♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, November 20, 2011

Kenangan Hari Semalam

Bismillah..

Assalamualaikum wbt dan selamat hujung minggu,


          Syukur Alhamdulillah kawan-2, pagi hari ini aku masih lagi tersedar diawal fajar lebih kurang pukul 6pagi, so pagi ini agak rajin sikit kerana selepas mandi dan menunaikan solat subuh mcm biasa, aku pun meringankan tulang badan yang tidak seberapa berat ini untuk mengeringkan pakaian yang telah aku basuh semalam..haha tue pun baju yang dah berendam lama dlm mesin sebenarnya...hehehe. Disini, aku ingin turut memanjatkan kesyukuran kehadrat ILLAHI sekali lagi kerana pagi hujung minggu ini aku masih lagi diberikan peluang untuk merasai nikmat dunia oleh ALLAH SWT yang memberi pinjaman nikmat yang sememntara kepada hambaNya untuk mengumpul amalan kebaikan dan beribadat kepadaNya.

           Sebenarnya aku tak tau nak post pasal apa pagi ini, so apa kata aku share kenangan semalam jer ok? iaitu pd hari sabtu. Aku mulakan dengan makan tengah hari la, mcm biasa aku dan kawan-2 serumah yg dah pulang iaitu (apis,ifwat,syapik,amad,ejo) akan pergi makan di kedai makcik bawah, hah makcik bawah??sukati-2 jer kan bg nama kt makcik tuh...haha  di deretan   kedai makan bersebelahan pangsapuri Pauh Damai tmpt kami berteduh selama ini..hehe poyo je berteduh?. Kami selalu makan tengahari disitu disebabkan menu ayam rempah dah lauk yang amat memikat selera makan kami. Harga pon amat berpatutan disamping sudah menjadi regular customer. Ingat jual jersey je ade regular customer eh?hahaha tokey jersey jangan terasa yer. 


          Semasa kami menikmati kelazatan nasi ayam berempah bersama-2, kami membuat perancangan  untuk pergi ke Carefour SJ seleps makan ini untuk membeli sedikit keperluan diri dan membasuh motor. Erm macam biasa la, don't waste your time, kami makan cepat-2 then pulang ke rumah untuk solat zuhur terlebih dahulu, takot-2 nnti klaw dah merayap x sempt nak solat ye x?haha. Lepas solt, kami bergegas ke Carefour dgn 4jentera 4-lejang. Sebab apa kami pilih (Care4) , haha jwpanye kejab lagi taw. Kami berjalan pusing-2 didalam pasaraya Care-4 sambil bergelak tawa keriangan, ceh dah mcm kanak-2 riang pulak..haha. 



                Ronda punya ronda akhirnya kami menjumpai barangan keperluan yang ingin dibeli ini, sbnarnya barang ini aku  nak beli sangt sbb ianya penting jugk bagi aku, setelah sem lepas aku merempat mencari tempat merebahkan badan, menyewa tanpa bayar(pinjam ikhlas) dan kadang-2 hanya baring bertilamkan mozek yang dingin. Hehe msty dah dpt bayangkn brg apa kan, yg aku maksudkn ialah tilam tidur. Mesti ramai yang mempersoalkan kenapa aku beli tilam dah sem-2 akhir nie kan?..haha antra persoalan yag muncul sprti: last sem baru nak beli buat pa?x membazir kew?ko nak duduk penang terus kew lepas dip? haha macam-2 punye andaia lah kwn aku bagi, rilex la bro, tilam murah je pon..haha abes sem wakaf je. Bukan apa,aku jeles tgk korg tidur atas tilam yg empuk sem lepas dgn nyenyak..hehe.



               Okey aku dh dpt tilam, kwn-2 yg lain ada membeli sabun mandi la, deadorant, pisau pencukur bukan untuk kaki ye?,ubat gigi n lain-2 la..hihi penat nk list banyak-2. Apa lagi brg dah dpt pulang la kan, brg paling besar kompem-2 la aku punya sbb beli tilam, abes kena perli je dari beli sampai nak balik,...haha. Selepas itu detisnasi kami ialah kedai basuh moto, dengan tilam yang sebesar-2 itu terpaksa aku bimbit, malu bro..haha. Tapi xpe la, aku nie cool je kan..hahaha. Dah dlm 1jam tunggu 4 moto dibasuh, kami terus pulang ke rumah..huhu penat jugk la bdan rsenya, tgk jam dh pukul 4ptg. Tiba-2 teringt bola Malaysia lawan Myanmar ptg ini pukul 5.



            Selepas dah rehat sekejap, online , solt, kami turun ke warung depan pangsapuri untuk menonton perlawanan bolasepak, Malaysia lwn mestilah bagi sokongn kan, kata org Malaysia..haha. Selamat x ramai lepak kt warung ptg itu. So, agak selesa sikit la nak tgk Harimau Muda lwn diiringi pakcik pelanggan tetap warung tue. Semasa  perlawanan berlangsung, macam-2 reaksi telah ditonjolkan dikalangan kami, haha itu la saat yang seronok, Apapun tahniah kpd Abg Fakri Shahrani (no.13) kerana berjaya meledak gol kemengan untuk Malaysia melangkah ke FINAL walaupun pd mulanya kebolehan beliau amat diragukan sehingga dia menjadi bahan perbualan ramai dikalangan kami..hehe.GOOD JOB guy! x sia-2 kami turun ptg itu.


Okeey sampai  disini shja buat kali ini, walaupun entri kali ini agak menjela-2 pnjgnya mcm report lawatan zaman sekolah ye x?hahaha. Sabor je la baca ok.Terima kasih kpd yg sentiasa menjadi pengunjung tetap blog ini. Syg anda dan terima kasih bnyk-2.

1 comment:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...