♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, January 31, 2013

Kedamaian Sahabat Serumah


Assalamualaikum dan salam sejahtera  kepada semua:-

           Alhamdulillah hari ini 24Disember aku mendapat ruang seketika untuk menaip sedikit warkah istimewa buat rakan-2 serumahku. Sudah lama niat dihati ini mahu meluahkan rasa  syukur yang terpendam ini, tapi apakan daya dengan keterbatasan masa sebagai seorang student Universiti yang sentiasa dikelilingi assignment,quiz, test, presentation, dan juga project sehingga tiada masa untuk berkarya dilaman maya ini.

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur kepada Allah  SWT yang sentiasa memudahkan perjalanan kehidupan dan urusan hidupku ini. Memang tidak dapat dinafikan, setiap hari ada sahaja ujian Allah yang bakal menjengah untuk menguji keimanan kita kepada Allah. Tapi kita kena yakin tanpa ujian, apakah erti kehidupan yang kita jalani ini ???. Cuba kita renungkan, apabila kita ditimpa masalah sehingga kita merasa kita tidak mampu untuk keluar dari masalah, tetapi hari ini kita berjaya melepasinya.. Siapakah yang membantu kita??? sudah pasti ianya datang dari ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Syafiq,Azizi,Ifwat,Fikri,Hafiz,Redduan


Ini merupakan tahun keempat aku bermustautin di pulau mutiara, sebelum ini aku telah  menghabiskan 3tahun untuk diploma. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya menghabiskan diploma dengan jayanya bersama kawan-2. Hidup di pulau mutiara  tanpa rakan-2 pasti sukar untuk aku bergerak sendirian. Dengan sahabat la aku boleh menyelesakan diri  untuk hidup di negeri orang ini. Kali ini aku tinggal bersama 5 orang sahabat lama yang sangat kacak & penyayang iaitu (ifwat, redduan, hafiz, syafiq ,amad). Kehidupan bersama 5 orang rakan dengan pelbagai ragam menceriakan lagi hari-hari aku di Penang.

Walaupun kadangkala ada percanggahan pendapat diantara kami rakan serumah, tetapi itu semua adalah asam garam rumah tangga orang bujang. Kalau dah duduk serumah sudah pasti ada perkara yang kita bersetuju ataupun tidak. Tetapi ia perlulah ditangani dengan bijak dan sabar supaya tidak akan timbul pemisahan hubungan yang mendinginkan antara kami rakan serumah.Senang cerita, kita perlu mendengar pendapat sahabat kita walaupun kita tidak bersetuju.



Kenangan masa buat kad pelajar di UiTM.



Pos satu moto je, tapi pergi buat rombongan ke pejabat pos!!


Dalam bidang akademik pula, aku rasa bersyukur kerana ada rakan-2 serumah yang pandai yang cerdik-cerdik belaka. Khususnya saudara Redduan Haris aka (Monk ) yang selalu menjadi guru kepada kami rakan serumah  terutamanya apabila musim final exam. Sikapnya yang sentiasa prihatin dengan masalah kawan-2 amat aku kagumi. Kawan-2 yang lain juga turut sering membantu dalam pelajaran yang mereka kuasai.Tidak dilupakan juga rakan-2 dirumah atas iaitu saudara ( Syamim & Syahmi & Kyrul & Izuma ) yang turut serta sering menghulurkan bantuan kepada kami rakan serumah. Kadang-2 aku dan rakan serumah sering meminjam dapur mereka untuk memasak, pinjam laptop untuk bermain game, pinjam kereta untuk pergi membeli barang rumah, minta tolong  hantar untuk pergi ke jeti dan bermacam-2 lagi. Semua kebaikan kalian amat aku hargai dan semoga Allah membalasnya, InsyAllah.

Encik Redduan sedang mengajar rakannya yang datang dari jauh,
haha jauh ker????
 


Dalam bidang sukan dan sosial pula, kami sering bermain futsal bersama-2 sebagai satu pasukan. Jika ada kelapangan diwaktu petang, kami akan pergi ke kampus untuk  bermain futsal bersama-2. Dihujung minggu hari jumaat dan sabtu, kami selalunya mendapat jemputan untuk bermain futsal sekitar jam 12 tengahmalam ke atas dan kelewatan waktu itu tidak pernah memadamkan semangat kami untuk bersukan. Majulah sukan untuk kesihatan!!!..hahaha. Dari segi sosial pula, kami  sering keluar bershopping di merata-2 pusat membeli belah sambil mencuci mata dihujung minggu bersama jika mempunyai kewangan yang kukuh pada waktu itu. Kalau tidak, masing-2 akan terperap di rumah dan mengadap laptop sambil menahan kelaparan,haha. Pada musim perayaan pula , kami akan berkonvoi dan berkunjung ke rumah lecturer-2 yang sporting untuk mengeratkan lagi silaturahim,cehhh....


Berfutsal bersama kawan-2 dihujung minggu 



Jamuan hari raya di rumah Puan Nazirah Sekeluarga yang turut disertai
<Khairul,Syamim,Syahmi dan Izuma>. 

Kesimpulanya, aku amat menghargai rakan-2 yang ada disamping aku secara langsung atau tidak langsung. Benarlah persahabatan yang dibina selama 4 tahun sejak diploma lagi menjadikan kami lebih rapat seperti adik beradik. Senyum gembira, sedih duka, marah dan geram semua kami lalui bersama. Apapun yang terjadi ikatan sahabat tetap utuh . Alamakkkk sedih pulak tetiba, okey semoga kita semua akan berjaya menempuhi masa hadapan dengan berjaya, InsyALLAH.


OKEY GENG!!!!!
That's all, appreciate your friends that always beside you.
Without friends life is impossible, because friends is like umbrella,
SHARE IT.

^_^



Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...