♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, December 29, 2011

Tabiat Masyarakat

Assalamualaikum dan selamat petang  buah hati semua ^_^:-

     Selepas seharian sibuk menyiapkan sedikit tugasan yang berikan oleh pensyarah, petang ini aku rasa seperti dipanggil oleh encik blog untuk menulis lagi satu entri, InsyAllah yer. Tapi apakah topik yang ingin disampaikan??.ermmm...berfikir sejenak!!!. Okey dah dapat.


        Sedar mahupun tidak, kebanyakan manusia hari ini berpegang kepada prinsip yang salah. Mungkin aku juga antara salah satu mangsa daripada ketidaksedaran ini. Apa yang  cuba aku sampaikan ialah minda manusia sering beranggapan bahawa mereka hidup didalam dunia mereka sendiri tanpa boleh menerima gangguan orang lain. Mereka tidak pernah kisah dengan perihal saudara seIslam    yang lain.

            Ada dua jenis contoh tabiat yang ingin aku tunjukkan.Contohnya macam gini la:
A: aku tak nak sibuk-2 jaga tepi kain orang lain, buat apa susah-2. Dia siapa dengan aku??.

 B: kau sibuk-2 nak jaga tepi kain aku buat apa?, hal aku sukati aku laa...

       Pernahkah contoh ayat-2 diatas terlintas dalam pemikiran atau lisan kita.??. Hendak kew kita menjadi orang-2  seperti itu??, sama-2 kita renungkan.  Mungkin ada manusia yang jenis-2 seperti ini. Tetapi kita kena ingat, sebagai umat yang mengaku islam, kita perlu menjadi insan yang perihatin dengan sesiapa sahaja, lebih-2 lagi saudara islam yang seagama dengan kita.


       Tetapi janganlah kita salahgunakan tafsiran maksud prihatin dengan melakukan dosa secara percuma. Maksud aku ialah mengumpat. Mungkin ada sesetengah kalangan manusia yang terlalu prihatin dengan manusia lain, tetapi cara mereka salah. Ada sahaja berita  mengenai keburukan orang yang disebar-2kan. Walhal dia tidak tahu sama ada cerita itu benar atau palsu. Hal ini perlu sama-2 kita elakkan kerana ia boleh menyebabkan perpecahan saudara dan umat. 



            Oleh hal yang demikian, kita perlulah menjadi manusia yang prihatin dan peka dengan masalah yang dihadapi oleh saudara kita. Bukanlah sampai aku menyuruh korang pergi berperang di tanah arab. Cukuplah sekadar membantu saudara seislam yang ada disekeliling kita mengikut kadar keupayaan diri. Menasihati rakan-2 dan mengajak melakukan kebaikan. Tegurlah dengan bijaksana dan hikmah. Jika mereka tidak menerima teguran kita, tidak mengapa. Berdoalah kepada Allah agar dibukakan pintu hatinya. Ingatlah kawan-2, walau usaha kita tidak diberikan pangkat, dianugerahkan darjat ataupun diberikan pingat, apalah salahnya jika kita menjadi manusia yang memerah keringat untuk kebaikan agama kita bersama.

      Sudahkah kita lupa dengan wasiat  yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam khutbah  jumaatnya yang terakhir pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah , bukan harta benda yang difikirkan Baginda Rasulullah S.A.W, bukan anak pinak yang diingatnya, apa yang Baginda ingat ialah tentang umat-umatnya. 

     Petikan Khutbah Baginda adalah seperti berikut:-

         "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


       Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

         Ini merupakan dua perenggan awal ucapan Baginda semasa khutbah terakhirnya. Berdasarkan ayat yang aku highlightkan, apa yang ingin aku gariskan disini ialah betapa Nabi Muhammad S.A.W sayangkan kepada kita, Baginda mengambil berat  tentang kita (umat-2nya), tetapi kalau Baginda tahu keadaan umatnya pada masa sekarang. Malunya kita kawan-2 semua hendak mengaku sebagai umat Baginda. Betapa jauhnya kita daripada Nabi Muhammad untuk mengaku sebagai umatnya, apatah lagi jauhnya kita dengan Allah Talla, dan jauhnya kita dari melakukan suruhanNya.



      Ya Allah, ampunkan dosa dan kesalahan kami.
Jadikanlah kami umat Nabi Muhammad yang prihatin Ya Allah,
 umat Muhammad yang peduli akan saudaranya, dan umat yang
 tidak mementingkan dirinya sendiri. Hanya kepadaMu lah aku bermohon,
 sesungguhNya hanya Engkaulah yang Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya..Amin Ya Rabbal Alamin...




       Sekadar disini  perkongsian daripada diriku yang juga manusia kerdil yang lalai dan hina. Sekiranya ada kesilapan atau yang terasa, aku memohon maaf,mungkin ia datang dari kelemahan penulisan aku sendiri. Yang baik datangnya dari Allah Taala. Semoga  ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.  Dibawah aku sertakan link untu kawan-2 baca wasiat penuh Nabi Muhammad S.A.W. Sekian terima kasih kerana sudi baca penulisan yang tidak seberapa ini.Wallahualam:-

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...