♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, February 16, 2012

Lawatan Part 3




               Assalamualaikum semua rakan-2 blogger dan sahabatku, bila la nak habis cerita lawatan aku ini kan. Maaf sangat-2 dekat semua, busy la bulan nie, nak taip-2 pun tak sempat. Okey, aku akan habiskan entri ini seringkas-2 nya. Untuk pengetahuan korang, lawatan kami yang seterusnya ialah ke DENSO Malaysia. Perghh, serius aku cakap memang best la pergi DENSO nie.




             Dalam bahagian lawatan 3 ini, aku ingin menunjukkan pengalaman aku dan rakan-2 rombongan pelajar semasa berada di salah sebuah syarikat Electronik yang termegah di Bangi iaitu DENSO MALAYSIA. Jarak perjalanan dari UKM ke DENSO lebih kurang 20-25min. Setibanya kami di kilang DENSO, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh wakil kakitangan syarikat tersebut. Ketibaan kami agak lewat sedikit daripada perancangan awal dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan program kami di kilang ini. Jom layan apa yang aku sediakan!!!

Serba sedikit mengenai kilang ini yang aku ingat:
  • - Menghasilkan ECU.
  • -Menghasilkan komponen-2 electronik kenderaan bermotor dan kereta.
  • -Menghasilkan produk terbaru iaitu Power electronic steering.





Sebelum kami menaiki tangga untuk ke bilik taklimat, terlihat  ini.
TERIMA KASIH!!

Mendengar ucapan alu-aluan daripada wakil DENSO dan  tentatif  aktiviti disini.
Kami semua desediakan alatan ini sebelum memulakan lawatan ke dalam kawasan-2  kilang.
Alatan-2 tersebut ialah mircophone mudah alih, tag lawatan, cap , google.


Tiga beradik lelaki sedang menjadi duta DENSO..hehe


Tiga rakan sekelas yang pemalu tapi sporting.
Senyum lebar akak-2 kita nie.


Bakal pengurus besar syarikat . Penuh kaliber.

Menikmati suasana kemeriahan di sekitar DENSO.
Brother-2 nie memang happening sentiasa.
Ukhuwah yang erat terjalin antara Pensyarah dan student Instrument
Sporting beb!!!
Berehat sebentar di lobby  kilang selepas selesai melawat pekerja-2 DENSO membuat kerja .
Bergambar bersama-2. 





Sedikit sahaja student Instrument perempuan.
Engineer wanita melayu terakhir,hehe.

Pemberian PLAK kepada wakil pengurusan DENSO sebagai tanda penghargaan diatas kesudian menerima rombongan kami para pelajar UiTMPP. Disampaikan oleh Ketua rombongan En.Mydin dan di apit oleh saudara Adhwa(Ketua Projek).
Gambar kenangan pelajar perempuan bersama wakil pengurusan DENSO.



Electrical Instrument is our choice!!!

                    Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak DENSO Malaysia yang telah menyediakan hidangan petang untuk kami selepas tamatnya sesi lawatan di kilang tersebut. Semoga ada diantara kami yang bakal menjadi engineer disini, InsyAllah. Untuk pengetahuan semua, gambar-2 semasa didalam kawasan bekerja tidak dibenarkan ambil, jadi kami tidak mempunyai contoh-2 produk yang dihasilkan oleh kilang ini untuk dikongsikan.Terima kasih dekat kawan-2 yang singgah blog aku yer. 

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...