♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, December 8, 2011

Pengkhianat

Assalamaualaikum semua :-




Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diizinkan Allah Taala untuk terus hidup dimuka bumi ini. Sebenarnya hari ini aku ingin ketengahkan suatu topik yang telah diutarakan oleh sorang rakanku iaitu Redduan Harris. Beliau meminta aku untuk menulis  topik mengenai "pengkhianat". Aku rasa topik ini amat berat dan ia berbentuk subjektif. Banyak benda yang boleh kita kaitkan dengan pengkhianat.


Bagi pemikiran logik akal aku sendiri, apa yang aku faham mengenai maksud pengkhianat ialah berpaling tadah terhadap seseorang yang telah berbuat baik kepada kita. Senang cerita macam main "tikam belakang" la.,haha. Sikap seperti ini seharusnya kita buang jauh-2 dari jiwa kita kerana ianya tidak akan membawa kepada pengukuhan ukhuwah antara suatu pihak dengan pihak lain. Malahan, sikap seperti ini mampu mengeruhkan lagi hubungan seseorang sehingga mampu membawa kepada pertumpahan darah.


Okeyy u all semua kan, di sini aku nak katogerikan beberapa jenis pengkhianat yang aku faham:

1.Pengkhianatan terhadap rakan
  • Dalam kehidupan ICT masa kini,  masalah (kawan makan kawan) pun  masih wujud kan?? apa lah nak jadi, dan aku merasakan kalian-2 sendiri pon mesti  pernah mengalaminya.  Apalah salah kawan kita tu sehingga kita sanggup mengkhianati dia??, ermmm. Mungkin disebabkan dendam kesumat kita terhadap dia??mungkin sebab kisah zaman sekolah?? ataupun mungkin disebabkan cemburu??. Sepatutnya sikap mengkhianati rakan ini kita perlu kikiskan dalam sudut hati kita. Sanggupkah kita menganayai rakan-2 yang selama ini banyak membantu kita ketika kita dalam kesusahan. Cuba kita pikir sendiri ok.

2. Pengkhianatan terhadap amanah
  • Nahh, yang nie pon satu hal jugak. Dah diberi kepercayaan oleh seseorang pun sanggup nak belot.  Aku beri contoh mudah la kan, tapi ini contoh masa zaman-2 sekolah rendah dan menengah yang aku pernah lihat sendiri. Misalnyah, dulu masa zaman-2 sekolah kan ada mintak kutipan derma ini lah!!, kutipan derma itula!!, sumbangan macam-2 lagi,  then bapak korang bagi sejumlah duit kutipan derma untuk diberikan kepada pihak tersebut dengan sepenuh kepercayaan kepada anak sendiri , lepastu korang sanggup gunakan duit itu untuk kegunaan korang sendiri. Korang x rasa telah mengkhianati bapak korang sendiri kew? dah la x amanah!!! ishh aku x nak la burukkan sesiapa. Tapi mungkin dulu dia x sedar kesilapan yang dia lakukan. Harap korang-2 jangan ikut perlakuan macam ini. Tak elok la kan :)


3. Pengkhianatan terhadap majikan.

  • Bab ini senang sikit nak cerita, sebab drama-2 melayu dah berlambak keluarkan cerita-2 yang ada unsur pengkhianatan. Seorang pekerja sanggup menjadi pengkhianat terhadap majikan sendiri, dia jual maklumat syarikat kepada syarikat lain,gelapkan duit syarikat dan lain-2 lagi. Korang mesti selalu tengok kan kt TV...tapi untuk apa dia khianat???untuk  DUIT dan kesenangan hidup dan dijanjikan  oleh pihak ketiga. Siapa yang tak nak hidup senang??, semua orang nak hidup senang kan. Tapi sanggupkah kita menjatuhkan kredibiliti kita sendiri untuk melakukan suatu kesalahan yang mampu membuat kita menyesal seumur hidup. Kalau terlepas tue kira selamat lah. Tapi kalau kena tangkap dengan pihak berwajib ,mahu menangis tersedu-2. Jadilah pekerja yang berdisiplin dan profesional.

    Okey, to Reduan Haris @ monk. Ini jelah yang aku sempat coretkan. Nak tulis banyak-2 alamat x siap la assigment aku yang semakin bertambah-2 saban hari. Hehee..Terima kasih juga dekat kawan-2 yang sudi baca. Nantikan entri baru aku hujung minggu ini ...byee~



No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...