♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Friday, January 13, 2012

IMAM Malik Bin Anas

Riwayat Hidup
a.Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah.
b.Namanya yang sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi.
c.Imam Malik rahimahullah adalah pengasas "Mazhab Maliki".
d.Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan  oleh masyarakat.
e.Beliau telah meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86  tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.

 Peribadi
a.Imam Malik rahimahullah mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau hafaz Al-Quran
ketika usianya masih muda.
b.Beliau mempunyai akhlak yang sangat mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang bersih dan mahal, serta bau-bauan yang harum.
c.Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci  kepada perbuatan mencela
sesama manusia.
d.Beliau merupakan seorang hartawan yang sangat dermawan dan  menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah.
e.Beliau sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
f. Beliau sangat tabah menghadapi sebarang ujian  yang menimpanya. Beliau  pernah disebat dengan cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang   belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah.
g. Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah  S.W.T. Beliau juga kuat
beribadat terutama sekali pada waktu malam.

 Pendidikan
a. Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau hafaz Al-Quran dan hadis.
b. Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari  beliau mendengar gurunya menyampaikan 30 buah hadis secara lisan, beliau dapat mengingati 29 buah hadis daripadanya.
c. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru. Sebahagian daripadanya  terdiri daripada ulama tabiin.
d. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di kota Madinah kerana pada waktu itu kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu  agama. Ramai para sahabat dan ulama tabiin berdakwah di Madinah.
e. Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya Imam Malik muncul sebagai ulama fikah yang terbesar dan unggul  di seluruh Madinah.

 Sumbangan
a. Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu  hadis.  Beliau  sangat  berhati-hati  dalam menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis untuk  memastikan kesahihannya.
b. Kerana kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari   luar Madinah datang untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.
c. Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik  juga menganalisa   hadis-hadis tersebut untuk merumus hukum-hukum agama.
d. Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya.
e. Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100,000  buah hadis. Walau bagaimanapun tidak semua hadis-2 tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis, hanya 10,000 buah hadis sahaja yang diakui sah.
f. Daripada 10,000 buah hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan   Al-Quran, akhirnya hanya 5,000 buah hadis saja yang benar-benar  diterima sebagai hadis Rasulullah s.a.w. yang sah.
g. Hadis-hadis tersebut disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama "Al-Muattok".
h. Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebelum setiap hukum yang dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran dan hadis. Jika tidak terdapat di dalam kedua-dua sumber tersebut, barulah  beliau merujuk kepada Ijmak ulama, Qias dan akhir sekali Masolih  Al-Mursalah.
i. Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab Al-Muattok yang  menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang.
j. Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...