♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, November 27, 2011

Apa Salah Mereka

Bismillah,

                  Malam ini tetiba aku rasa nak update blog la. Suasana yang agak dingin kerana hujan lebat turun tanpa henti sehingga tengah malam,Alhamdulillah aku turut rasa bersyukur kerana tempat aku tinggal tidak dilanda banjir.



         Cerita yang ingin aku sampaikan malam ini mengenai kehidupan jiran tetangga aku yang tinggal berhampiran rumah kami. Sebelumnya aku telah mendengar cerita mengenai ibu ini daripada rakan karibku iaitu Hafiz Choki. Macam-2 perangai yang agak negatif  telah aku dengar mengenainya sehingga hari ini aku dapat menyaksikan sendiri apa yang telah berlaku. Hafiz sendiri telah berbual secara langsung dengan mangsa keadaan iaitu anak kandung ibu tersebut. Hafiz telah menceritakan apa yang dia tahu kepada aku dan ceritanya membuatkan hati aku tersentuh..


         

                    Bagaimana perasaan aku tidak tersentuh apabila melihat 2 orang beradik dihalau dari rumah oleh ibunya sendiri  disebabkan kesalahan yang telah mereka lakukan?? berat sangat ker  kesalah budak itu?? Mana perginya kasih sayang ibu-bapa mereka?? itulah yang menjadi persoalan dalam pemikiran aku ketika mendengarkan cerita yg disampaikan oleh Hafiiz. Adik-beradik ini seorang lelaki dan seorang perempuan. Akaknya berumur 11 tahun dan adik lelakinya berumur 10 tahun.




          Melalui catatan yang aku dapat, mereka  2 beradik telah didenda oleh ibu mereka kerana bermain hujan petang tadi. Petang tadi kan hujan lebat kalau korang perasan, biasalah budak-2 kan nak berseronok juga waktu cuti sekolah. Dulu aku kecik-2 pon mandi hujan, siap main longkang lagi,hehehe. Mungkin parents mereka juga tidak pernah bawa mereka keluar bercuti mandi-manda??..haha. Apa yang aku tidak bersetuju ialah cara ibu mereka mendidik anak mereka. Korang tak kesian ker tengok budak-2 tidak dibenarkan masuk rumah dari petang tadi sehingga tengah malam tanpa diberi makan minum?? please la makcik!!, mereka itu budak-2. Kalau nak denda pon cukup la dengan rotan sebagai pengajaran atau memberi nasihat.



            Jangan la terlalu menyiksa mereka. Mungkin sekarang mereka(dua beradik) tidak mampu untuk memberontak atau membantah hukuman yang diberikan oleh ibu mereka. Tetapi tidak mustahil suatu hari nanti 2-beradik tersebut mampu bertindak sedemikian terhadap ibu-bapa mereka sendiri. Mana perginya kasih-sayang ibu terhadap anak kandung sendiri. Tidak salah untuk menghukum, tetapi biarlah ialah sesuatu hukuman yang waras untuk diterima akal.




                Dua beradik itu sempat mengadu kelaparan kepada rakan aku (Hafiz). Sedang rakanku  berbual dgn mereka dikaki lima rumah kami, ibunya telah keluar dengan muka yang bengis. Cepat-2 si Hafiz ni masuk rumah dan terus menutup pintu secara perlahan.Kang tak pasal-2 kena marah dengan ibu budak tuh, badannya agak gempal dan besar. Aku tengok pun takut juga nak tegur. Ianya tidak berhenti setakat itu, Hafiz mengajak aku dan seorang lagi rakanku(Wan) untuk ke dinding jamban.Gila apa pergi kat dinding jamban ramai-2??hahaha, ada emas ke?.
Ermmm, sebenarnya melalui dinding itu kami bertiga dapat mendengar perbualan dua beradik itu dan ibunya. Antara perbualan yang sempat aku dengar ialah :



Ibu: Hang pergi main hujan petang tadi wat apa?

Dua beradik: (mendiamkan diri)

Ibu: Hang kalau nak duduk dengan aku ikut cara aku, kalau aku kata A ikut A, kalau aku kata B hang ikut B.

Dua-beradik : (mendiamkan diri ketakutan)

Ibu : Hang kalau tak boleh ikut cara aku, hang pergi berambus jauh-2.



            Selepas itu, ibu tersebut pun bergegas masuk kerumah tanpa mempedulikan anak mereka. Kalau ikutkan hati aku dan kawan-2, mau rasanya bagi penampaq kt ibu budak itu, ibu jenis apa hang nie halau anak sesuka hati. Orang lain dok risau anak lari, kena culik, kena bunuh, ...hang boleh suruh anak hang berambus. Haisshh geram punya pasal terkeluar bahasa penang yang tak seberapa mahir ini. Aku tak tau la mana budak tu pergi malam nie. Kalau tiba-2 dia ketuk pintu rumah nak tumpang tidur, InsyAllah aku dan kawan-2 akan bagi tumpang tidur.



Nasihat yang aku ingin sampaikan dekat ibu budak tu, Anak yang dikurniakan oleh Allah itu merupakan suatu amanah yg perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kamu sebagai ibu sepatutnya melindungi anak kamu yang masih kecil dan memberi sepenuh     kasih-sayang. Kalau marah pun, janganlah sampai menghalau mereka yg masih kecil itu. Penat-2 kamu mengandungkan mereka 9-buln, melahirkan mereka dengan bertarung nyawa, sekarang kamu sisihkan mereka. Aku doakan semoga Allah membuka pintu hati ibu itu, dan mencampakkan rasa kasihan terhadap anak-2 mereka.Tiada niat terlintas dihati untuk memburukkannya, hanya sekadar luahan seorang insan.












      Handsome Boy
Terima kasih kepada Hafiz yang berkongsi cerita ini kepada aku dan aku juga sempat menyaksikan sendiri. Sekiranya ada kesalahan,ketelanjuran dalam penulisan diatas, ia datang dari kelemahan aku sendiri sebagai hamba Allah yang lemah.Sekian

5 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...