♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

IMAM As-Syafie



RIWAYAT HIDUP


Ø Nama sebenarnya ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Ø Beliau digelar “As-Syafie” sempena nama datuknya, Syafie bin Saib. 
Ø Imam As-Syafie dilahirkan pada tahun 150Hijrah bersamaan dengan 767Masihi di Ghazzah, Palestin.
Ø Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya Abdul Manaf iaitu datuk ketiga   Nabi Muhammad s.a.w.
Ø Imam As-Syafie merupakan seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas “Mazhab Syafie”.
Ø Imam As-Syafie meninggal dunia pada tahun 204Hijrah bersamaan dengan 820Masihi ketika berusia 54tahun dan dikebumikan di Arafah Mesir.

  PERIBADI UNGGUL

Ø Imam As-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
Ø Beliau berusaha gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Ø Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
Ø Beliau merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
Ø Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
Ø Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang member manfaat.
Ø Beliau seorang hartawan yang sangat pemurah dan selalu membantu orang yang susah.



 PENDIDIKAN



Ø Imam As-Syafie mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-2 lagi. Ketika berusia 9 tahun beliau sudah menhafaz Al-Quran.
Ø Pada umur 12 tahun, beliau telah dapat menghafal kitab Al-Muattaq karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia 20 tahun.
Ø Beliau belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
Ø Imam As-Syafie berusaha gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan banyak member sumbangan yang tidak ternilai kepada umat islam.


SUMBANGAN



Ø Imam As-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Ø Pendapat Imam As-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-2 islam kerana fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
Ø Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, IndoChina, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.  

Ø Antara kitab-kitab karyanya yang termashur dalam bidang usul fiqh:
 a) Abtal Al-Istihsan
 b)Ahkam Al-Quran
 c)Ar-Risalah

Ø Dalam bidang fekah
i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.

ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.

Ø Dalam bidang hadis:
a)Al-Masnad
b)Al-Amali
c)Ikhtilaf Al-Hadis



No comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...