♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Saturday, April 21, 2012

Etika pakaian ketika interview

Assalamualaikum sahabat-2 sekalian :)

Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang cara pemakaian ketika interview.Pemilihan pakaian yang sesuai amat penting ketika interview ye kawan-2. Semoga kawan-2 dapat sedikit manfaat daripada entri ini :-


1.KASUT
       LELAKI

  • Gunakan kasut yg formal
  • Warna kasut hendaklah berwarna gelap.Elakkan penggunaan warna terang.
  • Jangan pakai sport shoes ketika interview.

macam ni contoh kasut formal

kasut macam ni jangan guna time interview ye kawan-2


     PEREMPUAN

  • Gunakan kasut yang bertutup dan berwarna gelap.
  • Elakkan penggunaan kasut berumit tinggi lebih daripada 1.5 inci.


2.STOKIN

  • Gunakan stokin yang berwarna gelap.
  • Stokin hendaklah panjang(berada diatas buku lali.


3.SELUAR

  • Gunakan seluar slack yang berwarna gelap.
  • No jeans.
  • Straight cut..cut yg jenis lain tue xboleh ye kawan-2..Tapi ikut keselesaan setiap orang.
  • Skirt juga boleh digunakan ketika interview.Skirt yang formal adalah bawah lutut.


4.BAJU
      LELAKI

  • Baju kemeja.
  • Elakkan penggunaan baju yang banyak pattern..macam jalur-2 or kotak-2..


      PEREMPUAN

  • Baju kurung yang sopan.Kalo boleh janganlah kain tue belah2 ye..
  • warna gelap
  • Kalo nak pakai kemeja pun boleh..Tapi gunakan pakaian yg formal lah..


*kalo nak lagi hensem ataupun cantik gunakan lah blezzer or coat ye kawan-2..

5.AKSESORI
  • Contoh aksesori ni macam jam,tali pinggang,cincin,rantai dan anting-2..
  • Gunakan jam tangan yang formal..Bukan jam yg besar gedabak tue ea yg ada warna oren biru tue..Kalo ada jenis jam yang macam tue jek kalo boleh time interview tue jangan pakai..
  • Rantai dan anting-2 pun jangan pakai ketika interview.Nampak macam xsopan..ini untuk lelaki sahaja.Perempuan boleh pakai anting-2 dan rantai tue.
  • Cincin-lelaki dan perempuan boleh pakai..Tapi 1 cukuplah.
gunakan jam jenis macam ni

jam ni memang cantik..tapi warna dia terlalu terang..
kalo boleh xpayah pakai lah..

6.RAMBUT

  • Rambut mestilah kemas.
  • Berminyak.
  • Di potong pendek untuk lelaki.
  • Perempuan kalo boleh rambut tue diikat atau disanggul dengan kemas.


7.TIE

  • Gunakan tie yang berwarna gelap dan mempunyai pattern
  • Gunakan saiz tie yang sederhana..Tidak terlalu besar ataupun terlalu halus.
  • Jangan gunakan bow tie.
  • Kalo baju yang korang pakai tue kosong..Gunakan lah tie yg ber pattern.
  • Yang paling penting jangan guna tie plain yang warna putih tue..tue utk retis jek a.k.a artis.


gunakan jenis tie macam ni.
Panjang tie tue mesti smpi ke k tengah-tengah tali pinggang

bow tie ni jangan guna.kalo korang pakai comfirm kena reject.

siap gak entri aku ni..harap entri ni dapat membantu korang ketika interview..kalo ada pertanyaan korang boleh bagi kat ruang komen..insyallah aku akan balas..sesiapa yang ada interview tue GUD LUCK ye...
Sebelum pergi interview cari sedikit soalan-2 yang selalu tanya kt dalam interview kat internet..

p/s:sape dekat sini setuju kalau aku tunjukkan tutorial autocad 2012???kalo setuju bagi tahu la ye..^_^

written by:2nd admin









5 comments:

  1. dah alang-alang tu aper kate kau tunjuk jer tutorial tu. boleh gak aku godek-godek time duk rumah nie. adui huhu

    ReplyDelete
  2. ouh kau x pergi ea autocad, nanti den inform ^_^

    ReplyDelete
  3. selamat page sahabat,
    sedikit berbagi inspirasi pagi ya..

    "ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai sore. Hiduplah dalam batasan hari ini.
    kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi yang lebih baik dari hari kemarin.
    dan Don't forget sobat! bahwa esok belum pasti memnghampiri kita"

    Salam semangat pagi..^^

    ditunggu kunjungannya ya di http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...