♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Wednesday, November 30, 2011

Kewujudannya

Assalamualaikum rakan-rakan semua:-

Hari ini wa mlas nak tulis panjang2..lue olang bukan baca sangat pun..huhuh..zsszszszsz!!!..knape tetiba jadi gangster ni..adehh..terpengaruh Hisyam Makmur lah ni..hahaha.

Dalam dunia ni ada 3 bnda kita dpt rasa kewujudan dy tp kita x tahu bentuk dia mcm mana..

1.HATI
~korang tahu ker bentuk hati korang tue mcm mana..cuba korang pergi hospital korang tanya dekat doctor macam mana bentuk hati tu ..Gerenti doctor tue kata macam ini jantung ada r, hati mne ada..

  Bntuk hati  yang digambarkn dlm kartun barat

                                                   

2.AKAL
~Akal ini pun sama jugak..Kita mmg x nampak bentuk akal tue macam mana..kalo otak ada r kan..tp akal ini dikurniakan Allah untuk kita berfikir yang mana baik dan yg mana buruk.Paling penting jugak kita gunakanlah akal ini untuk  memikirkan kebesaran Allah melalui benda yang wujud disekeliling kita.
Kalo korg tengok cerita kartun barat mesti diorang gmbarkn akal tue mcam mentol..huhuh..

AKAL dlm citer kartun

3.HAWA NAFSU
~kita memag dapat rasa benda ni..nak bli baju,nak bli beg, nak beli jersey??aik sory ye jangan terasa..haha.padahal dah banyak dah koleksi tersebut di rumah..tapi nak jugak..tue nme dia nafsu syaitan!!..yang ni ak x tahu kartun barat gambarkan dia mcm mana..heheh..


*3 perkara ini amat penting dalam hidup kita dalam membuat sesuatu piilihan yang tepat. Jika kita menghadapi dua pilihan ,hendaklah pilih yang sukar dikerjakan tetapi baik akibatnya. Jangan melaksanakan sesuatu yang diingini hawa nafsu semata-mata kerana akibatnya buruk dan bahaya. Kesimpulannya , kebanyakkan barang yang baik memang sukar untuk dikerjakan.
 Rasulullah pernah Bersabda:

"DIRAMAIKAN SYURGA  DENGAN BARANG YANG BERAT MENGERJAKANNYA DAN   DIRAMAIKN NERAKA DEGAN SYAHWAT”
                                                                                                                     (HR.Bukhari dan Muslim)


ALLAH SWT
juga berfirman:

Ertinya: “Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal dia baik bagimu, dan boleh jadi kamu cintai sesuatu padahal dia jahat bagimu”. (Al-Baqarah: 216).


Segala yang baik datangya dari ALLAH, segala kekurangan datangnya dari kelemahan diri saya sebagai hambaNya yang lemah..Terima kasih kerana sudi membaca.
~written by 2nd Admin~cewahh..

Tuesday, November 29, 2011

Hatiku Kabur

Assalamualaikum kawan-2,
 
HARI INI AKU AGAK BERSEMANGAT UNTUK HADIR KE KELAS WALAUPUN TERPAKSA MENEMPUHI HUJAN LEBAT YANG TELAH MEMBASAHI AKU.

AKU DUDUK DIBARIS HADAPAN SEKALI UNTUK MENDENGAR "LECTURE" DARIPADA PERSYARAH. DENGAN PENGHARAPAN SUPAYA AKU DAPAT MEMAHAMI ILMU YANG DIAJARKAN DENGAN CEPAT.

TAPIIII KANNN......

AKU RASA MACAM KOSONG.....

AKU RASA MACAM KABUR-KABUR JER  DENGAN APA YANG CUBA DIAJAR OLEH PENSYARAHKU.

AKU BERTANYA KEPADA DIRIKU???

KENAPA SUSAH SANGAT NAK FAHAM  NIE??

AKU ADA BUAT SILAP DENGAN BELIAU KEW??


ADAKAH AKU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADIRI KELAS TERSEBUT??

AKU MEMANDANG RAKAN-2 DISEKELILING KU. ADA DIANTARA MEREKA  YANG MASIH KABUR-2, DAN MUNGKIN ADA JUGA YANG FAHAM 100%.

BUKANLAH AKU TIDAK MENDAPAT SEDIKIT ILMU PUN, TAPI AKU RASA MACAM AKU TIDAK MAMPU UNTUK MENYERAP SECARA LANGSUNG SEMASA BELIAU MENGAJAR.

AKU TERUS MENCATAT APA YANG AKU FAHAMI DAN MENDENGAR SAHAJA APA YANG DIKATAKAN AGAR AKU TIDAK KETINGGALAN.

SEMASA PULANG DARI KELAS  TERSEBUT, AKU BERFIKIR SEJENAK ??MUNGKIN ADA SESUATU KEKURANGAN  YANG AKU BELUM  DILAKUKAN ??

AKU MENCARI APA DIA??

DAN TERUS MENCARI??

SESUATU MUNCUL DIFIKIRANKU

DAN AKU INGAT SESUATU!!!

[ DOA ]

MUNGKIN AKU TELAH LUPA UNTUK MEMOHON KEPADA ALLAH AZZA WAJJAL,  SEBAGAI PEMILIK SEGALA ILMU AGAR DIBERIKAN AKU  KEBERKATAN ILMU YANG BERMANFAAT DAN MENERANGKAN HATIKU YANG GELAP INI.

Ya Allah,ampunilah hambaMu yang lemah dah lalai ini.!!
 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...




  PENGERTIAN:  
"Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih."

Kepastian Kehidupan

BISMILLAH,

Alhamdulillah, tengahari ini aku masih berkesempatan untuk membuat sedikit coretan diatas  papan blog. Mungkin sebab kuliah hari ini  akan bermula pada pukul 4-ptg, so aku akan gunakan waktu terluang ini untuk berkongsi apa yang ingin aku kongsikan kepada kawan-2 aku. Hari ini x ada cerita-2 percutian, cerita-2 kampus , cerita kawan-2 dan lain-2.


Tapi hari ini mungkin aku ingin berkongsi kepada semua  mengenai sebuah lagu nasyid yang banyak memberi aku inspirasi, penginsafan, ingat kepada dosa-2 aku dan menghargai kehidupan ini dengan lebih baik, dengan pengertian perkataan yang cukup mendalam melalui penulisan lirik-2 lagu yang indah. Aku telah mendengar lagu ini buat pertama kalinya menerusi youtube yang didendangkan dengan cukup merdu oleh Imam Muda Nazrul. Mungkin perlancaran lagu ini telah dilakukan lebih awal dan aku tidak mengetahuinya. Tapi itu bukanlah topik yang ingin aku bincangkan.




Buat pengetahuan korang, lagu ini merupakan nyayian kumpulan In-Team yang turut di muatkan dalam Album-Allahu Rabbi. Mungkin lagu ini  mampu menambat hati pendengar-2nya, InsyAllah.  So, korang layan dulu la lagu ini ok. Aku telah sertakan lirik-2 sekali bawah video ini:

Sebelum dengar lagu ...Tekan Sini
Lepas tue...Tonyoh Sini









KEPASTIAN-IN TEAM



Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan 
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan 
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Lagu: Suhaimi & Khairul Salleh
Lirik: Suhaimi & Khairul Salleh

Korang dah dengarkan??, mungkin ada sedikit pengajaran yang korang dapat dirungkaikan dari lagu ini. Bagi aku, kehidupan ini adalah  persinggahan sementara untuk kita menuju jalan akhirat yang kekal abadi. Kekal abadi ok???. Jadi manfaatkan la masa muda kita dengan sebaiknya, aku pun bukan baik sangat ??rakan serumah aku tau lah perangai aku macam mana. Tetapi aku bersyukur kerana masih dicampakkan rasa kehambaan kepada Tuhan Pemilik Alam ini iaitu (Allah Taala). Aku  juga manusia lemah yang sering tergelincir untuk  melakukan dosa -dosa. Apa yang penting,sama-2 kita memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan Kepastian Alam Akhirat mesti kita yakini,

Wallahualam.

Monday, November 28, 2011

Percutian Kami Bersama






ASSALAMUALAIKUM :)

Hai you all, dah 2 hari rasanya aku x update cerita kan, terima kasih kepada yang masih setia membaca cerita-2 dari blog ini, entri semalam sbenarnya ditulis oleh seorang kawanku, tp rahsia larh siapa yg tulis okey, thankz sangat-2 sebab sudi menulis kt blog yang x seberapa ini.



Rasanya tak banyak yang ingin aku kongsikan kali ini, mungkin cuma perkongsian percutian aku dan rakan-2 pada semester lepas ke The Carnival Water Park, Seberang Perai.  Percutian ini tidak dirancang secara teratur pada permulaannya. Kami semua main terjah jer pergi sana,!!haha. Kalau jumpa ada rezeki la kan??.


Kami ingin bertolak seawal mungkin, tetapi disebabkan cuaca yang agak kurang baik dan hujan lebat tanpa henti, kami menangguhkan hasrat kami untuk seketika, kalau ikut aku malas nak pergi, tetapi selepas dipaksa oleh rakan-2 housemate aku(IFWAT >HAFIZ > SYAFIK > IZUMA > HISYAM KACAK), malangnya REDUAN dan AMAD tidak dapat menyertai kami kerana ada hal yang lebih pnting untuk diuruskan. Kalau x mesti lagi meriah,haha..Okey, nak tak nak , aku kena ikutkan je larh diaorang semua,hahaha. Kesian pulak tengok diaorang tunggu aku lama-2 sampai aku bangun pagi.



PUKUL 11.30pg-Perjalanan kami ke SP diiringi hujan yg sangat lebat di  sepanjang highway yang sepertinya mengalu-alukan kedatangan kami yang datang dari jauh ini, hahaha..dah mula merepek la nie?. Semasa dipertengahan jalan, hujan yang sangat lebat telah membuatkan kami untuk menghentikan perjalanan untuk seketika dibawah flyover highway berdekatan simpang masuk keSungai Dua kalau x silap aku . 20 minit jugak la termenung dekat situ sementara menunggu hujan agak reda. Alhamdulillah, hujan pun reda dan kami dapat meneruskan perjalanan.


PUKUL 1.30ptg- Syukur Alhamdulillah, kami selamat tiba ke destinasi yang dirancang. Walaupun agak keletihan mengharungi perjalanan yang penuh liku-2 , dan ranjau berduri,  akhirnya rombongan kami selamat tiba juga tanpa sebarang kemalangan yang x diingini. Ketibaan kami rasanya seperti suasana memasuki ke sebuah kawasan pendalaman   yang tidak berpenghuni, dalam hatiku berbisik-bisik, betul ke ini tempatnya??hari ini tak bukak kew??ada orang ke tidak nie??haha.Tetapi nekad je la masuk sebab dah datang jauh-2 kan.


PUKUL 1.45ptg-  Kami  pun pergi ke kaunter pembayaran tiket masuk, sebelum nak masuk, salah seorang kawanku tanya akak yang kerja kat situ, boleh masuk x nie??, akak tue pun jawab: boleh, berapa harga tiket seorang ek?? rasanya dalam RM7 kalau xsilap la. Hati pon gembira dapat masuk untuk bermandi-manda, last aku pergi mandi-2 nie rasanya masa aku tingkatan 3 kalau x silap, tue pun dengan family. Akhirnya selepas 5 tahun berlalu, dapat lagi bermain air ditaman tema. Dibawah ada gambar setibanya kami masuk kawasan The Carnival :




Comel tak kami




Relex jer



Peace yoo!!




Wekks!!!





Malu-2 pulak






PUKUL 2.15ptg-Semua dah x sabar nak bermain gelongsor air yang kelihatan selepas  pintu masuk ke dalam taman tema tersebut. Aku dan rakan-2 sepantas kilat menukar pakaian mandi dan terus terjun ke dalam kolam air,hahaha jakun gilew budak bandar x pernah main air kan??. Disini ada beberapa gambar kenangan yang sempat kami tangkap, harap korang pun dapat merasai kegembiraannya:




Gelongsor air terbaik







Seronoknya!!Terima Kasih



Yehhaaa!!


Ish macam kanak-2 chumel



Pukul 3.30ptg- Walaupun sudah merasai semua permainan yang terdapat disitu, tetapi kami masih belum mendapat kepuasan yang semaksima. Hujan lebat pun  turun semasa kami bermain-main disitu. Kami mengambil keputusan untuk berhenti dan pergi membilas badan dibilik persalinan dan menukar pakaian bersih. Selepas itu kami pergi solat zuhur berjemaah disurau yang disediakan sebelum berangkat pulang. Ada jugak diantara rakan-2 yang sempat membeli cenderamata untuk diberikan kepada kekasih hati masing-2 kecuali aku je yang x ada..hahaha.




Okey ini gambar sebelum kami pulang, best kan :


 Jumpa Lagi!!!

Terima Kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog aku, Bercutilah didalam Malaysia kerana banyak tempat-2 yang menarik boleh anda lawati.
Dah baca..Click Terima Kasih 

Sunday, November 27, 2011

Jadikan Line Broadband Sebagai Wifi

Assalamualaikum :-

Hari ini aku nak kongsi sedikit ilmu kat korang semua pasal cara-2 nak jadi budak jahat..heheh..korg nak ikut x???Mungkin ramai dikalangan korang masih xtau kan..hehe


Sebenarnya hari ni aku nak ajar korg ilmu jahat iaitu nak jadikan line broadband korang guna tue boleh dikongsi 2 , 3 laptop..kira macam wifi la. Kalau korang x nak jadi budak jahat korang xpayah ikut taw..heheh..Sebab aku nie memang jahat.


Meh aku terangkan serba sedikit pasal benda alah ni..slalunya yang kita tahu 1 broadband 1 laptop je kan boleyh guna..So, harini aku nak ajar korang macamner nak bwat  satu broadband tue boleyh kongsi utk bnyk2 laptop..


*korag follow step-2 yang aku sediakan nie, InsyAllah ..mesti korg boleh berjaya.. SELAMAT MENCUBA..

Step 1: Pergi kt start.Then,search ad hoc. Lpas korg clik windows ni yg akan keluar..

Step 2: korg click next..dan windows ini yg akan keluar


Step 3:Dekat network name  and security key tue korg letak lah name and password apa yang korg suka..pas2 korg click next.
this is for example..heheh..

Step 4:After korg tekan next,windows ni yg akn keluar.

Step 5:korg click kt turn on internet connection sharing..secara xlangsung broadband korg dah jd wifi..
nak thu berjaya ke x..korg suruh lah member korg connect wifi ni..

#kalo berjaya jgn lupa click banner kt bwh entri ni ea kawan2.. :)
#harap korang support la aku, jasa baik korang aku ucapkan terima kasih sekali lagi.Click sini pula.


written by:~2nd Admin~

Apa Salah Mereka

Bismillah,

                  Malam ini tetiba aku rasa nak update blog la. Suasana yang agak dingin kerana hujan lebat turun tanpa henti sehingga tengah malam,Alhamdulillah aku turut rasa bersyukur kerana tempat aku tinggal tidak dilanda banjir.



         Cerita yang ingin aku sampaikan malam ini mengenai kehidupan jiran tetangga aku yang tinggal berhampiran rumah kami. Sebelumnya aku telah mendengar cerita mengenai ibu ini daripada rakan karibku iaitu Hafiz Choki. Macam-2 perangai yang agak negatif  telah aku dengar mengenainya sehingga hari ini aku dapat menyaksikan sendiri apa yang telah berlaku. Hafiz sendiri telah berbual secara langsung dengan mangsa keadaan iaitu anak kandung ibu tersebut. Hafiz telah menceritakan apa yang dia tahu kepada aku dan ceritanya membuatkan hati aku tersentuh..


         

                    Bagaimana perasaan aku tidak tersentuh apabila melihat 2 orang beradik dihalau dari rumah oleh ibunya sendiri  disebabkan kesalahan yang telah mereka lakukan?? berat sangat ker  kesalah budak itu?? Mana perginya kasih sayang ibu-bapa mereka?? itulah yang menjadi persoalan dalam pemikiran aku ketika mendengarkan cerita yg disampaikan oleh Hafiiz. Adik-beradik ini seorang lelaki dan seorang perempuan. Akaknya berumur 11 tahun dan adik lelakinya berumur 10 tahun.




          Melalui catatan yang aku dapat, mereka  2 beradik telah didenda oleh ibu mereka kerana bermain hujan petang tadi. Petang tadi kan hujan lebat kalau korang perasan, biasalah budak-2 kan nak berseronok juga waktu cuti sekolah. Dulu aku kecik-2 pon mandi hujan, siap main longkang lagi,hehehe. Mungkin parents mereka juga tidak pernah bawa mereka keluar bercuti mandi-manda??..haha. Apa yang aku tidak bersetuju ialah cara ibu mereka mendidik anak mereka. Korang tak kesian ker tengok budak-2 tidak dibenarkan masuk rumah dari petang tadi sehingga tengah malam tanpa diberi makan minum?? please la makcik!!, mereka itu budak-2. Kalau nak denda pon cukup la dengan rotan sebagai pengajaran atau memberi nasihat.



            Jangan la terlalu menyiksa mereka. Mungkin sekarang mereka(dua beradik) tidak mampu untuk memberontak atau membantah hukuman yang diberikan oleh ibu mereka. Tetapi tidak mustahil suatu hari nanti 2-beradik tersebut mampu bertindak sedemikian terhadap ibu-bapa mereka sendiri. Mana perginya kasih-sayang ibu terhadap anak kandung sendiri. Tidak salah untuk menghukum, tetapi biarlah ialah sesuatu hukuman yang waras untuk diterima akal.




                Dua beradik itu sempat mengadu kelaparan kepada rakan aku (Hafiz). Sedang rakanku  berbual dgn mereka dikaki lima rumah kami, ibunya telah keluar dengan muka yang bengis. Cepat-2 si Hafiz ni masuk rumah dan terus menutup pintu secara perlahan.Kang tak pasal-2 kena marah dengan ibu budak tuh, badannya agak gempal dan besar. Aku tengok pun takut juga nak tegur. Ianya tidak berhenti setakat itu, Hafiz mengajak aku dan seorang lagi rakanku(Wan) untuk ke dinding jamban.Gila apa pergi kat dinding jamban ramai-2??hahaha, ada emas ke?.
Ermmm, sebenarnya melalui dinding itu kami bertiga dapat mendengar perbualan dua beradik itu dan ibunya. Antara perbualan yang sempat aku dengar ialah :



Ibu: Hang pergi main hujan petang tadi wat apa?

Dua beradik: (mendiamkan diri)

Ibu: Hang kalau nak duduk dengan aku ikut cara aku, kalau aku kata A ikut A, kalau aku kata B hang ikut B.

Dua-beradik : (mendiamkan diri ketakutan)

Ibu : Hang kalau tak boleh ikut cara aku, hang pergi berambus jauh-2.



            Selepas itu, ibu tersebut pun bergegas masuk kerumah tanpa mempedulikan anak mereka. Kalau ikutkan hati aku dan kawan-2, mau rasanya bagi penampaq kt ibu budak itu, ibu jenis apa hang nie halau anak sesuka hati. Orang lain dok risau anak lari, kena culik, kena bunuh, ...hang boleh suruh anak hang berambus. Haisshh geram punya pasal terkeluar bahasa penang yang tak seberapa mahir ini. Aku tak tau la mana budak tu pergi malam nie. Kalau tiba-2 dia ketuk pintu rumah nak tumpang tidur, InsyAllah aku dan kawan-2 akan bagi tumpang tidur.



Nasihat yang aku ingin sampaikan dekat ibu budak tu, Anak yang dikurniakan oleh Allah itu merupakan suatu amanah yg perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kamu sebagai ibu sepatutnya melindungi anak kamu yang masih kecil dan memberi sepenuh     kasih-sayang. Kalau marah pun, janganlah sampai menghalau mereka yg masih kecil itu. Penat-2 kamu mengandungkan mereka 9-buln, melahirkan mereka dengan bertarung nyawa, sekarang kamu sisihkan mereka. Aku doakan semoga Allah membuka pintu hati ibu itu, dan mencampakkan rasa kasihan terhadap anak-2 mereka.Tiada niat terlintas dihati untuk memburukkannya, hanya sekadar luahan seorang insan.












      Handsome Boy
Terima kasih kepada Hafiz yang berkongsi cerita ini kepada aku dan aku juga sempat menyaksikan sendiri. Sekiranya ada kesalahan,ketelanjuran dalam penulisan diatas, ia datang dari kelemahan aku sendiri sebagai hamba Allah yang lemah.Sekian

Saturday, November 26, 2011

Rutin Seorang Pelajar




Assalamualaikum kwn-2 yg menanti entri terbaru,


Hahahaha,tetibe rasa nk gelak pulak?gilew ker apa makhluk  nie!.saja la kwn-2 nak amik mood happy hari ini, x kan x boley ..:)


Hari ini aku xde class langsung buat pengetahuan korang, x kisah lah kalau korang x nk taw! tp kena  habaq juga, seronok juga rasanya klaw xde class nie kan, tp klaw kerap sangat pun buhsan pulak ye ?haha. Hari ini rasa nak membuat coretan mengenai kehidupan kt kampus je lah, nnti aku selitkan sekali apa yg ptot yer.



Pagi hari ini cuaca agak baik, Alhamdulillah. tp aku masih berada diatas tilam yg empuk untuk menikmati pagi yg indah ini, mana tak nye, tengok member-2 syok tgh tidur lagi, hehe selamat xde lab, klau tidak pagi-2 dah kena pergi melawat kampus Uitm tercinta . Nak mulakkan degan cerita pengalaman hari pertama berkopiah ke Uitm   tapi x ada banyak gambar  nk ditunjukkan. Aku bagi apa yg ada je lah, hehe :

Haha.nie time prepare sebelom kelas agama PLC esok.


Bang..tlg amik pic saya ok!




Nie ntah sapa pulak ..haha




Kawan-2 perempuan semasa menghadiri kelas agama PLC,sweet je


Okey cukuplah tu gmbr yg ada, sekarang aku nak tunjuk pulak gmbar classmate   yg selalu bersama-2 aku di kampus dan aktiviti yg  dilakukan,
semua handsome-2 tp rasanya semua x avalaibe kot kecuali aku , hahaha bergurau je, jgn marah
kwn-2 ku:



3 bujang handsome,korang mmg baik



Nie membe aku dari selatan



Nie abg cute yg sentiasa happy je



Kalkulator untuk mengira ok!!



Orang buat lab dia main msg dgn awek pulak



Masa rehat sementara tunggu waktu Zuhur


Kalau mcm cuti x de class ,korang nak tau kitaorg
 pergi mana??, selalunya aku dan diaorg akan pergi cuci mata ke tempat-2 berikut, tu pon klaw rajin la, sbb aku ni malas sikit nak jalan-2 xtentu arah berbanding rakan-2 aku yg lain, harap korang fhm ye perangai aku sejak azali nie,hahaha : 


Nie Pacific,Megamall


Nie Summit BM Plaza



Jusco SJ


Buat masa ini, cukuplah  yer kwn-2, harap terhibur, Terima Kasih dekat korang yg sudi jenguk blog aku yg x seberapa nie, buat kawan-2 yg terlibat dlm entri kali ini, aku xde niat untuk mengenakan korunk yer,  malah korunk la yang bnyk membantu aku. Hehe syg semua kwn-2 aku, =)




















Wednesday, November 23, 2011

Ini Bukan Perkara Mainan



Assalamualaikum dan selmt ptg kwn-2 ku !!

Alhamdulillah,
ptg nie hujan yg turun membasahi bumi agak memberi aku inspirasi untuk menyambung cerita entri aku yg lepas iaitu "
Permulaan Pengajian Terakhir". Bagi yg belum baca entri yg pnjg dan buhsn tue harap korg dpt luangkn sdikit masa untuk membacanya sebelum membaca entri ini yer
kwn-2.



Apabila korng tgk tajuk entri nie pun msty korang nk taw kn apa lagi la si makhluk nie nak cerita?haha sabar-2 ye. Okey,  apa aku jnjikn aritu ialah aku nak ceritakn etika pemakaian semasa menghadiri kelas lecturer tersebut. Sekali aku tgk jadual, dia ajar aku sem ini 2 subjek pulak, nak x nak aku terpaksa redha ajerr. Pasti ade hikmah disebalik dugaan sem ini kn InsyAllah. :).


Aku nak start dgn pemakain bagi pelajar lelaki yg beliau tetapkan yer, yg maksudnya aku sendiri kena follow???haha..Okey aku senaraikan kt bawah nie nanti ye. Bagi kwn-2 lelaki yg lupa boleyh recheck balik tkot-2 korng lupa nak bli pulak,ahahaha:




1.Seluar slack atau slack yg ade kocek kt tepi.




2.Haha yg nie msty ramai yg x setuju kan,?aku pun sama jugk,  walaupun aku suka pakai bnda nie kt umah, tp sem nie semua masuk kelas berkopiah la nmpaknye abg-2 ustaz semua,
InsyAllah. 



3.Baju kemeja , no t-shirt in my class ok.




THEN......FOR THE GIRL OKEY :)

Sekarang nie untuk kwn-2 perempuan kelas aku pilak, hehe ini antara pemakaian yg msti dipakai untuk menghadiri kelas beliau, berjumpa dgn beliau atau apa-2 yg melibatkn beliau. Hehe korang semua dah beli kew ek? fara, syima, cik zyla, faika, ros dan lain-2. Lupa la pulak  ,hehe ..ramai sgt-2 budk perempuan dlm kelas aku dan aku segn nak tgur diorg kadang-2, biasalah aku nie pemalu kn-3x.:

Okey bnda yg mesti  korng(akak-2) pakai esok sama ada korang setuju atau tidak?..hehe:




1.Tudung yg labuh menutupi dada dan bahu.




2. Baju kurung setiapkali menghadiri kelas




3.Sarung tangan rm2.90 kt DIY, xtaw ade ke x?haha






4. Sarung kaki warna hitam ye.


Okey sekarang semua dah tgk dan dah taw apa yg kalian kena pakai esok kan, aku harap kita jgnlah pakai kerana terpaksa walau hakikatnya mmg terpaksa, tp kita leburkan lah sedikit nafsu syaitan kita ini yg selalu berjaya mempengaruhi hidup kita, kita pakailah kerana ikhlas kepada ALLAH SWT sebagai hamba-Nya. Mudhan-2 kita sama2 memperoleh keberkatan dan mana lah taw kita akan terus kekal  dgn pakaian kita ini sampai akhir hayat kita.InsyAllah.

Itu saja lah nak komen, malas la komen bnda yg x penting. Lagi satu jgn lupa hafal
DOA ILHAM & DOA BELAJAR. Esok kita tgk sapa yg bertuah mnjdi pemimpin doa hari pertama ok.. :)


Sedikit Renungan:
( ♥ )banyak KEPAHITAN yang perlu ditempuh oleh orang MUKMIN untuk menempuh SYURGA

selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 

"SYURGA itu DIPAGARI dengan KESUSAHAN , manakala NERAKA dipagari dengan 


KESERONOKAN . " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 22, 2011

Aku Terusik Seketika!!!



Bismillah,


Hari nie aku membaca blog seseorg perempuan yg bnyk memberi aku smngt untuk menulis blog sblm ini,


Melalui kata-2 nya membuatkn hati aku terusik seketika atau hanya aku yg perasan sndri,


Luahan kata hatinya seolah-2 dirinya berasa dlm keadaan duka dan aku cuba memahaminya,


Aku cuba membaca dan memahami buat kali ke-2,


Hatiku makin terasa seolah-olah aku mengerti siapa yg dimaksudkn???


Mungkinkah *** ?



Sekiranya tafsiran aku itu benar....aku nak mintak maaf kt ****_****** sgt-2,

Mungkin aku x perasan sebelum ini,




Apapun aku harap dia dpt memahami akn keberadaan dan situasi aku skrng,


Mungkinkah akan ada masa yg terluang untuk aku mendengr luahan hatinya sbgai seorang ****?


InsyAllah pasti bisa dong, :)


Aku harap klaw  ade apa-2 yg nk diceritakn jgn la malu untuk memberitahu aku,


Apa yg dpt ku tolong, pasti akan aku bantu seikhlasnya mengikut kemampuan aku ye ****,


Harap dia x selalu berduka dan sendirian lepas mmbaca luahan aku ini, kerana yakinlah Allah sentiasa bersama-2 hamba yg mengingatinya dan membantu hamba yang memohon pertolongan-Nya,

Teruskn lah kehidupan  dgn saat pahit manis yg mengajar insan lebih menghargai pengalaman hidup yg tidak dpt dibeli dimana-2.

Terima kasih **** dan  semua yg membaca :)

   


 

Permulaan Pengajian Terakhir

 Assalamualaikum,

Sebelum korunk baca, pastikan baca ikhlas yer,bru seronok..hehe
       
           
  Haii follower-ku yang setia? ade kew follwer nie?haha. Petang ini aku ingin membuat coretan mengenai pengalaman hari pertama pengajian kelas di Uitm untuk semester akhir. Huhh!! macam-2 pengalaman rsanya nak berkongsi nie, cume xtaw larat ke tidak untuk menaip semuanya,hahaha. Hari nie pukul 7pg aku dah siap-2 untuk pergi ke kelas, semangat apa nth yang tiba-2 merasuk jiwa ini, mungkin semangt Harimau Muda yg masuk final mlm nie kan?. Klau nak ikut timetable, kelas aku bermula pd pukul 10pg di Perda iaitu  kawasan luar dari kampus Uitm, ttpi disebbkn  ada hal sdkit, aku singgah di kampus terlebih dahulu. Pagi ini aku ke kelas dgn menumpang rakan-ku  iaitu Kyrul, hehe terima kasih bnyk ye sudi menunmpgkn aku.


     Selepas semuanya settle, aku,Kyrul, Ifwat, dan Syapik bergegas ke Perda kerana jam ditngn sudah menunjukkan 9.40pg, nnti lambt takot kena denda,hah dah senior kena denda kew??mne la taw kan,..haha. Perjlnan ke perda mengmbil masa lebih kurg dlm 10min shj. Setibanya di Perda, kami memasuki kelas pertama kami pada hari ini iaitu kelas ECE361(MicroProcessor ) yg dikendalikan oleh En Nik Asrol, rasanya kelas berlangsung x lama kerana masing-2 masih belum mempunyai nota, aku dan rakan-2 yg lain cuma mengambil kehadiran dan slps itu kami dibenarkn pulg, hehe mmg standard la first class x blaja. Okey, skrng kami mempunyai lebih kurang 4 jam masa free sebelum kelas pukul 2ptg bermula ditempt yg sama.

        Jadi, ada sorang rakanku mencadngkn untuk  pergi ke kampus menaiki bas Uitm untuk makan tghari, maksudnya kami tingglkn moto kami di Perda shj  kerana  ptg nnti kami akan kembali kuliah disini, fahamkn kwn-2??hihi harap-2 fhamla kan semua dh besar. Semasa menaiki bas untuk pertama kalinya bg semester ini, aku teringt kisah semasa berada si semester 1 dimana aku selalu lambat untuk ke Perda gara-2 lmbt bersiap. Almaklum la, dlu masa junior Uitm kena la terima hakikat naik bas smpi habis sem. Setibanya dikampus, kami langsung terus ke LamanSiswa @LS. Nak buat apa kt LS?ada konsert kew??hehe mana ada, nak ajak kawan-2  pergi makan bersama iaitu  Reduan, Hafiz, Amad, Ejo , disertai Aten dan Syafinaz. Bukan apa, makan ramai-2 kn meriah sikit,ye tak?haha. Tapi msti lagi meriah jika ada abg Icam kiter, bukan apa dia nie bnyk idea untuk membuat cerita jenaka dgn perwatakan yg lucu...kih3x.

     Okeyy, mlas la nk cerita pnjg-2 dan dipendekkn crita shj , aku tgk jam dah tepat pukul 12tgh nie, perut pun dah kenyg menikmati hidgn maknn yg lazat-2 td, Alhamdulillah. Kami berempt (aku , ifwat, syapik, kyrul)  pun bergegas ke tmpt menunggu bas untuk kembali ke Perda sebb ada kelas menanti pukul 2 nnti. Siapa la lecturer yg bertuah akan mengajar kelas kami tu?haha persoalan tue bermain dlm minda aku semasa dlm perjlnan ke Perda. Aku dan rakan-2 tiba di Perda dlm pukul 12.50 tgh disbbkn menunggu driver bas yg lambt sgt smsa di kampus tdi. Mungkin abg drebar ada kerja sikit kowt?think +ve je la..haha. Sebelum menunggu masuk waktu Zuhur, kami sempt merebahkn badan seketika  disurau untuk berehat. Haishh kerja nak tidur je yer??.Tak lama menunggu, waktu Zuhur pun dh masuk, so kami dgn taatnya bergegas mengambil wudhuk dan menunaikan solt Zuhur scra berjemaah, Alhmdulillah..mcm gnie la calon-2 suami pilihan..hahaha, maaf ye bergurau jer.


      Yeahh!!, saat yg dinanti-2 kn iaitu kelas pukul 2ptg. Sbb apa aku seronok gilew??ade makwe ke dlm kls tuh??oh! tidak, hehe sbb klas nie 1jam je, pastu boleh la balik umah tidoq. Aku lah org prtma masuk ke kelas sbb aku pi melawat toilet dlu berdktn dgn kelas, haha. Dlm 10min aku duduk didalam kelas, dtg la beberapa org kwn perempuan yg sama kelas dgn aku. Mana lgi  3org membe aku ni?nth mne hilang agknya,haha pndai la dia masuk nnti. Tak lama  lepas tu, rakan-2  aku pun masuk  ke kelas diiringi oleh lecturer subjek tersebut iaitu,?????
siapakah beliau,jeng3x!! (En Mohamed Mydin).


    Aku sbnrnya telh kenal dgn beliau sejak sem lepas lagi disebbkn beliau merupakn salah sorng panel FYP aku. Hehe, tiba-2 hati aku menjdi tertawa sendirinya, knp ye?hehe mungkin sbb aku dpt mengagak apa yg akan beliau perkatakan kepada pelajar-2 kelas beliau.  Bukan apa, sbb sem lepas aku, Kyrul , Ifwat  pernh jumpa dgn beliau buat pertama kalinya selepas solat asar, beliau mengajak kami duduk dan kami mendengar apa yg di katakan olehnya,hehe. banyak yg diperkatakan olehnya pd waktu itu diulangi pada kelas ptg tdi. 


      Okey akak-2 dn abg-2 semua, nnti mlm aku akan sambung crita apa yg beliau katakan semasa didalam kelas tdi dan cara pemakaian semasa menghadiri kelas beliau, hrap sabar yer,  nk tulis dah xlrt sbb mata dh mengntok..hehe msty ramai student yg x suke kelas ptg tdi, terutamanya akak-2 kitew, termasuk aku jugk sikit-2, hehe harap korng cool ok. Tp bagi aku mungkin ada kebaikan disebaliknya,InsyAllah. kita terimalah dgn hati terbuka ye kwn-2 :)..semoge enjoy!!

Sunday, November 20, 2011

Kenangan Hari Semalam

Bismillah..

Assalamualaikum wbt dan selamat hujung minggu,


          Syukur Alhamdulillah kawan-2, pagi hari ini aku masih lagi tersedar diawal fajar lebih kurang pukul 6pagi, so pagi ini agak rajin sikit kerana selepas mandi dan menunaikan solat subuh mcm biasa, aku pun meringankan tulang badan yang tidak seberapa berat ini untuk mengeringkan pakaian yang telah aku basuh semalam..haha tue pun baju yang dah berendam lama dlm mesin sebenarnya...hehehe. Disini, aku ingin turut memanjatkan kesyukuran kehadrat ILLAHI sekali lagi kerana pagi hujung minggu ini aku masih lagi diberikan peluang untuk merasai nikmat dunia oleh ALLAH SWT yang memberi pinjaman nikmat yang sememntara kepada hambaNya untuk mengumpul amalan kebaikan dan beribadat kepadaNya.

           Sebenarnya aku tak tau nak post pasal apa pagi ini, so apa kata aku share kenangan semalam jer ok? iaitu pd hari sabtu. Aku mulakan dengan makan tengah hari la, mcm biasa aku dan kawan-2 serumah yg dah pulang iaitu (apis,ifwat,syapik,amad,ejo) akan pergi makan di kedai makcik bawah, hah makcik bawah??sukati-2 jer kan bg nama kt makcik tuh...haha  di deretan   kedai makan bersebelahan pangsapuri Pauh Damai tmpt kami berteduh selama ini..hehe poyo je berteduh?. Kami selalu makan tengahari disitu disebabkan menu ayam rempah dah lauk yang amat memikat selera makan kami. Harga pon amat berpatutan disamping sudah menjadi regular customer. Ingat jual jersey je ade regular customer eh?hahaha tokey jersey jangan terasa yer. 


          Semasa kami menikmati kelazatan nasi ayam berempah bersama-2, kami membuat perancangan  untuk pergi ke Carefour SJ seleps makan ini untuk membeli sedikit keperluan diri dan membasuh motor. Erm macam biasa la, don't waste your time, kami makan cepat-2 then pulang ke rumah untuk solat zuhur terlebih dahulu, takot-2 nnti klaw dah merayap x sempt nak solat ye x?haha. Lepas solt, kami bergegas ke Carefour dgn 4jentera 4-lejang. Sebab apa kami pilih (Care4) , haha jwpanye kejab lagi taw. Kami berjalan pusing-2 didalam pasaraya Care-4 sambil bergelak tawa keriangan, ceh dah mcm kanak-2 riang pulak..haha. 



                Ronda punya ronda akhirnya kami menjumpai barangan keperluan yang ingin dibeli ini, sbnarnya barang ini aku  nak beli sangt sbb ianya penting jugk bagi aku, setelah sem lepas aku merempat mencari tempat merebahkan badan, menyewa tanpa bayar(pinjam ikhlas) dan kadang-2 hanya baring bertilamkan mozek yang dingin. Hehe msty dah dpt bayangkn brg apa kan, yg aku maksudkn ialah tilam tidur. Mesti ramai yang mempersoalkan kenapa aku beli tilam dah sem-2 akhir nie kan?..haha antra persoalan yag muncul sprti: last sem baru nak beli buat pa?x membazir kew?ko nak duduk penang terus kew lepas dip? haha macam-2 punye andaia lah kwn aku bagi, rilex la bro, tilam murah je pon..haha abes sem wakaf je. Bukan apa,aku jeles tgk korg tidur atas tilam yg empuk sem lepas dgn nyenyak..hehe.



               Okey aku dh dpt tilam, kwn-2 yg lain ada membeli sabun mandi la, deadorant, pisau pencukur bukan untuk kaki ye?,ubat gigi n lain-2 la..hihi penat nk list banyak-2. Apa lagi brg dah dpt pulang la kan, brg paling besar kompem-2 la aku punya sbb beli tilam, abes kena perli je dari beli sampai nak balik,...haha. Selepas itu detisnasi kami ialah kedai basuh moto, dengan tilam yang sebesar-2 itu terpaksa aku bimbit, malu bro..haha. Tapi xpe la, aku nie cool je kan..hahaha. Dah dlm 1jam tunggu 4 moto dibasuh, kami terus pulang ke rumah..huhu penat jugk la bdan rsenya, tgk jam dh pukul 4ptg. Tiba-2 teringt bola Malaysia lawan Myanmar ptg ini pukul 5.



            Selepas dah rehat sekejap, online , solt, kami turun ke warung depan pangsapuri untuk menonton perlawanan bolasepak, Malaysia lwn mestilah bagi sokongn kan, kata org Malaysia..haha. Selamat x ramai lepak kt warung ptg itu. So, agak selesa sikit la nak tgk Harimau Muda lwn diiringi pakcik pelanggan tetap warung tue. Semasa  perlawanan berlangsung, macam-2 reaksi telah ditonjolkan dikalangan kami, haha itu la saat yang seronok, Apapun tahniah kpd Abg Fakri Shahrani (no.13) kerana berjaya meledak gol kemengan untuk Malaysia melangkah ke FINAL walaupun pd mulanya kebolehan beliau amat diragukan sehingga dia menjadi bahan perbualan ramai dikalangan kami..hehe.GOOD JOB guy! x sia-2 kami turun ptg itu.


Okeey sampai  disini shja buat kali ini, walaupun entri kali ini agak menjela-2 pnjgnya mcm report lawatan zaman sekolah ye x?hahaha. Sabor je la baca ok.Terima kasih kpd yg sentiasa menjadi pengunjung tetap blog ini. Syg anda dan terima kasih bnyk-2.

Saturday, November 19, 2011

Datangnya Ujian Kehidupan

Assalamualaikum,
                        Selamat pagi u alls!!!

               Hari ini aku bangkit agak awal dari tidurku yang tidak berapa lena akibat ujian yang agak berat telah aku terima. Pada mulanya rasa kecewa, hampa, sedih, stress melanda dari lubuk hati kecil ini.  Aku  terjaga dek laungan azan subuh yang menyelinap masuk melalui tingkap-2 bilik ku.Walaupun syaithan membisikkan untuk mengendahkannya, ALHAMDULILLAH masih mempunyai kekuatan diri untuk menangkis godaannya dipagi-2 subuh ini.Apa lagi tunggu! mandi lah,then pi solat, aku pun xtaw nak buat apa pagi-2 nie kan, so nak share sikit la cerita-2 kat kawan-2. Berbalik kpd ujian yg aku terima tu kan, Berat sangat kew?nie bukan ujian paper electrical yer!!,bagiku berat lah jugk mcm kayu balak menimpa diriku secara tiba-2..hehe. Korang msty nak taw ujian apa kan?no no no,nmpknye mungkin lepas segalanya selesai aku akan menceritakan bab itu dlm satu entri yang khusus, korang tunggu je larh nanti yer. Apa yang aku ingin luahkan pagi-pagi subuh ini ialah, mengenai ujian kehidupan manusia.

           Setiap manusia mesti mempunyai pelbagai masalah hidup dalam diri mereka, dari mereka yang diperingkat atasan mahupun dibawahaan, mungkin setiap orang tidak mempunyai masalh yang sama, bahkan secara tidak sedar ujian yang dihadapi itu  mereka mampu tempuhi dgn sabar sebenarnya, kadang-2 rasa macam nak lari jauh-2 dari ujian yang dtg x diundang nie kan???hehe, bagi aku la kan sepatutnya kita kena yakin ujian yang hadir dari Pencipta kita ini(Allah SWT)  tidak lain adalah sebagai tanda Kasih Sayang-Nya kpd hamba-Nya. Ujian hidup ini dtg dari pelbagai sudut yang tidak kita duga, samada kita diperbodohkan, dimaki-hamun, dicaci orang, perasaan cinta dan sebagainya. Kalau nak list semua alamat tertidur la aku nanti,hehehe. 

      Apa yang kita perlu buat kalau menerima ujian klau macam gitu kan????,kita perlulah tabah,redha dan sabar menempuhi ujian itu, anggaplah ujian yang ditimpakan kepada kita itu sebagai jawapan dari Allah SWT dalam semua hal untuk kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik dan memperoleh tiket ke syurga InsyAllah ,mudh-mudahan. Rasanya kita tidak perlulah nak terlalu sedih dgn ujian yang sedang dihadapi kerana kesedihan menunjukkan  lemahnya diri kita untuk menghadapi kehidupan yang sementara ini, pandai je tulis nth-2 yang menulis pon lebih kurang jer..haha..Yakin la dengan Allah bahawasanya apabila  Dia menurunkan kesulitan pasti disitu terdapat jalan keluar. Berdoalah kpd-Nya bersungguh-2 dgn ikhlas moge-2 kita kuat untuk menghadapi ujian-Nya di dunia ini.



Sebelum menutup entri ini,aku teringt maksud Firman Allah SWT dlm Surah AL-Ankabut:

‎"Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-’Ankabut: 1-2) 
So aku harap diri aku kuat untuk menghadapi ujian Allah ini, InsyAllah akan dipermudhkn segalanya, nk bagi motivasi  sikit kt diri sendiri nie yang down jugk pada awalnya,hahaha.Kalaw ade  ayat-ayat xbest tue semuanya dtg dari kelemahan aku yg  lemah ini. Okey sampai disini shja buat kali ini ,terima kasih kpd yg membaca!!!

Aku nak berkongsi kata-2 pujangga bermanfaat yang aku copy dari halaqah.net ini, sama-2 kita renungkan:

Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,

 
Ketika aku memohon kebijaksanaan, 


Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,

Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,

Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,

Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,

Ketika aku memohon bantuan,
Allah memberikan aku kesempatan,

Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.



Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...