♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Tuesday, February 28, 2012

Lawatan Part 4


Assalamualaikum,

          Apa khabar sahabat-2 semua??? lama aku tak update blog kan??? ermm.. macam biasa alasan yang akan aku kemukan ialah sentiasa sibuk sebagai pelajar tahun akhir diploma. Tinggal sebulan sahaja lagi  nie sebelum aku melangkah keluar dari UitM untuk percutian selama 4 bulan,huhu seronok.

        Entri ini  merupakan bahagian terakhir perjalanan lawatan kami. Ini merupakan hari terakhir kami  berada di UKM sebelum  singgah ke SIRIM yang merupakan destinasi terakhir lawatan kami . Seawal pukul 8pagi lagi, semua peserta telah  check out bilik penginapan masing-2 dan berkumpul di bahagian bawah kolej Zaaba sebelum menaiki bas. Pagi Jumaat yang  tenang dan nyaman menambahkan lagi keceriaan semua rakan-2ku.

8.30pg

- Bas kami bertolak ke SIRIM Bukit Jalil. Aku amat teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama  kali seumur hidup aku masuk ke bangunan SIRIM.
-Dalam hatiku terdetik hendak tahu apa yang ada didalam bangunan SIRIM  ini. Secara kasarnya, aku hanya tahu yang SIRIM ini merupakan tempat pengkajian untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu produk sebelum dijual dipasaran dalam atau luar negara.Contohnya macam helmet, barang eletrik dan lain-2. Semuanya memerlukan kelulusan sirim sebelum dijual.

Sedih je bila dah nak balik, rasa sekejap sgt.


member tengah sibuk IM dengan makwe la tue!!haha



10.00pg
- Kami tiba di SIRIM Centre dan disambut oleh wakil pihak SIRIM.
 -Selepas itu, kami dibawa ke bilik conference untuk mendengar ucapan pembuka daripada ketua pengarah SIRIM Bukit Jalil iaitu Dr Wan. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai penubuhan SIRIM dan apa yang dilakukan oleh SIRIM.
-Kami dibawa sarapan pagi terlebih dahulu dibilik makan khas.
-Selepas itu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana, setiap kumpulan akan diwakili oleh seorang pegawai SIRIM untuk dibawa melihat sekitar kawasan R&D SIRIM.
-Macam-2 teknologi baru yang ada dalam bangunan SIRIM ini  tiada dijual di pasaran.
Okey adik-2 , bagi abang senior masuk bilik makan dulu, dah lapar nie.


Wah!!! jemput makan ye semua, tambah-2 jangan malu-2.
 


Khai,Azri,Aiman,dan Paan sedang
berdiskusi masalah para pelajar di meja bulat,haha merepek je aku nie.


Lepas makan kena posing sikit, senyum yeeer kawan-2!!
   

Okeyy, dibawah aku letak sedikit gambar-2 semasa proses lawatan sedang berjalan:

Sebelum masuk ke bilik R&D pertama, kami melalui office pekerja SIRIM,
sunyi sangat macam x ada orang, klau nak tahu mereka semua ialah
engineer yang pakar dalam bidang masing-2.
 



Pergi ke Makmal robotik, ini antara robotik hasil ciptaan engineer mereka.
Siap diberi peluang untuk main robot nie, jadi jakun sekejap macam budak-2.
hahaha!!!!!.

Ini antara jenis-2 robotik yang lain, macam-2 robot yang engineer mereka buat.
 
Kawan aku cuba memperagakan robot ciptaan SIRIM.
Ada bakat nampaknya,hehe.

Mungkin tak jelas nie mesin apa, ini ialah mesin tenun yang direka  oleh
engineer SIRIM bagi membantu golongan wanita.

Lagi satu yang menarik disini ialah dengan adanya mesin mencanting batik,
wahh dahsyat-2.


Ini merupakan salah satu lagi contoh teknologi  SIRIM yang telah
 digunakan oleh masyarakat felda untuk memetik buah sawit.
Tak payah  guna galah besi yang panjang-2 lagi. 
Apa benda nie??
Ini ialah mesin biji sawit yang boleh mengupas kulit biji sawit
dan mengasingkan kulit dan biji sawit. 
 

Ini ialah design plantation yang sedang dilakukan oleh SIRIM.

Ini salah satu jenis PLC yang agak lain dari sebelum nie.


Kawasan larangan,  anda tidak dibenarkan masuk...
serius aku tak tahu apa yang mereka lakukan..haha.
Mr Mydin memang sporting.






Ehhhh!!!!!
nak pergi mana tue??
Belum habis lagi nie....
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyudikan diri untuksinggah ke blog ini.
Segala kekurangan harap dimaafkan larh ye.
Lagi satu!!!
Kepada gambar kawan-2 aku yang ada dalam entri ini dan lawatan sebelum-2 nie harap korang x kesah yer, gambar anda semua dlm keadaan sopan dan beretika,hehe.Terima kasih ^_^



4 comments:

  1. mesin potong kelapa sawit pun ada ek..bru thu..

    ReplyDelete
  2. aah ...sama juga bru tahu, cuma dia x exposed benda nie

    ReplyDelete
  3. ouh..mesti mhal machine tue..tp kalo ada sng lah org2 felda..xpyh upah org indon lg..heheh..

    ReplyDelete
  4. ilmu yg bermanfaat disebalik lawatan nie..

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...