♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Monday, May 21, 2012

SiKecil yang menceriakan


Assalamualaikum semua !!!!

               Hujung minggu lepas aku telah pulang ke kampung untuk menghadiri majlis doa selamat untuk ahli keluarga saudara-mara. Saat ini la aku dapat berjumpa dengan pakcik,makcik, sepupu , dan anak sedara. Bukan senang nak berkumpul ramai-2 kan??, lagipun  semua ada kerjaya  dan tinggal jauh dibandar bersama keluarga masing-2.


           Bagi aku, saat yang paling ceria apabila berada di kampung ialah dapat melayan sikecil-2 yang sungguh ligat. Dalam kesibukan melayan celoteh-2 manja mereka, teringat pulak zaman aku kecik-2 dahulu sewaktu seusia mereka,haha. Tapi waktu sudah meninggalkan kita terlalu jauh, dan kini aku bukan lagi kanak-2 seperti mereka :(.

Okeyla, entri nie aku tulis sebagai pengisian waktu lapang aku untuk meluah sedikit perasaan gembira dapat melayan anak kecil.



Ini anak lelaki abang sepupu aku. Dulu kecik-2 abang sepupu aku selalu melayan aku(teringat zaman silam),hehe. Sekarang masa untuk aku pulak melayan anak-2 mereka. Budak comel nie memang ligat dan manja.
Jenis tak takut dengan orang,hahaha. Suka mintak dukung .



Tengok, kecik-2 suruh posing pun dah reti.hehehe
Rafiee, tunjuk peace kat pakcik???
+_+___>PEACE


Hah!!!..ini time waktu malam, kat mana aku landing-2,mesti dia akan muncul dan  duduk atas badan aku.
Haha, kadang-2 best jugak layan budak-2 nie kan??..^_^





Hah, ini kaklong nye, aku panggil namanya ayuni.
Walaupun dah 4thun, tapi masih manja-2 minta aku dukung,teman main basikal,haha xpela anak sedara punya pasal paman dukung bawak pusing-2.


Kak Long dan adiknye, peace yaw!!!





Dua-2 belah tangan nak peace, xboleh tahan tengok handsome boy nie,hahaha.

Bakal peganti pemain bola SafeeSali nie,InsyAllah.








Anak-2 kecil merupakan tanggungjawab yang Allah amanahkan kepada kedua ibu-bapa untuk mereka mencorak  kehidupan permata mereka menjadi sebuah permata yang mampu menyinar dan bernilai kepada agama, keluarga, masyarakat.


    I’m sending you a special child,
   To cherish in my name,
      For you to love with all your heart,
     And teach him about caring the Islamic religion

                                         






  







Terima kasih kepada semua yang sudi singgah...^_^


Sunday, May 13, 2012

Bekerja



Assalamualaikum semua sahabatku yang disayangi:-


          Seperti yang aku janjikan minggu lepas, aku ingin berkongsi  pengalaman aku bekerja selepas diploma kan. Alhamdulillah, aku telah diterima bekerja sebagai technician disebuah syarikat semiconductor di PasirGudang. Yang lebih menyeronokkan lagi, teman serumahku semasa belajar di UitM turut diterima bekerja ditempat yang sama iaitu (Hafiz Choki-2).




       Kami berdua telah memulakan hari pertama pekerjaan kami pada hari Khamis. Aku dan rakanku Hafiz telah bangun seawal jam 6.30pg untuk bersiap-siap ke tempat kerja kerana rumah sewa kami agak jauh dari lokasi syarikat tersebut. Tepat jam 7.30pg selepas kami sarapan pagi bersama, kami terus bertolak ke destinasi. Hampir 15minit perjalanan menempuhi kesesakan jalanraya diwaktu pagi, akhirnya kami tiba juga dikilang majikan kami.

        Selepas itu, kami berdua telah dibawa ke pejabat HR untuk menandatangani perjanjian untuk menjadi pekerja disyarikat tersebut dan sebelum menandatangani perjanjian tersebut, kami dinasihatkan untuk membaca kandungan perjanjian secara teliti. Ini untuk mengelakkan sebarang kesilapan maklumat gaji, jawatan yang ditawarkan  dan lain-2 hal lagi. Apabila semua uruan dokumen telah selesai, kami telah diberi pakaian pekerjaan seperti safety boot, baju , lab coat ,dan hood. Pakaian yang diterima oleh aku dan rakanku sedikit berbeza kerana beliau akan bekerja sebagai technician di department yang lain. Dibawah ini aku akan bagi korang tgk pakaian aku sewaktu bekerja sebagai technician :-

Disebabkan aku bekerja didalam kawasan berhawa dingin dan  tertutup dari persekitaran kotor, aku mestilah memakai lab coat, hood, mask, glove. Hal ini kerana, bahagian production amat menitikberatkan kebersihan persekitaran dan kualiti produk  yang dihasilkan. Memang bertutup habis dah, macam perempuan arab gitu!!!..^_^

Lihat safety boot saya?? lawa x ??. Warna putih tue,  rasanya dikedai-2 luar tidak ada jual kasut seperti ini. Kasut ini dibenarkan pakai apabila aku ingin masuk ke dalam (clean room) iaitu kawsan tempat aku bekerja. Kalau keluar dari clean room memang kena bukak kasut nie, sebab syarikat tidak benarkan kasut ini dipakai diluar kawasan.

Haha, ini pula antara pandangan sisi yang kalian boleh lihat pemakaian  aku sewaktu bekerja.  Ini bukan gambar aku ye?? Ini membe sekerja aku dan namanya terpaksa dirahsiakan..tettt. Beliau amat peramah dan disenangi oleh semua rakan kerja. Hobi dia waktu free macam gini la, call girlfriend,haha. Ketika ini kami berada di bilik maintanence sementara menunggu waktu rehat tengahari. Ermm, kerja maintenance nie rilex jugak la kalau mesin tak ada problem. Kerja disini  akan diberikan secara berkumpulan yang mana setiap kumpulan akan ada seorang leader.




            Sambung balik cerita mengenai diri aku !!, hari pertama aku bekerja memang membosankan kerana tidak dibenarkan untuk menyentuh mesin atau apa-2 barang  yang ada dikawasan production. Aku hanya disuruh untuk melihat mereka dan bertanya kepada mereka yang berada disitu sekiranya ingin mengetahui sesuatu. Oleh itu, aku menggunakan waktu tersebut untuk beramah mesra dengan semua pekerja yang ada disitu. Waktu itu memang aku buat selamber je datang mendekati  pekerja-pekerja dan menyapa mereka. Jadi, bila orang lihat kita peramah ,mereka akan mudah mendekati kita.

             Dalam seharian itu juga, aku telah ditunjukkan bermacam-2 jenis mesin yang ada disitu dan fungsi mesin tersebut.  Disebabkan aku diberikan jawatan technician, tugas yang pasti menunggu aku sudah semestinya repair mesin, setup mesin, troubleshhot. Ermmm, bukan mudah ye kerjanye. Aku telah gunakan waktu free hari pertama itu untuk melihat sedikit sebanyak cara-2 senior technician yang bekerja disitu sambil meminta sedikit ilmu daripada mereka. Alhamdulillah ,mereka tidak kedekut ilmu dan memberitahu sedikit sebanyak kepada aku.


                Suasana kerja yang aman dan bersih membuatkan aku lebih gembira untuk berkhidmat disitu. Sampai disini sahaja pengalaman yang aku dapat kongsikan. Nanti bila kawan-2 sudah bekerja pasti mempunyai pengalaman sendiri. Jadikan pengalaman yg bernilai ini untuk mengorak langkah kehidupan kita supaya lebih berjaya.

   Kuih Bahulu, kuih donat
Dimakan saat hujan dan kilat
Walaupun letih dan penat
Tapi kita harus tetap semangat!!! ^_^


Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...