♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, March 29, 2012

Debaran Perbicaraan

Assalamualaikum semua,

           Sebelum kawan-2 nak tahu punca aku dibicarakan, kawan-2 mestilah terlebih dahulu membaca entri Kes mahkamah. Tanggal 20  febuari 2012 merupakan hari yang amat aku nantikan selama 3 bulan ini.  Hari-hari yang dinanti telah pun tiba, aku telah bangun seawal pukul 6pg untuk mandi,solat dan bersiap-2 sebelum bergerak ke Mahkamah. Perasaan gementar yang sebelum ini tidak muncul telah menbuak-2 dalam hati. Mungkin ini pengalaman pertama aku, jadi aku agak nervous untuk hadapinya. Apapun, aku tetap menguatkan diri untuk menghadapi semua ini.

       Aku tidak bersendirian semasa pergi ke Mahkamah Majestrit Bukit Mertajam. Aku telah meminta rakan baikku (mr khairul) untuk menemani aku pada hari tersebut. Terasa serba salah juga kerana terpaka menyusahkan rakanku diawal pagi untuk pergi perbicaraan tersebut, tetapi apakan daya aku disini tidak mempunyai saudara terdekat untuk dihubungi sekiranya ada berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Kesudian beliau menemani aku memang tidak pernah aku lupakan sampai bila-2,InsyAllah.
Ini dia tempat dimana aku dibicarakan. Masuk percuma melalui
saman yang aku dapat.,haha.


           Aku telah bertolak dari rumah sewa seawal jam 7.30pg tanpa mengmbil sedikit sarapan pun, Memang dah tak ada selera nak makan waktu itu. Apa yang penting ialah aku dapat menyelesaikan masalah pada hari itu juga. Tambahan pula, keesok harinya aku dan kawan-2 serumah akan mengahadapi peperiksaan MUET, so dalam fikiran aku sudah agak terbeban untuk memikirkan perperiksaan pula. Vrooommm!!! bergerak dengan cepat cari rumah menaiki motosikal.

        Udara pagi yang sejuk ditemani cuaca yang agak baik melancarkan lagi perjalanan kami ke Mahkamah. Kami tiba di mahkamah tepat jam pukul 7.40pg. Ini berikutan waktu perbicaraan yang ditulis pada surat saman akan bermula pukul 8.00pg. Tetapi aku agak pelik kerana kawasan mahkamah masih lagi sunyi tanpa penghuni kecuali pengawal keselamatan yang sedang berjalan-2 menghirup udara segar. Selepas kami meletakkan motosikal di tempat disediakan dalam mahkamah, aku pun menyapa pak cik pengawal:

Aku:  Assalamualaikum bang (sambil berjabat tangan)?? bilik mahkamah kat mana ye?

Pengawal: Waalaikumsalam!! adik pergi lobby bawah, nanti ada tangga adik naik tingkat satu. Lepastu dik periksa nama adik di papan kenyataan dan tunggu sampai org jpj datang ambil surat saman. Awalnya dtg hari ini???

Aku: Takut terlambat la bang sebab dia tulis kat surat saman pukul 8 start perbicaraan. Okey terima kasih yer.

          Aku dan khairul pun berlalu dari situ dan terus naik ke tingkat satu. Alamak ada dua bilik mahkamah?? mana satu nie??..blur sekejap. Kami pun periksa nama disetiap papan kenyataan bilik mahkamah dan nama aku berada di bilik mahkamah 1. Alhamdulillah ada juga nama aku, lega sangat-2, mana la tahu kena tangguh lagi 3 bulan alamat berjanggut la nak tunggu kan,haha.

          Aku pun duduk menunggu sehingga pegawai jpj  datang. Dalam waktu menunggu yang sangat mengantuk itu, seorang demi seorang yang datang untuk menghadiri perbicaraan. Hampir satu jam tunggu dan kawasan hadapan bilik mahkamah sudah dipenuhi orang ramai. Pegawai jpj masih tidak hadir lagi. Aku terfikir, ini kes kena bicara secara berjemaah ke??. Best la macam gitu, kurang sikit tekanan. Macam-2 golongan ada, dari yang pangkat veteran sehingga pelajar turut mendapat tiket saman macam aku, mungkin yang berbeza kesalahan yang mereka lakukan.

             Hampir pukul 10pg barulah pintu bilik mahkamah dibuka dan semua pesalah dijemput masuk. Salah seorang pegawai polis mengarahkan semua pesalah untuk duduk dikerusi yang disediakan. Disebabkan terlalu ramai ahli keluarga mengiringi pesalah, kerusi yang disediakan pun tidak mencukupi dan ada yang terpaksa  duduk di atas tangga,haha. 

           Baru 10 minit duduk dalam mahkamah tersebut, aku terdengar bunyi pintu besi dan suara riuh-rendah  dari bawah mahkamah. Aku tercari-2 dari mana arahnya, rupa-rupanya dalam bilik mahkamah tersebut mempunyai lokap  dibawah bilik yang disedia khas bagi pesalah-2 yang tidak dijamin sehingga hari perbicaraan ataupun selepas perbicaraan dan kegagalan membayar saman pada waktu ditetapkan . Perghh, gemuruh jantung tengok ada lokap bawah tu. Macam mana kalau aku kena masuk dalam tu??apa yang terjadi ek??.Bayangkan>??

         Lagi beberapa minit sebelum perbicaraan dimulakan, pihak polis membawa keluar semua penghuni-2 lokap dan mereka diletakkan dalam satu kandang/tempat duduk khas. Dari pemerhatian aku, hampir kesemua penghuni lokap adalah lelaki dan ada seorang wanita. Kalau lihat dari reaksi keadaan nya mereka semua sudah berada lama dalam lokap tersebut. Mereka juga akan dibicarakan pada hari itu, tetapi keutamaan akan diberikan kepada pesalah-2 yang melakukan kesalahan saman trafik atau jalanraya dahulu.

         Waktu yang dinanti-2kan, semua lawyer ,pendakwa raya, dan sebagainya sudah duduk dimeja masing-2. Hakim pun masuk dan semua diminta bangun dan duduk semula. Sunyi sepi terus bilik tu. Muka masing-2 dah gelabah. Pendakwa raya memangil sorang demi sorang sehingga giliran aku:

Pendakwa raya: mohd azizi bin azeman, anda didakwa atas  kesalahan pada (sekian haribulan) di (Jalan sekian) dengan kesalahan tidak mempunyai lesen kenderaan motor(roadtax) dan insuran tamat tempoh.
Anda mengaku bersalah atau tidak???

Aku: (dalam hati nak ngaku ke x nie??haha) saya mengaku bersalah

Pendakwa: Ingin membuat rayuan ??kalau ada kemukan rayuan anda.

Aku: Ya, saya meminta untuk dikurangkan denda kerana saya masih seorang pelajar.

Hakim: Kedummm!!!(bunyi ketukan)  RM100.

Pendakwa: RM200(sebab 2 kesalahan).
   

            Aku diminta pergi ke bahagian tepi untuk membayar saman kepada abang polis yg bertugas.Selamat bawa duit. Kalau x memang kena dftr la masuk lokap kat bawah bilik mahkamah tu sementara tunggu ada orang jamin . Pesanan aku  di sini ialah korang kena bawak duit siap-2 sebelum hari perbicaraan ye. Lepas bayar denda tu, aku pun dibenarkan oleh pihak polis untuk keluar dari bilik mahkamah dan tunggu dikaunter  untuk mengambil resit denda. Aku pun kenyit mata dekat kyrul supaya keluar dari bilik mahkamah juga.

           Alhamdulillah, perasaan aku terus lega dan gembira sangat kerana dapat menempuhi ujian ini dengan selamat. Terbit juga la rasa syukur kerana diberi ujian macam ini dan mempunyai rakan baik yang selalu membantu dan menyokong, mungkin dengan ujian Allah ini aku dapat mengetahui sesuatu yang sebelum ini aku x pernah ambil tahu dan membuat aku unjuk menjadi seorang pengguna jalan raya yang lebih berdisiplin.



      Seringkali kita semua berputus asa tatkala menerima kesulitan atau cubaan. Padahal Allah telah memberi janji bahwa di balik kesulitan, pasti ada jalan keluar yang begitu dekat.Yakinlah kawan-2 semua:
Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6)


Terima kasih kepada yang sudi baca ^_^.
Sebarang kesilapan harap dimaafkan

Tuesday, March 27, 2012

Kes Masuk Mahkamah

Assalamualaikum semua,

       Hari ini aku nak kongsi pengalaman paling pahit yang  pernah aku hadapi pada penghujung tahun 2011 yang lalu. Pada  18Nov 2011 kalau tidak silap la, aku telah pulang ke Penang untuk memulakan semester baru. Aku tiba seawal jam 7.00pg di rumah sewa. Tepat jam pukul 9.00pg, aku dan rakanku Hafiz Choki-2 telah pergi ke kedai motor yang terletak di Bandar Perda untuk menukar minyak hitam dan macam-2 lagi. Tepat jam 10 pagi, motosikal kami  telah siap diservis dan kami bercadang untuk pergi mencari car wash yang berdekatan untuk mencuci motosikal.


        Tetapi ada suatu kejadian yang tidak disangka-2 telah berlaku,ermmm. Sebelum aku melalui simpang round about kt perda tue, sepasukan JPJ telah membuat sekatan JalanRaya. Aku pun rilex je la, sebab aku rasa aku bawa lesen, roadtax hidup, dan semua okey la. Tetapi semasa ditahan untuk pemeriksaan aku telah terlupa sesuatu yang amat tidak disengajakan. Contoh perbualan aku masa kejadian :

Pegawai JPJ: mintax lesen dengan roadtax encik?

Aku: Nah, ini dia..

Pegawai JPJ: Encik, roadtax encik dah mati pada buln Oktober 2011 dan sekarang dh bulan November 2011??

Aku: Ehh , encik saya rasa encik silap nie, saya rasa roadtax saya hidup lagi, mungkin roadtax baru saya terjatuh kot??. Aku sangat yakin yang roadtax moto aku masih hidup.

Pegawai JPJ: OK saya hubungi pusat JPJ untuk pemeriksaan data.
                   :Nampaknye, roadtax encik memang dah mati pada sekian haribulan 10 2011. Saya terpaksa menyaman encik diatas dua kesalahan iaitu cukai jalan mati dan insuran mati.
Aku: Maafla encik, saya baru je sampai Penang pagi ini, saya  baru jer naik cuti sem nie. Nanti saya hidupkan.

Pegawai JPJ: Mintax maaf encik, kami terpaksa menyaman juga. Encik dikenakan saman Mahkamah dan perlu hadir pada 20/2/2012.

Aku: Kalau bagi saman kompaun tak boleh kew encik??

Pegawai JPJ: Tak boleh sebab kesalahan awak berada dalam akta pengangkutan 1974 kurungan bla...bla...bla..(aku x ingat), yang disabitkan degan saman mahkamah. Jangan risau, kalau student selalu kena bayar dlm rm50 je lepas buat rayuan.

Aku: Ermm.ok la encik terima kasih. (Aku pun pegang la kata-2 dia sebab kena bayar RM50 walaupun terpaksa tunggu sehingga bulan 2 tahun 2012).


           Lepas daripada kena saman tue, hati aku pon terus jadi tak tenteram, dalam kepala macam-2 aku fikir. Besar dugaan yang aku terima waktu itu, padahal baru jer sampai Penang untuk memulakan semester baru. Mood gembira hancur lebur bagai dihempas ke dinding besi,haha.  Aku pun terus membatalkan niat untuk pergi basuh motor dan terus balik rumah. Memang kecewa gila muka aku time tuh, rasa nak nangis pon ada. Takut juga sebab kena naik mahkamah dan aku dah rasa diri macam penjenayah,haha.

Sedih gila muka aku masa tu,
member serumah je la yang dapat lihat,warghhhh!!.
 



           Untuk meringankan beban yang ditanggung waktu itu, aku cerita la dekat kawan-2 serumah. Mana lah tahu diaorang ade pengalaman yang serupa dengan aku. Rupa-2nya semua x pernah kena saman mahkamah nie kecuali sorang member aku nie (Amad). Dia bagitahu yang dia pun pernah naik mahkamah masa zaman sekolah akibat kesalahan yang sama. Aku pun mintak sedikit nasihat dekat dia macam mana proses mahkamah tu.


           Pong..Pang(2x) dia bercerita, aku dengar la. Dapat la juga bayangkan macam mana keadaan perbicaraan itu.Then, aku terus cari  sedikit info-2 di blog dan forum-2 pasal saman mahkamah nie sebab takut punye pasal.



  
Bukti surat saman yang aku dapat :

Tiket free ke mahkamah,
sapa-2 nak boleh la cuba bawa moto  tanpa roadtax.
hehehe


Gambar diatas menunjukkan 2 kesalahan yang pastinya melayakkan anda untuk
dibicarakan.
1. Lesen kenderaan motor (roadtax) tamat tempoh.
2. Insuran tiada.


OKey, sambungan macam mana proses mahkamah 20/2 tu, aku akan sambung kepada entri seterusnya. Pengajarannya, sebelum menunggang moto dan memandu kereta tu, pastikan cukai kenderaan anda dalam keadaan hidup ya.  Mungkin ada sedikit kebaikan yang korang dapat dari pengalaman aku ini,InsyAllah,. Terima kasih kepada yang baca, ^_^
 


Friday, March 16, 2012

Dinner at Satay Kajang

Assalamualaikum semua,
Dah makan ke belum nie????

                  Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan nak kongsi cerita dekat kawan-2. Aku nak bawak  kawan-2 semua ikut aku pergi makan satay kajang di Selangor. Tempat nie, memang terkenal la. Kalau cerita port satay mana paling besar di Malaysia aku rasa di Kajang iaitu "Satay Kajang Hj Samuri". Disitu la kilang mereka menghasilkan satay-2 dan disitu juga merupakan restoran utama mereka. Setiap hari memang penuh dengan customer la jawabnya. Aku tengok cawangan satay kajang ini pon dah semakin meluas. Bangga la sebab ada pengusaha melayu yang mampu berjaya mencipta nama pasaran mereka sendiri sehingga dikenali.





                      Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di dalam restoran ini, agak teruja melihat restoran yang besar itu dipenuhi ramai pelanggan yang semata-2 datang mahu menikmati satay. Okey jangan buang masa!!, aku dan 3 orang lagi rakanku telah memesan 40 cucuk satay untuk makan malam itu. Disebabkan harga satay secucuk 70sen, kami telah membuat tempahan ais kosong untuk menjimatkan perbelanjaan,haha. Sekejap je dalam 10min, satay pun sampai. Memang cepat la service satay mereka, jadi tak adalah kes pelanggan mengamuk sebab lambat dapat tempahan,haha.


SATAY KAMI DAH SAMPAI PUN!!! NYUM-2

NIE GAMBAR KAWAN -2 AKU YANG SEDANG MENIKMATI KELAZATAN.

CUKUP X?? X CUKUP TEMPAH LAGI...
HAHA

PERGHHH!!!! LICIN NYE..
DAH ABISSS MAKAN

KUAH DENGAN SAMBAL PUN HIRUP SAMPAI LICIN.
JGN BAZIR-2

Alhamdulillah, kenyang perut kami semua. Secara tidak sengaja, lokasi satay tersebut bersebelahan dengan Stadium Kajang, jadi aku dan kawan-2 singgah ke stadium tersebut kerana masuk percuma. Tambahan pula boleh duduk tepi padang sambil usha-2 refree(pengadil),haha. Tak percaya ke?? tgk la gambar di bawah.
Susah nak dapat bergambar dengan saudara MIOR nie..
Penat?? duduk je tepi padang..haha

Macam kat Anfield ,Liverpool.


Bukan main style lagi tengok bola gaya gini...haha

Sekian sahaja cerita untuk kali ini yang aku sempat siapkan, kalau ada masa aku akan update lagi  blog yg dh berhabuk nie. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung. ^_^

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...