♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Saturday, January 28, 2012

Lawatan Part 1


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah  bertemu lagi kita semua di dalam ruangan blog ini
 untuk aku berkongsi  pengalaman seterusnya. Ku berharap kalian semua sihat sentiasa,InsyAllah.

Minggu ini aku terlibat dengan satu lawatan fakulti Electrical Eng.(Insturment)
ke Selangor dan Kuala Lumpur selama 3 hari. Lawatan ini merupakan  Lawatan Industri(LI)bagi pelajar-2 semester akhir untuk dibawa ke Industri atau tempat-2 yang berkaitan dengan bidang elektrikal.

Teruja juga la nak pergi trip nie walaupun sibuk memikirkan
fyp yang masih tidak siap sepenuhnya,haha. InsyAllah, dengan baki masa yang ada, akan aku cuba sedaya upaya untuk menyiapkan semuanya  selepas lawatan ini. Okey, aku akan kongsikan penglaman ini mengikut hari demi hari ya. Nak masukkan semuanya dalam satu entri mcm tak seronok pulak, apapun korang layan je la apa yang aku sediakan  dibawah ini.zasss ----->


6ptg(Rabu)   
-Kami semua bertolak dari Kampus(Uitmpp) selepas memastikan semua ahli telah siap   berkumpul selepas solat asar.
-Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.
-Lawatan ini dibawa oleh dua buah bas yang mana satu bas untuk mahasiswa, dan sebuah lagi untuk pelajar mahasiswi.(no campur-2,haha).
--Pastikan membawa kopiah bagi pelajar lelaki.( no excuses).


8.40mlm
-Kami semua berhenti di Tapah lebih kurang  45 min untuk solat dan makan malam.
 -Sambil-2 tu boleh pergi tandas untuk melepaskan segala-2nya.
 -Berbual-2 bersama rakan-2 dan bergelak ketawa sementara tunggu untuk meneruskan perjalanan semula.

12.20mlm  
-Waktunya aku x pasti sangat tapi lebih kurang tepat rasanya.
-Kami semua telah selamat tiba di UKM Bangi.
-Teruja tengok kampus UKM yang besar tu. Selain itu, jarak Kolej tempat penginapan kami dan pintu  gerbang masuk UKM lebih kurang 2.5km. Kalau jalan kaki, memang semput.
-Check in bilik, mandi dan tidur.


Inila kolej penempatan rombongan kami semua



Bilik penginapan, sebenarnya ada 2 katil dan 2 almari,
tapi sebab camera kecik capture separuh  je. Bilik aku dan khairul syazwan.
OK la selesa tidur sini


Surau ini tempat utama kami semua sembahyang subuh berjemaah kerana berhampiran dengan kolej.
Pukul 6pg dh kena berkumpul disini.

Sampai disini sahaja untuk bahagian pertama, sebab masa aku tiba di kolej ukm pon badan dah penat,.Tak sempat nak amik gambar banyak-2. Nantikan bahagian kedua muncul..hahaha .
Terima kasih sudi singgah.^_^

1 comment:

  1. wah, bestnya dia dpt merantau. hehehe. singgah sini smbil follow awk :)

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...