♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Monday, April 30, 2012

Pengalaman Interview


 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-2 yang membaca entri ini:-

          Ramai kawan-2 yang  suruh aku kongsikan sedikit  pengalaman  sewaktu aku bekerja selepas tamatnya diploma akhir bulan 3 yang lalu. Tetapi dalam entri ini aku ingin menceritakan dahulu pengalaman aku diinterview. Mungkin boleh memberi sedikit bayangan suasana temuduga kepada sesiapa yang belum ada pengalaman. Aku telah cuba pergi temuduga dibeberapa syarikat/ kilang yang berhampiran dengan taman perumahan aku di Pasir Gudang. Seminggu selepas pulang dari Penang, aku telah menghantar berberapa resume di syarikat yang menyediakan kekosongan jawatan untuk diisi. Alhamdulillah, dua selepas aku menghantar resume, aku telah mendapat panggilan untuk di temuduga di sebuah syarikat semiconductor yang mempunyai pangkalan syarikat terbesar di dunia.


JOM IKUT SAYA PERGI INTERVIEW???
 

        Aku masih ingat lagi tarikh aku menghadiri temuduga tersebut iaitu pada hari Jumaat. Tepat jam 10.45pg aku telah tiba luar hadapan pagar syarikat tersebut dengan berpakaian kemas yang sewajarnya. Hati mula menjadi berdebar-2 kerana ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup aku ditemuduga. Aku terus pergi ke pos pengawal untuk meminta izin masuk kedalam dan aku diminta untuk menulis nama dibuku pelawat sebelum diberikan pas pelawat.

        Setibanya aku didalam lobby, aku telah diberi ujian penglihatan sebelum diberikan borang untuk mengisi jawatan kekosongan. Dah macam nak amik lesen ujian komputer pun ada dalam hati aku terdetik, hahah. Selesai sahaja isi borang tersebut, aku pun menyerahkan borang kepada akak HR. Selepas itu, aku telah dipanggil untuk masuk ke dalam bilik temuduga dan aku ditemuduga oleh salah seorang HR wanita cina syarikat tersebut.

          Macam-2 soalan dia tanya, aku pun jawab jer mengikut pengetahuan. Aku pun x kisah sangat kalau berjaya dapat job tu atau tidak. Selepas 30min berinterview, dia suruh aku tunggu lagi  diluar kerana dia nak panggil engineer dia untuk interview aku. Wahh!! dalam hati dah terlintas macam ada rezeki je nie??. Aku pun tunggu diluar bilik dalam 15min sambil membaca macalah2 yang disediakan disudut bacaan syarikat tersebut. Sambil aku menunggu engineer tu dtg??, ada lagi 2 orang lelaki yang hadir untuk interview yang agak lebih dewasa dari aku. Aku pun berborak la dengan mereka sebagai tanda kemesraan sesama insan.

          Ermmm jeng3x....., datang pun engineer tue, dia panggil nama aku dan membawa aku ke bilik yang lain untuk diinterview. Wahh!! sekali lagi nervous menguasai diri, tapi mcm biasa la buat-2 muka cool je dgn senyum2 kambing,hehehe. Dia minta aku ceritakan pengalaman aku bekerja sebelum nie dan apa kebolehan aku??. Then, engineer itu tanya kenapa aku mintak jawatan ................???
Apa lagi, aku cerita je la dekat engineer tue dengan penuh keyakinaan dan secara perlahan-2. Then, lepas itu engineer tue cerita la kerja apa yang aku kena buat dan cara bekerja di syarikat tersebut. Dia tanya mampu x follow semua cara kerja macam itu??. Aku pun jawab : saya akan lakukan dengan sebaiknya. 

         Next, dia belek-2 resume aku dan sijil-2 yang aku bawa. Dia pun tanya berapa gaji yang awak nak???. Aku bagi range (1200- 1600). Pastu dia kata, "okey i will try to consider ur salary and we will call u back next monday". Alhamdulillah, selesai la interview aku pada hari tersebut yang mengambil masa hampir 1jam 30min. 


JANGAN MALU-2 MASA TEMUDUGA TU.
COOL BRO!!!
 


Aku nak kongsi sikit la:

  • Pertama sekali, korang tunjukkan akhlak yang baik. Berjabat tangan dengan panel yang menemuduga(lelaki dgn lelaki) dan memberi salam jika dia seIslam dengan kita.
  • Ketika diinterview, jika dia tanya kita dalam Bahasa Malaysia jawablah Bahasa Malaysia. Kalau English cubalah bercakap dalam Bahasa English yang mudah.
  • Sebelum datang interview tu, korang study sikit la pasal syarikat tersebut. Selalunya dia akan tanya apa yang awak tahu pasal syarikat kami??.
  • Jangan lupa tanya pasal kebenaran untuk keluar solat fardhu dan solat jumaat. Itu penting untuk kita jaga sebagai umat islam yang beriman. Kerja-2 juga jgn sampai membelakangkan Tuhan dan agama.
  • Kalau ada diberi peluang untuk bertanyakan soalan pasal syarikat diaorng, korang tanya je macam-2. Tanya kilang nie produce apa?.Waktu rehat macam mana?. Jangan jadi  pemalu sangat. Kita nak kerja ok?? bukan nak tengok konsert hujung minggu,haha. Jangan menyesal dikemudian hari.


              Akhir sekali, aku ucapkan setinggi perghargaan kepada semua yang sudi baca entri ini dan yang terus menyokong blog aku yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada kesilapan bicara atau kata, mohon maaf dari segalanya. Mungkin aku agak sibuk sekarang dengan macam-2 hal yang dilakukan untuk menambah pendapatan masa cuti dan ilmu pengetahuan, cehh ^_^. Aku mendoakan semoga korang berjaya dunia akhirat, InsyAllah. Kalau gagal interview pertama jangan cepat berputus asa, mungkin Allah menyediakan peluang yang lebih baik ditempat lain.Wassalam


    (Nantikan cerita pengalaman aku bekerja di entri seterusnya ) 











4 comments:

  1. wow. mcm best je kerja dia. nanti sambung degree ke tak ni? hiihih. nanti belnja ye. hihihi

    ReplyDelete
  2. yup,mstyla best dpt pengalaman dan rakan-2 baru,InsyAllah sambung cuma cept atau lambt. :)

    ReplyDelete
  3. wahh..senang x nak apply kat syarikat semicon?? minat gila nak keja bidang ni

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...