♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, July 22, 2012

Memori Diploma (Last Exam)



Assalamualaikum dan selamat pagi semua:-


Diharapkan dipagi yang indah lagi nyaman ini kawan-2ku 
semua berada dalam keadaan sihat dan baik.

Aku akan membuka entri khas ini dengan serangkap pantun yang mempunyai maksud yang tersirat:

Sungguh mekar sibunga mawar
Tajam durinya menikam jari
Biar agama menjadi akar
Budi bahasa perhiasan diri.

 Minggu peperiksaan(examination) merupakan minggu yang sangat memberi tekanan kepada semua pelajar.Terutamanya bagi mereka-2 yang suka belajar disaat akhir macam aku ni,haha. Harap korang bukan jenis yang sebegitu ??. Dalam keserabutan untuk menempuhi perperiksaan akhir ini, Alhamdulillah aku masih lagi diberi keupayaan untuk menghadapinya dengan penuh kesungguhan dan ketenangan.

  Bagi semester terakhir ini, aku telah mengambil 6 course yang merupakan penentu untuk aku layak mendapat segulung Diploma ataupun tidak. Banyak dugaan yang terpaksa dihadapi untuk semester akhir ini yang kadangkala hampir membuat aku terkulai lalu jatuh tersungkur,hehe.

Dewan Perperikasaan Terakhir Kami ^_^

   Apa yang ingin  aku ketengahkan dalam entri kali ini adalah memori terindah aku bersama rakan-2(eletrikal instrument) saat mengambil paper terakhir kami sebelum masing-2 menempuh cuti yang panjang dan membawa haluan sendiri. Walaupun hati gembira untuk melangkah ke dewan perperiksaan buat terakhir kalinya, tetapi perasaan duka yang membalut hati ini sentiasa subur. Terkenang segala memori suka duka, pahit getir, onak duri, jatuh bangun  semasa bergelar seorang siswazah.

Inilah Bunga-2 kelas kami

     Setiap permulaan pasti ada penamatnya, begitu jugalah dengan peperiksaan bukan. Tetapi peperiksaan terakhir ini amatlah bermakna bagiku dan rakan-2 sekelas kerana mendapat suntikan semangat kasih sayang dari seorang pensyarah yaang amat baik dan turut menjadi seorang bapa kepada kami semua sepanjang semester 6. Beliau ialah insan bernama En.Mohd Mydin bin Abd Kader. Sudah pastinya beliau diantara salah seorang pensyarah yang pasti tidak dapat kami lupakan jasanya. Didalam sesi pengajarannya di bilik kuliah, beliau sering menyelitkan ilmu-2 ugama dan motivasi yang dapat meningkatkan lagi peribadi kami sebagai seorang pelajar Islam. Apa yang salah, pasti beliau tidak segan silu untuk menegur kami supaya menjadi seorang insan/anak didik yang lebih baik.
Setiap anak didiknya mendapat sekuntum mawar yg diletakkan dimeja peperiksaan
sebelum kami memasuki dewan peperiksaan.^_^
so sweet



Kasih sayang memang tidak dapat diungkapkan,
tapi dapat diluahkan dengan pemberian yang istimewa

  Selepas menunaikan solat zuhur, aku dan rakanku terus bergegas turun ke dewan peperiksaan. Kami agak terharu apabila melihatkan seorang insan bernama pensyarah yang sudi hadir ke dalam dewan peperiksaan untuk meletakkan disetiap meja para pelajarnya sekuntum mawar merah sebangai tanda kenangan yang terakhir sebelum berpisah untuk seketika/selamanya. Ketika itu, meja kami semua menjadi perhatian para pelajar lain yg turut mengambil pepriksaan didalam dewan yang sama. Bunga mawar yg mekar itu seakan memberi kami suatu aura kesungguhan untuk menjawab peperiksaan dengan lebih baik dan bersemangat pada waktu itu.Ucapan terima kasih yang dapat ku ucapkan kepada beliau diatas pemberian yang sangat bermakna itu.




Gambar semasa para pelajar sedang menghadapi peperiksaan.


Gembira bersama kawan-2 lepas jawab paper yang terakhir.
Kami dah bebas!!!


Chief Insturment (Mr.Adi Illya with his bodyguards)


Bakal-2 peneraju masa depan negara,hahaha.

Sebelum kami semua bersurai, inilah gambar kenangan terkahir bersama En.Mydin dan  anak-2 kesayangnya(pelajar)

 Sebelum aku mengakhiri entri ini, aku akan menutupnya dengan serangkap pantun juga ^_^


Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
     Tentu kita akan berjaya ,InsyAllah ^_^

         Segala kekurangan dalam entri ini adalah kekurangan diriku yang dhaif lagi kerdil ini.
Segala yang baik adalah kurniaan Allah Taala. Teruskanlah belajar kawan-2ku untuk memajukan diri kita tanpa melupakan matlamat utama kehidupan kita didunia ini,InsyAllah.

 Ahkir kata , ingat kata-2 En.Mydin:  "Dunia nie tipu jer"..Wassalam

5 comments:

  1. belajar kat mana..teringat zaman sy kat um..

    ReplyDelete
  2. jom tgk budak power plak..hehe

    ReplyDelete
  3. man:belajar di uitm penang
    shafiq:mne dak power...nk tgk jugk
    kasik link..heheh

    ReplyDelete
  4. belajar yang giat gan :)
    semoga sukses

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...