♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, December 25, 2011

Adikku

Assalamualaikum kepada semua pengunjung:-


Alhamdulillah, pagi jumaat ini aku amat bersemangat untuk bangun awal dan mempergunakan sedikit masa terluang selepas subuh ini untuk berkongsi cerita mengenai tajuk "Adik". Bukan apa, mungkin aku merindui adik aku kot??hahaha. Biasalah, selalu tidur sama-2, online sama-2, gaduh sama-2.  Mugkin ada dikalangan pembaca merupakan seorang adik di dalam keluarganya sendiri  ataupun mempunyai adik kan??, tak kisah lah adik lelaki ke perempuan.

Apa yang istimewanya bila kita mempunyai adik  dalam kehidupan berkeluarga ini, selalunya adik merupakan antara faktor penting dalam keharmonian sesebuah keluarga. Mungkin kita tidak terlalu perasan dengan situasi ini,
 tetapi dalam kehidupan aku hari ini,
saat-2 manis bersama adik aku sentiasa aku ingati.
Tidak kiralah dari aku kecil sehingga aku remaja sekarang.
 Cehh macam dah besar sangat jer..seronok taw ader adik-2.




Aku mempunyai satu-2nya  adik lelaki dalam keluarga aku,
 mungkin itulah adik yang paling bongsu rasanya. Tapi manalah tau kot-2 ada adek baru, rezeki la tue. hahaha. Mak nak adikk lagi boleyh!!??
 Kalau nak ikutkan dari anggaran umur ibu-bapa aku, aku merasakan dialah adik yang paling last kot. 
Jarak umur antara aku dan adik aku pun lebih kurang 9 tahun. Amatlah jauh kan.

BUDAK KECHIK INI BANYAK NAKAL!!!
TAPI KELAKAR


Apa yang menarik ingin aku sampaikan mengenai cerita seorang adik ini ialah perjalanan proses dia menjadi semakin membesar. Saat-2 kehidupan dia dari kecil sehingga sekarang
banyak mengingatkan diri aku sendiri tentang perjalanan hidup aku.
Tidak banyak perbezaan yang wujud dalam kehidupannya berbanding aku.
 Mungkin cuma ada perbezaan dari segi perangai ataupun minat yang lahir dalam dirinya. Mungkin sebab adik aku itu lelaki, aku dapat meneliti sedikit persamaan kehidupan dia dengan aku.

Sikap seorang adik ini sudah pastinya manja.
 Tidak kiralah dengan sesiapa saja, tapi selalu ibu menjadi tempat bermanja mereka berbanding ayahnya. Bukan apa, ayah nie muka cengih sikit, kadang-2 nak dekat pun takut,hahahaha.Ibu ni kalau garang pon ada perasaan simpati kat anak dia, hehe.

Antara sikap adik-ku yang aku kagum ialah rajin.
Bukan puji adik sendiri, tapi memang kenyataan larh. Dia tak rajin belajar, tak rajin baca buku,
tak rajin  basuh kasut sekolah, tapi dia rajin pergi kedai.
 Aku pun naik heran, kadang-2 sehari tue sampai 5 hingga 6 kali pergi kedai yang sama. Selalunya masa cuti semester, aku kan ada dirumah, so kalau aku malas nak keluar kew?, dia lah yang jadi assistant aku untuk pergi kedai. Tapi kena bagi upah larh, budak-2 biasalah kan.

------->A
-------->D
----------->I
-------------->K


 Selain itu, dia memang rajin main game..

 kadang-2 satu hari suntuk mengadap laptop untuk main game.
 Kalau aku ader kt umah memang kena marah je la. Abis main game xikut time, lupa solat, lupa makan, kerja sekolah apatah lagi..haishh geram larh jugak.
Kalau time cuti sem, mmg xdapat larh dia nak online hari-2, hihihi. Tapi apa pun kalau nak marah adik sendiri pun biarlah dengan cara yang berakal, mungkin pemikiran dia masih belum matang. Bagilah peluang untuk dia untuk menikmati zaman kanak-2  seperti kita dulu.

 
KALAU CUTI INI LA KERJANYA!!!

INI SELALU HELAH DIA KALAU SURUH BACA BUKU!!!geram je..:)


INI ADIK AKU JUGAK TAW,hehe jangan ngorat pulak..!!

Apapun aku tetap sayang adik-adik aku ,
harap korang pon sama jugak yer!!. Tidak dilupakan juga kepada adek angkat  aku( aineen) yang banyak membantu abang ,hehehe dapat juga merasa ada adik perempuan. Terima kasih banyak-2!!
Okey u alls, terima kasih sudi baca entri aku kali ini setelah lama menyepikan diri dari dunia blogger!!!haha.Nantikan seterusnya.


2 comments:

  1. w'salam,hehe..terharu sekejap..kihkihkih..thanks abg..! syg abg zizie la.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. hehe...terima kasih dik..
    abg pon sama..maaf la klaw x layan adikk

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...