♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Tuesday, January 17, 2012

Kasut Bola Terpintar

Assalamualaikum semua:-
Pagi tadi aku baca-2 surat khabar dan aku terjumpa satu topik menarik yang dimuatkan bagi peminat sukan bola sepak khususnya. Kagum juga larh dengan teknologi yang semakin berkembang nie.

Nak Tahu???
Korang bacalah sendiri:

            Adidas Malaysia Sdn Bhd telah memperlihatkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 
'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell'. Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.


saya nak juga!!!
     
 Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata,
kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g,
namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.


Aplikasi miCoach:

  • Membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.
  •   Membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi.
  •  miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

          *Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

~Bagi sesiapa yang mampu dan teringin menikmati kepintarannya, boleh la mendapatkannya dengan segera~ yee..^_^
sumber:enter

3 comments:

  1. sy baru follow blog awak..kalau rajin singgah la blog saya..dan kalau sudi follow...boleh share cerita (^_^)

    ReplyDelete
  2. wah mahalnye....agak2 pemain kite ada yang pakai tak??huhu ^_^

    ReplyDelete
  3. syaira:..InsyAllah, saya akan selalu singgah blog kawan-2
    ziela:aah mahal kan??
    rasanya belum lagi..

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...