♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, December 4, 2011

Jatuhnya Badan ke Bumi

Bismillah,

Assalamualaikum dan salam jumaat buat kawan-2 semua, harap kawan-2 dapat baca cerita ini sepenuhnya.


Hari ini aku mendapat satu lagi pengalaman yang amat menyayat hati, pengalaman yang sedikit sebanyak memberi kesedaran dan keinsafan kepada diriku ini. Pengalaman yang menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Pagi-2 subuh lagi aku telah bersiap-2 untuk pergi ke kampus kerana ada briefing lab pagi ini. Walaupun jasadku agak malas untuk bangkit, aku tetap mengagahkan diri untuk bangun juga..??haha mcm gampang ayat aku kan.


Briefing start pukul seawal 9.00pg, aku dan rakan-2 tiba awal sekitar 8.55pg dan menunggu sehingga coordinator lab masuk ke makmal dan memulakan taklimat. Dalam 20 minit juga menanti rakan-2 lain sehingga semuanya ada didalam lab, sebelum penerangan dimulakan oleh MISS  NOORAIHANA. Tengok miss nie macam sporting sikit la. Hope until the end of the semester, the lab can finish succesfully.


Selepas selesai taklimat lab, aku dan rakan-2 pada awalnya ingin pulang ke rumah, tetapi disebabkan ada taklimat FYP(Final Year Project 2)  pada 11.30-pg,kami membatalkan niat kami itu. Sementara ingin menunggu pukul 11.30 tiba, kami pergi bersarapan roti canai secara berjemaah di kawasan apartmen berhampiran Uitm, aku pun x tau apa nama tempat itu, kalau tak silap Jln Haji Mohd Amin. Rasa x sabar jugak la nak mencekik roti canai pepagi nie, kehadiran kami ke warung tersebut turut disertai lagi dengan 2 buah kereta yang membawa rakan-2 yang lain., macam rombongan aku tengok masa tue,haha.Kalau x silap semuanya merupakan Student ELECTRICAL INSTRUMENT.


Kami menyusun meja dihadapan warung itu sambil duduk dibawah kepanasan. Tapi x larh panas sgt, sebab baru pukul 10.40-pg. Okeyy, akak warung menghampiri meja kami dan  menanyakan menu yang ingin dipesan, tapi malangnya, roti canai hanya tinggal 18 keping, aduhaiii sedih jugak la aku dengar, dah la datang ramai-2, tapi makanan pulak tak cukup. So, aku dan beberapa kwn lain buat keputusan untuk minum teh-o panas sahaja. Nanti kesian kawan-2 yang datang 2 kereta x dapat makan roti canai. Mungkin rezeki aku nak makan x ade time uh. Redha je la.


Sedang rakan-2 yang lain menikmati roti canai yang sedap itu, tiba-2  terlihat ada lambaian seorang  perempuan  yang  berada tidak jauh daripada kami. Aku pun pelik jugak pada mulanya, ada something best ker kat situ??? dia melambai lagi dengan reaksi yang cemas. Rupa-rupanya perempuan tersebut ingin meminta pertolongan kami semua untuk mengangkat seorang lelaki tua yang telah terjatuh secara tiba-2 di kawasan apartmen berdekatan warung tersebut. Kami pun mempercepatkan langkahan kami ke tempat tersebut dengan perasaan penuh cemas.


Setibanya ditempat kejadian, aku terlihat seorang pak cik  tua yang agak berumur berada dalam keadaan yang agak mencemaskan sedang dipapah kepalanya oleh seorang kaum bapa yang berada disitu. Mungkin lelaki yang memapah kepala pak cik itu ialah anaknya. Kata kaum ibu yang berada disitu pula, pak cik tersebut telah terjatuh secara tiba-2, aku tidak jelas bagaimana dia jatuh?? mungkin dia terjatuh ke dalam longkang kerana aku terlihat sebelah seliparnya berada dalam longkang tersebut. Lagi satu yang menguatkan firasat aku ialah, kakinya seperti berlumpur akibat termasuk dalam longkang tersebut. Mungkin ini hanya andaian aku sahaja.


Seorang lelaki yang memapah pak cik tersebut telah meminta kami untuk menjaganya sebentar kerana dia ingin mengambil kunci kereta dan bergegas menghantar mangsa ke Hospital Seberang Jaya. Aku dan beberapa orang rakan telah bekerjasama untuk mengangkat pak cik itu dan membawanya masuk ke dalam kereta lelaki itu. Alangkah pilu dan sebak jiwa ini melihat wajah pak cik tersebut yang  sedang menghadapi sakaratulmaut, matanya berkedip-2 memandang ke langit, nafasya tersesak-2, badannya lemah longlai.Tetapi raut wajahnya  dalam keadaan tenang. Hatiku menjadi gentar, adakah ini akan menimpaku suatu masa nanti??.sudahkah aku bersedia?? 

Selepas kami memasukkan pak cik itu ditempat duduk belakang kembara sambil dipangku oleh isterinya. Kenderaan itupun terus memecut laju. Dalam hatiku, semoga Allah  memudahkan perjalanan mereka ke Hospital. Selepas itu kami kembali ke warung dengan wajah yang amat sedih.

Sehari selepas itu , rakanku telah mendapat berita lanjut mengenai pak cik itu selepas mereka berkunjung ke warung roti canai tersebut. Berita ini agak sedih, kerana pak cik tersebut telah kembali ke Rahmatullah pada petang itu kalau tidak silap apa yang diberitahu rakanku kepada aku,mungkin punca kematian disebabkan sakit tua ataupun terjatuh.
Inna lillah hi wainna ilai hirojiun.Salam takziah dari kami  kepada keluarga beliau.



Pengajaran yang aku dapat simpulkan dari pengalaman ini ialah mati itu pasti!!, tiada keraguan mengenainya. Allah SWT berfirman dalam beberapa ayat Al-Quran mengenai kepastian akan mati:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
(Surah. Ali Imran : 185).


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang baik amalanya dan dia Maha Kuasa(membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-2 yang bertaubat)". ( Surah Al-Mulk: Ayat 2)

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” . (Surah. Luqman : 34).



Selain itu, aku turut berbangga dengan rakan-2 electrical instrument yang sanggup bekerjasama untuk membantu mangsa tersebut. Semoga Allah SWT memberi keredhaan kepada amalan kalian. Mungkin pengalaman ini sedikit sebanyak menguji sikap kita sebagai hambaNya untuk menilai  keperihatinan kita terhadap saudara seIslam kita.  Alhamdulillah...

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh beliau dan ditempatkan bersama orang-2 beriman.InsyAllah 


Gambar ini diambil oleh rakan kami :Amira Azinni


Terima kasih kepada yang sudi membaca sepenuhnya entri ini, semoga sama-2 kira merenung kembali kehidupan kita.


 Doa :
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan
Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”

2 comments:

  1. ssh nk dpt pengalaman yg mcm ini..
    penuh dgn pengajaran dn keinsafan..


    idopasrf.blogspot.com tq

    ReplyDelete
  2. bersyukurlah krn anda mengalami pengalamann itu dn tidak bg org laen.. setiap yg berlaku ade yg ingin d'perlihatkn kpd anda2 smua.. "mati itu benar" bg smua yg bernyawa akn merasai mati dn itu pasti.. bersedialah setiap mase krn mati itu tidak terlambat walau sesaat dn ia boleh berlaku d'mana sahaja atas ketentuannya.. bersedialah dgn bekalan utk perjalanan yg abadi.. mati itu tidak kira muda atau pown tua.. bayi juga mati, remaja juga mati, dewase juga mati dn tua juga mati.. bersedialah krn malaikat maut itu sentiasa memerhatikn kamu..:)

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...