♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Monday, November 28, 2011

Percutian Kami Bersama






ASSALAMUALAIKUM :)

Hai you all, dah 2 hari rasanya aku x update cerita kan, terima kasih kepada yang masih setia membaca cerita-2 dari blog ini, entri semalam sbenarnya ditulis oleh seorang kawanku, tp rahsia larh siapa yg tulis okey, thankz sangat-2 sebab sudi menulis kt blog yang x seberapa ini.



Rasanya tak banyak yang ingin aku kongsikan kali ini, mungkin cuma perkongsian percutian aku dan rakan-2 pada semester lepas ke The Carnival Water Park, Seberang Perai.  Percutian ini tidak dirancang secara teratur pada permulaannya. Kami semua main terjah jer pergi sana,!!haha. Kalau jumpa ada rezeki la kan??.


Kami ingin bertolak seawal mungkin, tetapi disebabkan cuaca yang agak kurang baik dan hujan lebat tanpa henti, kami menangguhkan hasrat kami untuk seketika, kalau ikut aku malas nak pergi, tetapi selepas dipaksa oleh rakan-2 housemate aku(IFWAT >HAFIZ > SYAFIK > IZUMA > HISYAM KACAK), malangnya REDUAN dan AMAD tidak dapat menyertai kami kerana ada hal yang lebih pnting untuk diuruskan. Kalau x mesti lagi meriah,haha..Okey, nak tak nak , aku kena ikutkan je larh diaorang semua,hahaha. Kesian pulak tengok diaorang tunggu aku lama-2 sampai aku bangun pagi.



PUKUL 11.30pg-Perjalanan kami ke SP diiringi hujan yg sangat lebat di  sepanjang highway yang sepertinya mengalu-alukan kedatangan kami yang datang dari jauh ini, hahaha..dah mula merepek la nie?. Semasa dipertengahan jalan, hujan yang sangat lebat telah membuatkan kami untuk menghentikan perjalanan untuk seketika dibawah flyover highway berdekatan simpang masuk keSungai Dua kalau x silap aku . 20 minit jugak la termenung dekat situ sementara menunggu hujan agak reda. Alhamdulillah, hujan pun reda dan kami dapat meneruskan perjalanan.


PUKUL 1.30ptg- Syukur Alhamdulillah, kami selamat tiba ke destinasi yang dirancang. Walaupun agak keletihan mengharungi perjalanan yang penuh liku-2 , dan ranjau berduri,  akhirnya rombongan kami selamat tiba juga tanpa sebarang kemalangan yang x diingini. Ketibaan kami rasanya seperti suasana memasuki ke sebuah kawasan pendalaman   yang tidak berpenghuni, dalam hatiku berbisik-bisik, betul ke ini tempatnya??hari ini tak bukak kew??ada orang ke tidak nie??haha.Tetapi nekad je la masuk sebab dah datang jauh-2 kan.


PUKUL 1.45ptg-  Kami  pun pergi ke kaunter pembayaran tiket masuk, sebelum nak masuk, salah seorang kawanku tanya akak yang kerja kat situ, boleh masuk x nie??, akak tue pun jawab: boleh, berapa harga tiket seorang ek?? rasanya dalam RM7 kalau xsilap la. Hati pon gembira dapat masuk untuk bermandi-manda, last aku pergi mandi-2 nie rasanya masa aku tingkatan 3 kalau x silap, tue pun dengan family. Akhirnya selepas 5 tahun berlalu, dapat lagi bermain air ditaman tema. Dibawah ada gambar setibanya kami masuk kawasan The Carnival :




Comel tak kami




Relex jer



Peace yoo!!




Wekks!!!





Malu-2 pulak






PUKUL 2.15ptg-Semua dah x sabar nak bermain gelongsor air yang kelihatan selepas  pintu masuk ke dalam taman tema tersebut. Aku dan rakan-2 sepantas kilat menukar pakaian mandi dan terus terjun ke dalam kolam air,hahaha jakun gilew budak bandar x pernah main air kan??. Disini ada beberapa gambar kenangan yang sempat kami tangkap, harap korang pun dapat merasai kegembiraannya:




Gelongsor air terbaik







Seronoknya!!Terima Kasih



Yehhaaa!!


Ish macam kanak-2 chumel



Pukul 3.30ptg- Walaupun sudah merasai semua permainan yang terdapat disitu, tetapi kami masih belum mendapat kepuasan yang semaksima. Hujan lebat pun  turun semasa kami bermain-main disitu. Kami mengambil keputusan untuk berhenti dan pergi membilas badan dibilik persalinan dan menukar pakaian bersih. Selepas itu kami pergi solat zuhur berjemaah disurau yang disediakan sebelum berangkat pulang. Ada jugak diantara rakan-2 yang sempat membeli cenderamata untuk diberikan kepada kekasih hati masing-2 kecuali aku je yang x ada..hahaha.




Okey ini gambar sebelum kami pulang, best kan :


 Jumpa Lagi!!!

Terima Kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog aku, Bercutilah didalam Malaysia kerana banyak tempat-2 yang menarik boleh anda lawati.
Dah baca..Click Terima Kasih 

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...