♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, December 4, 2011

Makan Nasi Minyak


Assalamualaikum semua, hari ini aku agak kurang sihat untuk menulis blog, tapi aku nak post juga coretan yang sempat aku tulis ini. Sebenarnya ada entri yang agak sedih ingin aku sampaikan, tetapi aku masih belum dapat menyiapkannya. Harap kawan-2 tunggulah yer. Okeyy, kalau kawan-2 baca tajuk entri aku kali ini, tak lain lagi la aku nak berkongsi pengalaman berjalan-2 semasa hujung minggu yang lepas.

Pada 27-Nov yang lalu, aku dan rakan serumahku telah berangkat ke Penaga,Pulau Pinang untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan seorang sahabat kami di Uitm iaitu saudara Afif. Korang jgn salah faham pulak??bukan si Afif yang kawin taw? tapi dia punya abang yang kawin. InsyAllah mungkin lagi 3 atau 4 tahun dia punya majlis pulak kan..hehe :)


11.00pg- Kami bertolak ke Penaga, rombongan kali ini disertai oleh brothers
(wan harris, hafiz choki, syafiq bounzer, amad jersey & aku sendiri).3 Member yang lain tidak dapat turut serta kerana mereka mengikuti program UitM.  Alhamdulillah cuaca agak baik semasa perjalanan ke sana.  Tetapi sebelum itu, seorang memberku (Amad Jersey) telah mengepalai rombongan dan sempat membawa kami  
 pusing-2 makan angin di highway  Kulim. Kami terpingga-2 kerana rasanya highway tersebut untuk ke Kedah. 
Salah seorang dari kami bertanya kepadanya:

???: "Wei mad...kita nak pergi mana nie? bukan sepatutnya lalu ikut highway ke sungai dua kew?".haha aku bedal je ayat nie..

Amad: "Alamak sory la, aku x ingt larh, dah lama tak pergi rumah afif, lupa jalan . Sambil berkata dia gelak..kakakaka.

???: "Rilex la mad, dah lama x jalan-2 pusing highway".


Kami menaiki flyover untuk membuat u-turn semula dan mengikut arah yang betul untuk ke destinasi.

12.20tgh- Kami tiba di Penaga dengan wajah kelaparan kerana tidak bersarapan dari pagi tadi..hahaha. Kami pun terus bersamalaman dengan bapa pengantin lelaki (ayah afif) yang menjadi penyambut tetamu bagi kaum lelaki.

Tengok je la gambar-2 yang aku ada :


Tempat makan bagi kaum muslimin


Tempat makan bagi kaum muslimat


Lama dah x naik basikal!



Senyum itu sedekah!!!






Awak buat apa tue!!!?


Rilex-2 lepas solat zuhur

Menunggu jodoh agaknye..ha3x

4.00ptg- Kami berundur untuk pulang, bukan pulang ke rumah?? ada destinasi yang ingin dituju. Tapi sampai disini sahaja dulu yang sempat aku tulis yer..haha. Dah x larat nak menaip kalau badan dah x sedap nie. 

AMBOI PENGANTIN PUN NAK MAIN HUJAN!!!

ucapan

<SEMOGA KEKAL BAHAGIA DUNIA AKHIRAT>


Sebelum aku menutup entri kali ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Afif sekeluarga kerana menjemput kami semua memeriahkan majlis perkahwinan ini.
Terima kasih juga kepada kawan-2 yang still setia untuk mengikuti blog aku yang  tidak seberapa ini.
Nantikan cerita baru esok!!

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...