♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Wednesday, August 29, 2012

Pertemuan Selepas 3 bulan



       Assalamualaikum dan salam pertemuan kembali di dalam ruangan blog cik madu ini. Sudah terlalu lama rasanya aku meninggalkan diari kesayangan ini untuk berkongsi pengalaman pahit manis ataupun luahan isi hati yang tersimpan.Alhamdulillah, hari ini aku masih diberi kesempatan sekali lagi untuk mencoretkan sedikit kenangan hidup aku bersama rakan-2 pengunjung semua.


      30 Jun yang lalu merupakan tarikh dimana aku dan rakan-2 seperjuangan ku telah kembali ke Pulau Pinang yang merupakan tempat kami semua menuntut ilmu dalam pengajian diploma di UitmPP. Tujuan kami kembali bukanlah untuk belajar kerana kami baru sahaja menamatkan pengajian diploma bulan Mac yg lalu. Sekembalinya kami ke Penang adalah untuk membuat pengesahan tamat pengajian (clearence) sebelum hari konvokesyen yang akan tiba bulan November nanti.

    Perasaan mana yang tidak gembira apabila dapat berkumpul semula bersama rakan-2 yang telah menjalani susah-payah, ranjau dan onak duri bersama-2 kita selama ini. 3 tahun merupakan suatu tempoh yang cukup memberi makna yang besar dalam persahabatan kami. Okey la, malas aku nak buat ayat-2 tacing, nanti lari topik yang ingin ditonjolkan pula.


 

1 Julai 2012

Alhamdulillah, aku selamat tiba di terminal butterworth lebih kurang jam 6.30pg. Badanku terasa amat letih kerana tidak dapat merehatkan diri dengan selesa didalam bas . Aku terus mengambil teksi dan meminta untuk menghantar aku ke Homestay yang menjadi tempat kediaman rakan-2 ku yang telah tiba lebih awal. Setibanya aku di homestay pada jam 7pg, aku terus mandi dan solat subuh. Selepas itu aku tidur dibilik bersama Hisyam yang didodoikan dgn penghawa dingin dan kipas angin yang sejuk.

9.00pg- Terdengar pekikan orang yang mengejut supaya menyuruh aku dan hisyam mandi, siapa lagi kalau bukan suara rakanku ( reduan harris) yang bertindak seperti ayah dalam rumah tersebut,haha. Aku memberitahunya yang aku telah mandi, dan dia terus membiarkan aku tidur dan menggerakkan Hisyam supaya mandi dgn segera kerana kami akan pergi berkelah pada jam 10pg.

11.00pg- Kami semua berkumpul di stesen minyak Petronas,permatang pauh. Menunggu sehingga semua rakan-2 tiba dan bertolak ke destinasi kami iaitu (SEDIM) bersama-2.






12.00pg- Perjalanan kami secara konvoi diiringi keadaan cuaca yang amat baik sekali dan akhirnya selamat tiba di destinasi ,Alhamdulillah. Tanpa membuang masa kami semua mengambil semua peralatan dan terus menyiapkan persiapan makanan,khemah,minuman dengan bersama-2.



1.00ptg- Selepas kami semua menukar pakaian mandi, kami mulalah terjun ke dalam air yang sangat sejuk. Setelah sekian lama aku tak mandi sungai, akhirnya berkesempatan jugak untuk menikmati saat itu kembali.

-Rakan-2 perempuan semua sibuk menyiapkan makanan dan juadah makan tengahari.Almaklumla, xkira walaupun dimana anda berada ye, klau dah nama perempuan mesti tidak dapat dipisahkan dengan dapur, ok.^_^







2.00ptg- Syapik bounzer dan beberapa orang rakanku, memulakan proses untuk membakar ikan dan sosej.
Memang mantap la ikan bakar tue. Dah peram dulu dgn rempah ratus yang diimport dari India,haha. Lepastu terus bakar dan makan panas-2.

-Kitaorang bergilir-2 untuk membakar ikan dan sosej. Sambil ada juga rakan-2 yang pergi main pelampung secara beramai-2. Wahh, saat itu memang seronok la. Hilang sekejap segala kepenatan baru sampai Penang & tekanan yang dialami sebelum ini. Orang kata kalau bercuti ,biarlah bercuti dgn gembira.





3.00ptg- Rakan-2ku masih tidak puas lagi bermandi-manda. Ada yang berseronok duduk diatas batu sungai sambil posing-2, ada yang termenung masa hadapan,ada yang sedang memasa, ada yang sedang baring dikhemah,yang sedih juga ada juga yang demam tp tetap sudi terlibat sama,dan akhir sekali tidak kurangnya yang sibuk bermain gitar sambil bernyanyi,haha.
- Disebabkan badanku sudah berasa terlalu kecut, aku pun berlalu meninggalkan sungai tersebut dan pergi membersihkan diri di bilik air.Nak masuk pun kena bayar, lupa pulak harga.

 

4.00ptg-Semua sudah kelihatan puas bermandi manda, dan mereka bergegas membersihkan diri masing-2 sebelum pulang,
-Hari pun sudah semakin suntuk, kami mengemas semua perkakas dan alatan yang dibawa, membuang sampah,dan membersihkan tempat tersebut sebelum bersama-2.

 

5.30ptg-Bertolak pulang ke Bkt. Mertajam Pulau Pinang.





Jagalah hubungan silaturahim anda dan rakan anda walaupun anda sudah berjaya suatu hari nanti. Tanpa rakan sudah pasti kita tidak dapat menikmati hidup  dalam kalangan masyarakat dengan gembira.Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-2 yang sudi singgah ke blog untuk mengikuti  percutian aku dan rakan-2  didalam entri kali ini. Akhir kata, bercuti la didalam Malaysia kerana banyak tempat-2 yang menarik boleh dilawati.Bye-2 ^_^.

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...