♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Friday, February 10, 2012

Lawatan Part 2

Assalamualaikum:-

Pastikan korang dah mengikuti perjalanan aku dan rakan-2 semua di entri LawatanPart 1. Pagi Khamis merupakan hari pertama lawatan kami. Walaupun masih terasa kepenatan mengharungi perjalanan yang jauh dari Penang ke Bangi, tapi aku tetap bersemengat untuk meneruskan lawatan ini.
Haha tak macam geli pulak baca ayat ini, sabar je la yer.

Kami telah bangkit seawal pukul 5.30pg untuk menonton perlawanan bolasepak Barcelona vs Real Madrid, memang the best match forever la bagi peminat bola. Ada di antara kami yang sanggup pergi ke kedai di luar UKM semata-2 untuk melihat perlawanan ini. Tetapi tidak untuk aku kerana partner sebilik aku mempunyai galaxy tab. Aku dan kyrul menonton live match berdua di dalam bilik. Line broadband pun laju  pagi tue, memang tak ade buffering la jawabnya. Dapat la jugak tengok sampai minit ke 60 perlawanan.


Tak lama lepas itu, azan subuh pun berkumandang, semua peserta rombongan bergegas ke bilik air, ada yang mandi dan ada yang cuci muka sahaja terus ambil wudhuk. Tepat jam 6pagi semua dah berkumpul disurau Kolej Zaaba. Pensyarah pengiring iaitu En Mydin dan En Khusaini turut ada sekali. Muka kami masing-2 memang muka tak cukup tidur la jawabnya,haha. Tiba-2 teringat kenangan zaman duduk asrama  masa sekolah dulu.

Alhamdulillah, solat kami diimamkan oleh salah seorang pelajar UKM yang mungkin merupakan AJK surau tersebut. Lepas solat sahaja, kami semua bergegas ke bilik masing-2. Rakan-2 yang bersemangat terus pergi mandi dan yang lainnya sambung tidur la, hihi .



7.30(pagi)Khamis
-Semua peserta rombongan pergi sarapan pagi di dewan makan kolej Zaaba.
-Menu pagi itu ialah mee goreng tambah telur disertakan air teh 0 panas.
-Masing-2 sudah siap memakai pakaian kemeja dan bersleuar slack.

8.30pg-9.00pg
-Kami berkumpul di hadapan kolej sebelum menaiki bas.
-Tunggu sehingga memastikan semua rakan-2 sudah berkumpul
-Bertolak ke Destinasi lawatan pertama kami iaitu di Hospital Kuala Lumpur HSKL
-Hampir semua pelajar mahasiswa tidur dalam bas sepanjang perjalanan ke destinasi.


10.30pg
-Tiba di Hadapan pintu gerbang HSKL.
-Kemas-kemaskan pakaian dan memastikan memakai kopiah sebelum turun bas.
-Berkumpul beramai-ramai dan mendengar arahan dari Pengiring kami.
-Bergerak masuk ke dalam kawasan HSKL beramai-2.


11.00tghari
-Kami semua disambut oleh salah seorang pegawai juruteknik Hospital.
-Membawa kami semua ke Electrical Control Room.
-Membawa kami ke Unit Forensik
-Membawa kami ke Unit X-ray


Jom layan-2 gambar kenangan aku dan rakan-2:-

Yeahh!!
 Didalam bilik control room
Sesi penerangan oleh En. engineer HKL
maaf lupa namanya.




Fokus taklimat atau camera??


Belakang yang besar tue generator di HSKL nie.
First time dpt tgk





Dikawasan  luar belakang Control Room.

En Mydin berbincang dengan salah seorang anak dia.

Merenung masa depan untuk menjadi engineer!!

Dihadapan Jabatan Perubatan Forensik.


Kami semua ceria sangat
Bergambar dihalaman Jabatan Forensik.


Otai-2 rombongan nie.





Penerangan penggunaan mesin city scan



Mesin X-ray


Penerangan tentang penghasilan sinar X melalui mesin X-ray .
Terima kasih kepada yang sudi berkunjung di blog ini
dan juga saudara Fazuan kerana menyediakan gambar-2 yang baik,huhu.
Okey, inilah serba sedikit perkongsian untuk lawatan pertama kami. Fokus permulaan kami di HKL adalah untuk dibawa melihat medical instrumentation. Tapi kami dibawa ke tempat power system. Bagi kami yang penting ialah bidang eletrikal juga, haha. Perasaan tetap seronok.!!
<Cerita akan bersambung di Lawatan Part3>


4 comments:

  1. ade lagi sambungan..? lotih nk tunggu.

    ReplyDelete
  2. Ironwind (Malta-Gold) - Tioga Golds Ltd. Company Profile
    Ironwind was founded titanium frames in 1999 in titanium security the Yarmouth region. It implant grade titanium earrings provides traditional trex titanium headphones products such as water, wood, and clay. micro touch hair trimmer

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...