing dan heat sink.

12-Bersihkan heat sink/cooling case ini. Kalau anda lihat dibulatan merah  itu ialah 
habuk-2 yang melekat didalam lubang angin heat sink. Bersihkan dengan menggunakan kreativiti anda yang tersendiri. Nak rendam ke??, tembak guna air ke??.Pastikan keringkan balik tau sebelum pasang cooling fan!!



13-Bukak cooling fan, dan bersihkan sebersihnya siap polish kalau boleh..haha,
 Hal ini supaya korang tidak akan ada masalah laptop overheat lagi lepas nie.



14-Ini adalah keadaan selepas heat sink dibersihkan. Pastikan celah-2 lubang turut
dibersihkan dengan sebaik-baiknya.

Okey,selesai sudah bahagian bersihkan cooling fan 



Ini adalah bahagian-2 laptop yang sudah ditanggalkan. Pastikan susun dengan kemas, nanti tak adelah mengelabah cari skru-2 hilang la,ram hilang la..haha.Jaga baik-2 component-2 semua.

Korang tunggu apa lagi,pasang la balik selepas dah buka. Pandai cabut pandai la pasang ye!!!
Risiko semua atas tanggungan sendiri. Aku hanya berkongsi pengalaman aku service laptop CQ60
kesayangan aku ni je.


SEMOGA BERJAYA & TERIMA KASIH SUDI MEMBACA ^_^

Selepas Laptop Keyboard baru digantikan.
Barulah seronok nak update blog dan stalker kawan-2.
Smile like Choki :)









Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...