♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Monday, April 30, 2012

Pengalaman Interview


 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-2 yang membaca entri ini:-

          Ramai kawan-2 yang  suruh aku kongsikan sedikit  pengalaman  sewaktu aku bekerja selepas tamatnya diploma akhir bulan 3 yang lalu. Tetapi dalam entri ini aku ingin menceritakan dahulu pengalaman aku diinterview. Mungkin boleh memberi sedikit bayangan suasana temuduga kepada sesiapa yang belum ada pengalaman. Aku telah cuba pergi temuduga dibeberapa syarikat/ kilang yang berhampiran dengan taman perumahan aku di Pasir Gudang. Seminggu selepas pulang dari Penang, aku telah menghantar berberapa resume di syarikat yang menyediakan kekosongan jawatan untuk diisi. Alhamdulillah, dua selepas aku menghantar resume, aku telah mendapat panggilan untuk di temuduga di sebuah syarikat semiconductor yang mempunyai pangkalan syarikat terbesar di dunia.


JOM IKUT SAYA PERGI INTERVIEW???
 

        Aku masih ingat lagi tarikh aku menghadiri temuduga tersebut iaitu pada hari Jumaat. Tepat jam 10.45pg aku telah tiba luar hadapan pagar syarikat tersebut dengan berpakaian kemas yang sewajarnya. Hati mula menjadi berdebar-2 kerana ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup aku ditemuduga. Aku terus pergi ke pos pengawal untuk meminta izin masuk kedalam dan aku diminta untuk menulis nama dibuku pelawat sebelum diberikan pas pelawat.

        Setibanya aku didalam lobby, aku telah diberi ujian penglihatan sebelum diberikan borang untuk mengisi jawatan kekosongan. Dah macam nak amik lesen ujian komputer pun ada dalam hati aku terdetik, hahah. Selesai sahaja isi borang tersebut, aku pun menyerahkan borang kepada akak HR. Selepas itu, aku telah dipanggil untuk masuk ke dalam bilik temuduga dan aku ditemuduga oleh salah seorang HR wanita cina syarikat tersebut.

          Macam-2 soalan dia tanya, aku pun jawab jer mengikut pengetahuan. Aku pun x kisah sangat kalau berjaya dapat job tu atau tidak. Selepas 30min berinterview, dia suruh aku tunggu lagi  diluar kerana dia nak panggil engineer dia untuk interview aku. Wahh!! dalam hati dah terlintas macam ada rezeki je nie??. Aku pun tunggu diluar bilik dalam 15min sambil membaca macalah2 yang disediakan disudut bacaan syarikat tersebut. Sambil aku menunggu engineer tu dtg??, ada lagi 2 orang lelaki yang hadir untuk interview yang agak lebih dewasa dari aku. Aku pun berborak la dengan mereka sebagai tanda kemesraan sesama insan.

          Ermmm jeng3x....., datang pun engineer tue, dia panggil nama aku dan membawa aku ke bilik yang lain untuk diinterview. Wahh!! sekali lagi nervous menguasai diri, tapi mcm biasa la buat-2 muka cool je dgn senyum2 kambing,hehehe. Dia minta aku ceritakan pengalaman aku bekerja sebelum nie dan apa kebolehan aku??. Then, engineer itu tanya kenapa aku mintak jawatan ................???
Apa lagi, aku cerita je la dekat engineer tue dengan penuh keyakinaan dan secara perlahan-2. Then, lepas itu engineer tue cerita la kerja apa yang aku kena buat dan cara bekerja di syarikat tersebut. Dia tanya mampu x follow semua cara kerja macam itu??. Aku pun jawab : saya akan lakukan dengan sebaiknya. 

         Next, dia belek-2 resume aku dan sijil-2 yang aku bawa. Dia pun tanya berapa gaji yang awak nak???. Aku bagi range (1200- 1600). Pastu dia kata, "okey i will try to consider ur salary and we will call u back next monday". Alhamdulillah, selesai la interview aku pada hari tersebut yang mengambil masa hampir 1jam 30min. 


JANGAN MALU-2 MASA TEMUDUGA TU.
COOL BRO!!!
 


Aku nak kongsi sikit la:

  • Pertama sekali, korang tunjukkan akhlak yang baik. Berjabat tangan dengan panel yang menemuduga(lelaki dgn lelaki) dan memberi salam jika dia seIslam dengan kita.
  • Ketika diinterview, jika dia tanya kita dalam Bahasa Malaysia jawablah Bahasa Malaysia. Kalau English cubalah bercakap dalam Bahasa English yang mudah.
  • Sebelum datang interview tu, korang study sikit la pasal syarikat tersebut. Selalunya dia akan tanya apa yang awak tahu pasal syarikat kami??.
  • Jangan lupa tanya pasal kebenaran untuk keluar solat fardhu dan solat jumaat. Itu penting untuk kita jaga sebagai umat islam yang beriman. Kerja-2 juga jgn sampai membelakangkan Tuhan dan agama.
  • Kalau ada diberi peluang untuk bertanyakan soalan pasal syarikat diaorng, korang tanya je macam-2. Tanya kilang nie produce apa?.Waktu rehat macam mana?. Jangan jadi  pemalu sangat. Kita nak kerja ok?? bukan nak tengok konsert hujung minggu,haha. Jangan menyesal dikemudian hari.


              Akhir sekali, aku ucapkan setinggi perghargaan kepada semua yang sudi baca entri ini dan yang terus menyokong blog aku yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada kesilapan bicara atau kata, mohon maaf dari segalanya. Mungkin aku agak sibuk sekarang dengan macam-2 hal yang dilakukan untuk menambah pendapatan masa cuti dan ilmu pengetahuan, cehh ^_^. Aku mendoakan semoga korang berjaya dunia akhirat, InsyAllah. Kalau gagal interview pertama jangan cepat berputus asa, mungkin Allah menyediakan peluang yang lebih baik ditempat lain.Wassalam


    (Nantikan cerita pengalaman aku bekerja di entri seterusnya ) 











Saturday, April 21, 2012

Etika pakaian ketika interview

Assalamualaikum sahabat-2 sekalian :)

Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang cara pemakaian ketika interview.Pemilihan pakaian yang sesuai amat penting ketika interview ye kawan-2. Semoga kawan-2 dapat sedikit manfaat daripada entri ini :-


1.KASUT
       LELAKI

  • Gunakan kasut yg formal
  • Warna kasut hendaklah berwarna gelap.Elakkan penggunaan warna terang.
  • Jangan pakai sport shoes ketika interview.

macam ni contoh kasut formal

kasut macam ni jangan guna time interview ye kawan-2


     PEREMPUAN

  • Gunakan kasut yang bertutup dan berwarna gelap.
  • Elakkan penggunaan kasut berumit tinggi lebih daripada 1.5 inci.


2.STOKIN

  • Gunakan stokin yang berwarna gelap.
  • Stokin hendaklah panjang(berada diatas buku lali.


3.SELUAR

  • Gunakan seluar slack yang berwarna gelap.
  • No jeans.
  • Straight cut..cut yg jenis lain tue xboleh ye kawan-2..Tapi ikut keselesaan setiap orang.
  • Skirt juga boleh digunakan ketika interview.Skirt yang formal adalah bawah lutut.


4.BAJU
      LELAKI

  • Baju kemeja.
  • Elakkan penggunaan baju yang banyak pattern..macam jalur-2 or kotak-2..


      PEREMPUAN

  • Baju kurung yang sopan.Kalo boleh janganlah kain tue belah2 ye..
  • warna gelap
  • Kalo nak pakai kemeja pun boleh..Tapi gunakan pakaian yg formal lah..


*kalo nak lagi hensem ataupun cantik gunakan lah blezzer or coat ye kawan-2..

5.AKSESORI
  • Contoh aksesori ni macam jam,tali pinggang,cincin,rantai dan anting-2..
  • Gunakan jam tangan yang formal..Bukan jam yg besar gedabak tue ea yg ada warna oren biru tue..Kalo ada jenis jam yang macam tue jek kalo boleh time interview tue jangan pakai..
  • Rantai dan anting-2 pun jangan pakai ketika interview.Nampak macam xsopan..ini untuk lelaki sahaja.Perempuan boleh pakai anting-2 dan rantai tue.
  • Cincin-lelaki dan perempuan boleh pakai..Tapi 1 cukuplah.
gunakan jam jenis macam ni

jam ni memang cantik..tapi warna dia terlalu terang..
kalo boleh xpayah pakai lah..

6.RAMBUT

  • Rambut mestilah kemas.
  • Berminyak.
  • Di potong pendek untuk lelaki.
  • Perempuan kalo boleh rambut tue diikat atau disanggul dengan kemas.


7.TIE

  • Gunakan tie yang berwarna gelap dan mempunyai pattern
  • Gunakan saiz tie yang sederhana..Tidak terlalu besar ataupun terlalu halus.
  • Jangan gunakan bow tie.
  • Kalo baju yang korang pakai tue kosong..Gunakan lah tie yg ber pattern.
  • Yang paling penting jangan guna tie plain yang warna putih tue..tue utk retis jek a.k.a artis.


gunakan jenis tie macam ni.
Panjang tie tue mesti smpi ke k tengah-tengah tali pinggang

bow tie ni jangan guna.kalo korang pakai comfirm kena reject.

siap gak entri aku ni..harap entri ni dapat membantu korang ketika interview..kalo ada pertanyaan korang boleh bagi kat ruang komen..insyallah aku akan balas..sesiapa yang ada interview tue GUD LUCK ye...
Sebelum pergi interview cari sedikit soalan-2 yang selalu tanya kt dalam interview kat internet..

p/s:sape dekat sini setuju kalau aku tunjukkan tutorial autocad 2012???kalo setuju bagi tahu la ye..^_^

written by:2nd admin









Friday, April 20, 2012

Rewang Semester Akhir

Assalamualaikum kepada semua pengunjung :-

Entri ini dah lama aku nak tulis, tapi baru sekarang aku berkesempatan. Tujuan entri kali ini sekadar  nak berkongsi4 gambar-2 kenangan aku dan kawan-2 kelas PLC-electrical instrument semasa berewang . Aktikviti ini memang tidak pernah dijangka oleh kami semua dan ianya telah menjadi pengalaman yang bermakna sepanjang aku menuntut di UiTM.

Sebelum bermulanya perperiksaan semester akhir yang terakhir bagi kami semua(student Uitm-Penang),  rakan-2 dan pensyarah yang disayangi  iaitu En. Mohd Mydin Bin Abd Kader telah mengambil inisetif untuk membuat majlis jamuan sebelum berpisah dengan semua pelajar kelasnya. Cadangan beliau itu telah disambut baik oleh semua pelajar-2 kelasnya tanpa sebarang bantahan.
Nak lihat proses jamuan kami:-


PERSEDIAAN JAMUAN!!


 Najmi dan Ifwat sedang membuat air sirap limau. 


Abang Zakie,Zarip dan En.
Baby dan Adi menggoreng ayam yang sungguh fresh,haha
_________________________________________________________________

MASA MAKAN & GOTONG-ROYONG!!!


Juadah yang siap dimasak dan disediakan.
Alhamdulillah rezeki Allah!!!
         
Geng-2 lelaki sedang menunggu giliran untuk mengambil hidangan yang tersedia.
Semua x sabar nak makan nie!!


Menjemput Staff PI untuk bersama-2 menikmati juadah yang tersedia

Makan beramai-2 bersama kawan-2 dapat mengeratkan
lagi ukhuwah.


Macam geng kopiah buat camping nih, ^_^

Alolololo tomeinye ..^_^



Wah rajinnye mereka

 Pensyarah-2  kami En.Ikmal, En.Halim, En.Nik Asrul sedang
menjamu selera bersama Dr.Zakaria.
Selepas majlis, kami bergotong-royong mengemas semula.

Penat yer abang-2 semua???



Badang-2 sedang mengangkat khemah!!urghhh
________________________________________________________________

GAMBAR KENANGAN BERSAMA!!



Sebelum pulang kami bergambar bersama En.Mydin.


Memang stylo la bergambar bersama kereta Initial-D,hehe



Siapakah pemilik kereta merah ini???



MEREKA SEMUA SANGAT BAIK DAN SENTIASA CERIA!!

MEMORI INDAH BERSAMA KALIAN!!!


Thanks espcially : to abg ihsan n syafiq kasmon for the picture ^_^



Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...