♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, December 1, 2011

Nasib Sang Selipar

Assalamualaikum u all's semua,

Rindu rasanya nak menaip :), hari ini dapat juga aku luangkan sedikit masa aku untuk update blog dan berkongsi cerita dengan kawan-2 semua.Yeahhh!!!
Harap-2 kawan-2 semua berada dalam keadaan ceria yer!!haha. Entri kali ini aku nak habaq sikit pasal selipar??tue dia, dah mai habaq  kecek penang pulak..hihi.



Mungkin ada antara kawan-2 semua yang senasib dengan pengalaman yang aku nak ceritakan ini. Korang mesti dapat agak  apa yang aku nak cerita pasal selipar ini kan??. Aku nak cerita pasal selipar nie macam nak nangis je korang taw x?knp ??,haha sebab aku sedih  mengenangkan nasib selipar aku yang hilang itu. Baru 2 bulan kot??erghh.. Dah la masa nak beli 10kali aku fikir kalau nak tau..aiseeyy



Aku rasa, ini lah buat pertama kalinya dalam sejarah aku beli selipar yang mahal dari RM10. Percaya x?? Kalau kasut tue memang tak kisah sangat mahal-2. Selipar ini kan untuk jalan-2 g pasar jer,huhu. Tue pon sebab aku tengok house mate aku memakainya. Jeles la jugak diorang pakai selipar ader brand. Tak main la selipar osaki, selipar jepun, selipar bowling, dan lain-2. Aku pun telah membelanjakan duit aku sebanyak RM15 untuk mendapatkan selipar seperti mereka itu di uptown Perda.




SELIPAR FLIPPER
Selipar ini memang lembut dan selesa untuk dipakai, tapi masalahnya kan?? selipar ini menjadi target para pencuri selipar yang profesional . Aku masih tidak  faham kenapa masih ada orang yang tidak bertamadun sanggup melakukan perlakuan sedemikian. Malahan, lokasi kekerapan berlaku kecurian selipar adalah  dimasjid iaitu ketika menunaikan solat jumaat?Bagaimana permasalahan ini boleh timbul??Tidak malukah mereka yang melakukannya?? aku berfikir sejenak..


Aku tidak gemar untuk menuduh sesiapa yang mencurinya, tapi aku amat terkilan kerana selipar itu pastinya diambil oleh saudara seislam kita. Mana mungkin orang bukan islam datang ke tempat suci orang islam untuk melakukan perkara yang memalukan itu??korang fikir la sendiri!!  mungkin kita nampak perkara ini amat remeh, walhal jika ianya terkena kepada batang hidung sendri, sudah pasti kita berasa sedih dan kecewa. Realitinya, aku pernah terlihat beberapa orang lelaki yang sanggup berkaki ayam diatas tar jalan untuk pulang kerumah selepas solat Jumaat dengan cuaca yang panas. Semoga ujian Allah kepada mereka itu meningkatkan lagi taqwa mereka InsyAllah. 

Okeyy nak sambung semula, sebelum aku kehilangan selipar yang baru itu, rakan karibku iaitu ifwat turut menerima nasib yang sama denganku, apa yang beza ialah dia telah kehilangan selipar kesayanganya itu lebih awal dari aku. Padan muka!!!hahaha, tue la beli tak nak saing,.jahat jugak aku nie kan. Nak buat macam mana, dah lama kenal biasa larh tue, tapi kami oke-2 aja dong. Beberapa minggu selepas itu, selipar aku pulak hilang, masa tu lepas solat jumaat. Mencari-2 jugak la selipar kesayangan sekeliling longkang masjid, mana la tau ada orang tersepak kew??tapi hanya sia-2.


Aku tunggu ditempat selipar aku hilang sehingga semua jemaah beredar, tinggal la sepasang selipar yang hampir sama kaler mcm aku, tapi jenama low skit kot..haha. Aku pun pakai aja la selipar yang tinggal itu, sudah pasti tuan selipar  yang meninggalkan sleipar buruk itu telah memakai selipar aku. Dalam hatiku, mungkin dia tersalah sarung selipar kot, think +ve je. Aku pun redha dengan kehilangan selipar aku yang banyak berkhidmat itu.~sedih~



takkan nak kena buat macam ini ???


Pengajaran yang aku nak cerita, sesuatu barang yang kita sayangi belum pasti akan kekal menjadi  hak milik kita selamanya, bahkan mungkin kita juga yang akan meninggalkannya dahulu. Sama jugalah dengan kehidupan, mungkin kita menyayangi seseorang atau  sesuatu itu dengan sepenuh hati kita, tetapi kita kena redha  sekirannya kita kehilangannya. Ini kerana Allah Taala lebih mengetahui segala-galanya.~terima kasih kpd sahabat budiman yang membaca~

 

2 comments:

  1. halalkn jepp la selipar itu jika mmg ade yg mengambilnya.. org dulu kate "rezeki dlm mulut pown boleh keluar inikn d'dpn mata".. ada sbb ia berlaku.. mgkin ia lbih memerlukn selipar itu dr anda.. berserahlah segalanya kpd dia krn dia akn melindungi anda dlm segala hal... jgn menyesali ape yg tlah berlaku mgkin dia ingin bg selipar yg lebih berkualiti yg lebih sesuai utk anda. terima sesuatu takdir itu dgn tangan terbuka ye...

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...