♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Wednesday, December 28, 2011

Korang Nak Tahu

Assalamualaikum semua:-


          Pagi ini suasana agak sejuk dan tenang sahaja dirumahku, nak pergi mandi awal-2 pun  malas rasanya. So, aku luangkan waktu  dalam beberapa minit untuk menyiapkan entri ini bagi korang  baca kalau buhsan-2. Hari ini  den nak habaq sikit pasal pengalaman hari Jumaat lepas sewaktu berada di Makmal Elektrik Uitm. Selalunya setiap pagi Jumaat aku akan ada lab dengan budak-2 eletrik instrument yang lain. So nak xnak lepas subuh x boleh tidur, kalau tidak alamat terlajak tidur  sampai tengahari la jawabnya dan tidak pergi lab, hehehe.


KEMAS TAK MAKMAL KAMI!!


            Minggu ini, tajuk lab kami ialah PLC. Korang tau ker apa itu PLC??. Okey, aku pun tidak la pandai sangat nak terangkan. Tapi aku akan cuba terangkan dengan kefahaman aku seringkas yang mungkin yer. PLC ini singkatan bagi ayat (Programmable Logic Control), hah benda apa tue?? rilek-2 jangan panik ye kawan-2,hehehe. PLC bermaksud mikrokomputer(program) yang disimpan di dalam atau yang disambungkan kepada peranti untuk melaksanakan pensuisan, masa, atau mesin atau tugas-tugas kawalan proses. Contoh mudah macam kita tulis program(arahan) kat sofware then kita pindahkan program tersebut dekat sesuatu peranti untuk dia lakukan arahan yang kita tulis tadi. Okey kalau tak faham nanti aku bagi video kat hujung entri.


        Dalam hati terdetik pula untuk bertanya ,>>apa guna PLC ini kan??, soalan yang baik untuk dijawab hehe.Tanya sendiri jawab sendiri. PLC ini berfungsi untuk membantu anda menguruskan segala-gala hal dengan satu [mesin pengawal]. Ia boleh digunakan untuk pembuatan keperluan khas seperti mana-2 tempat tertentu bahagian kenderaan(kereta) atau selalu digunakan di tempat seperti syarikat pembuatan kereta. Dekat kilang-2 pun ada juga. Oleh itu, sekiranya korang ialah pelabur atau pemilik syarikat, boleh la mengurangkan kos korang untuk membayar banyak gaji pekerja, jimat sikit duit. Korang disarankan melabur wang untuk membeli controller ini kerana ia boleh tahan lebih lama. Kalau korang ada kilang sendiri digalakkan beli maksud aku . Hehe, macam betul je ayat aku nie kan. Kalau salah fakta sory la yer, tapi ini mengikut kefahaman aku. Malas nak cerita panjang-2 takut korang pening.

           Masa yang diperuntukan untuk kami dalam lab ini ialah sebanyak 3jam. Kami dikehendaki untuk menyiapkan eksperiment yang ditugaskan dengan berpandukan prosedur  lab. Sebelum itu kami diagihkan dengan beberapa kumpulan. Rakan sekumpulan aku ialah SYAFIQ, IFWAT, KHAIRUL. Diaorang nie memang hebat bab-2 mesin eletrik,hahaha. Dalam satu jam lebih kami semua dapat menyiapkan keseluruhan eksperiment PLC ini dan mencapai objektifnya. Alhamdulillah, berhasil!!!


Meh tengok-2 gambar yang aku sempat ambil:

BAJET CHOMEL KONON!!!

BAKAL ENGINEER TENGAH FOKUS
 

PLC TRAINER KIT


CONVEYOR SYSTEM 
 





           Inilah hasil yang kami dapat. Terbaik x!!!.Kesimpulannya, benda ini kena buat program dulu dalam sofware dan dipindahkan ke PLC trainer kit. PLC trainer kit akan disambungkan dengan conveyor system. Mudah kan??. Hehe masa aku tulis entri ini tuba-2 aku teringat sesuatu. Apa ek??. Rupanya lab report aku untuk eksperiment ini tak buat lagi,haha. Harap korang seronok la yer, kalau ada kekurangan itu aku mintak maaf
banyak-2.Terima kasih sudi ziarah entri ini.


4 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...