♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Tuesday, January 3, 2012

Tunai atau Hutang

Assalamualaikum bro-2 and akak-2 semua:-
Hari ni aku nak tanya pendapat korang lagi..




Korang lebih suka beli sesuatu barang secara tunai atau hutang?? tidak kira la barang itu murah atau mahal???


Cepat tolong Jawab dengan jujurnya +_+


      Siapa yang jawab suka beli secara berhutang tue cepat-2 lah berhenti yer. Hidup orang yang suka berhutang ni, hati dia tidak tenteram tau. Hari-2 fikir cukup ker duit aku nak bayar hutang. Hutang ni pun boleh jadi tabiat dan hobi juga. Selalu orang yang berhutang ini dia seorang yang suka menunjuk-nunjuk. Hidup nak bergaya tapi duit tak ade.Pinjam sana pinjam sini last-2 tidak mampu bayar.



       Kalau aku diberi pilihan, aku akan pilih beli secara tunai. Kenapa?? Sebab utama senang and tak payah pkir duit bayar hutang bulan-2. Lagi satu kalo kita beli hutang harga barang tue akan menjadi 2 kali ganda mahal. Itu menunjukkan pembaziran ye kawan-2. Kalau tak ada duit buat cara tak ada duit. Kalau nak sangat sesuatu barang tue, kita kumpul duit sampai cukup baru kita beli. Maaflah kalau ada yang terasa, tapi ini hanya pandangan aku je. Kalau x suka buang je  pendapat  x guna ini tepi laut,hihi.


Selagi kita boleh elak dari berhutang kita elakkan. Kalau beli kereta dengan rumah tue hutang tidak mengapa. Sebab harga dia mahal sangat. Kalau tak hutang, alamat sampai ke tua lah tak dapat rumah dengan kereta tue. Kan bagus juga kalau Malaysia guna sistem dinar dan emas. Tidak adalah berlaku perbezaan harga sangat. Tapi itu semua bergantung sikap diri sendiri juga, bijak berbelanja senang lah hidup dikemudian hari.


      Itu sahaja yang ingin aku sampaikan, buatlah perancangan wang dengan sebaik-2 nya, keputusan ditangan korang sendiri. Thinking first before you make a decision!!. Okehh nantikan cerita seterusnya.



-Hidup biar tidak bergaya dan yang penting ada duit dan tidak berhutang-
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." [HR Muslim].
written by:2nd admin

2 comments:

  1. hutang pon ad gne nyer gak,, tp depends jgk ahh,,

    ReplyDelete
  2. kalo bnde boleh bli murah watpe kte nak susah-2 hutang..baik beli cash terus..

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...