♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Tuesday, January 3, 2012

DiCeroboh

Assalamualaikum kepada semua  pengunjung dan  kawan-2  setia blog cik madu.

Aku nak mengadu cerita sedih dekat korang nie, harap korang terharu yer!!! ^_^
        Pada malam  1 Januari yang lalu, aku telah mengalami sesuatu pengalaman yang agak menyeramkan sejak berkecimpung dalam dunia blogger nie, hahaha. Pengalaman  yang aku maksudkan ialah blog aku diceroboh. Terkejut aku dibuatnya!!!!

        Pada malam tersebut, blog kesayangan aku telah diceroboh oleh seorang hackers tempatan yang menggelarkan dirinya Penggembara Timur. Sebelum ini , apa yang aku tahu  Penggembara timur ini adalah nama watak dalam cerita-2 pahlawan. Rupa-rupanya ada juga manusia yang menggunakan nama tersebut sebagai hackers.

        Pada permulaannya, aku menyangka aku merupakan mangsa pertama hackers tersebut, rupa-2nya sudah banyak blog yang berjaya digodam oleh  Penggembara Timur. Tabik spring la kat hacker nie!!

Ini contoh page blog aku selepas Berjaya ditakluki oleh beliau:





Lebih kurang 1 jam lebih blog aku digodam. Tapi apa yang aku respect ialah hackers tersebut bukanlah jahat sangat nak merosakkan blog kita. Beliau cuma ingin menyedarkan blogger-2 supaya lebih berwaspada semasa memilih passwuord untuk akaunt blogger anda. Janganlah password yang anda dipilih itu terlalu mudah. Buat la password yang panjang-2 dan campurkan hufur dan nombor dalam password itu yer.


       Blog dah kena hack, xkan aku nak berdiam diri jer kan. So, apa lagi cepat-2 aku pergi menuntut supaya blog aku dibebaskan balik. Pada mulanya hacker kata esok baru boleh dapat. Bodek punya bodek, lembut juga hati hackers tue. Alhamdulillah. Beliau berjanji akan mengembalikan blog aku kepada asal pada pukul 12 tengah malam. Dalam 20min selepas pukul 12malam. Akhirnya blog aku kembali kepada keadaan sedia kala. Ini antara slot chatting aku dengan Penggembara Timur(hackers), hehe pandai juga hacker nie bergurau-2 :



        Ok, sebelum aku menutup entri ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada team hack Pengembara timur yang telah berjaya menakluki blog aku dan blog blogger-2 lain. Dari sudut positivenya, aku akan menjadi blogger yang lebih berwaspada dan berhati-2. Selain itu, terima kasih juga kerana memberitahu kami(mangsa) supaya menuntut balik blog kami di laman official anda. Kalau x, pening juga nak fikir, haha. Dari sudut negative pula, mungkin ada yang tidak boleh menerima pencerobohan blog seperti ini.


Tetapi anda(blogger) yang menjadi mangsa perlulah menghargainya kerana ada orang yang ingin menyedarkan kita tentang jenayah siber. Selamat ada hacker baik macam Penggembara Timur..haha ^_^..okey selamat berblogging semua.
Semoga korang hati-2 yer!!!
Kalau anda kena hack,sila click official facebook beliau ini
<Hacker Blog>


6 comments:

  1. pengembara timur n penjejak badai dorang mmg trknl d kalagn bloggr..dorang hacak pun utk kpntgn kita juga,untuk kita thu spaya kuat kn lgi passd kita..

    adik mis pun dah kne dgn c pengembara timur tu^^

    ReplyDelete
  2. ish.. seram lak rase.. ):

    ReplyDelete
  3. seram? takut pun ada..ayoo.... just follow ur blog..do follow my blog to =)

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...