♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, January 12, 2012

Baucer RM200


Assalamualaikum semua:-
        Pejam-celik pejam-celik masa berlalu dengan sangat  pantas. Rasanya  macam baru semalam aku mengupdate blog, tapi hakikatnya sudah hampir dua minggu aku x mengupdate entri baru. Biasalah, dah pertengahan semester nie, banyak kerja menimpa-2, ditambah lagi dengan (test)ujian-2 yang berderet sepanjang minggu ini. Selepas itu, ditambah lagi dengan mini lappy aku yang sakit tenat...erghhh mau pening kepala dibuatnya.

         Okey, pasal mini lappy aku yang sakit tue nanti aku cerita dalam entri lain yerr. Entri kali ini aku nak cerita pasal dapat duit RM200. Kawan-2 yang berlajar di IPTA, IPTS, matrik atau lain-2 mesti tahu benda apa yang aku ingin bentangkan kali ini. Seperti semua sedia maklum, dalam pembentangan belanjawan 2012  tahun lalu, PM Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di IPTA, IPTS, Matrik dan Form 6.

         Pengumumam ini sudah pastinya disambut baik oleh semua golongan penuntut tidak kira mahasiswa atau mahasiswi di seluruh Malaysia dengan mengetepikan segala perspektif negatif terhadapt pemberian baucer ini. Paling tidak pun, dapat la juga meringankan beban penuntut-2 semua dalam membeli kelengkapan pembelajaran. Baucer ini tidak boleh sama sekali ditukar dengan matawang Ringgit Malaysia kerana ianya merupakan inisetif kerajaan untuk memastikan para pelajar tidak menyalahgunakan pemberian baucer RM200 dengan memberli barang-2 yang tidak memanfaatkan. Baucer ini diberikan bertujuan untuk pembelian buku akademik, majalah ilmiah, peralatan perbelajaran dan mana-2 yang berkaitan.

         Penerima-2 baucer buku  boleh menebus baucer tersebut di semua kedai buku yang menyertai program ini. Seperti yang diberitahu, tempoh sah laku baucer tersebut adalah selama 3 bulan bermula 1Jan hingga 31 Mac 2012. Siapa yang belum tuntut baucer boleh la pergi dapatkan di institusi masing-2 okehh. Jangan lepaskan peluang selagi stok masih ada!!!^_^.


===> Terima kasih kepada yang sudi baca. <===
     Jom  bershopping di kedai buku  bersama rakan-2

INI BAUCER SAYA PUNYE!!!

~Atenttion: Berbelanja dengan bijak~





1 comment:

  1. saya dah amek kat pejabat tadi.. hehe.

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...