♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Thursday, March 29, 2012

Debaran Perbicaraan

Assalamualaikum semua,

           Sebelum kawan-2 nak tahu punca aku dibicarakan, kawan-2 mestilah terlebih dahulu membaca entri Kes mahkamah. Tanggal 20  febuari 2012 merupakan hari yang amat aku nantikan selama 3 bulan ini.  Hari-hari yang dinanti telah pun tiba, aku telah bangun seawal pukul 6pg untuk mandi,solat dan bersiap-2 sebelum bergerak ke Mahkamah. Perasaan gementar yang sebelum ini tidak muncul telah menbuak-2 dalam hati. Mungkin ini pengalaman pertama aku, jadi aku agak nervous untuk hadapinya. Apapun, aku tetap menguatkan diri untuk menghadapi semua ini.

       Aku tidak bersendirian semasa pergi ke Mahkamah Majestrit Bukit Mertajam. Aku telah meminta rakan baikku (mr khairul) untuk menemani aku pada hari tersebut. Terasa serba salah juga kerana terpaka menyusahkan rakanku diawal pagi untuk pergi perbicaraan tersebut, tetapi apakan daya aku disini tidak mempunyai saudara terdekat untuk dihubungi sekiranya ada berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Kesudian beliau menemani aku memang tidak pernah aku lupakan sampai bila-2,InsyAllah.
Ini dia tempat dimana aku dibicarakan. Masuk percuma melalui
saman yang aku dapat.,haha.


           Aku telah bertolak dari rumah sewa seawal jam 7.30pg tanpa mengmbil sedikit sarapan pun, Memang dah tak ada selera nak makan waktu itu. Apa yang penting ialah aku dapat menyelesaikan masalah pada hari itu juga. Tambahan pula, keesok harinya aku dan kawan-2 serumah akan mengahadapi peperiksaan MUET, so dalam fikiran aku sudah agak terbeban untuk memikirkan perperiksaan pula. Vrooommm!!! bergerak dengan cepat cari rumah menaiki motosikal.

        Udara pagi yang sejuk ditemani cuaca yang agak baik melancarkan lagi perjalanan kami ke Mahkamah. Kami tiba di mahkamah tepat jam pukul 7.40pg. Ini berikutan waktu perbicaraan yang ditulis pada surat saman akan bermula pukul 8.00pg. Tetapi aku agak pelik kerana kawasan mahkamah masih lagi sunyi tanpa penghuni kecuali pengawal keselamatan yang sedang berjalan-2 menghirup udara segar. Selepas kami meletakkan motosikal di tempat disediakan dalam mahkamah, aku pun menyapa pak cik pengawal:

Aku:  Assalamualaikum bang (sambil berjabat tangan)?? bilik mahkamah kat mana ye?

Pengawal: Waalaikumsalam!! adik pergi lobby bawah, nanti ada tangga adik naik tingkat satu. Lepastu dik periksa nama adik di papan kenyataan dan tunggu sampai org jpj datang ambil surat saman. Awalnya dtg hari ini???

Aku: Takut terlambat la bang sebab dia tulis kat surat saman pukul 8 start perbicaraan. Okey terima kasih yer.

          Aku dan khairul pun berlalu dari situ dan terus naik ke tingkat satu. Alamak ada dua bilik mahkamah?? mana satu nie??..blur sekejap. Kami pun periksa nama disetiap papan kenyataan bilik mahkamah dan nama aku berada di bilik mahkamah 1. Alhamdulillah ada juga nama aku, lega sangat-2, mana la tahu kena tangguh lagi 3 bulan alamat berjanggut la nak tunggu kan,haha.

          Aku pun duduk menunggu sehingga pegawai jpj  datang. Dalam waktu menunggu yang sangat mengantuk itu, seorang demi seorang yang datang untuk menghadiri perbicaraan. Hampir satu jam tunggu dan kawasan hadapan bilik mahkamah sudah dipenuhi orang ramai. Pegawai jpj masih tidak hadir lagi. Aku terfikir, ini kes kena bicara secara berjemaah ke??. Best la macam gitu, kurang sikit tekanan. Macam-2 golongan ada, dari yang pangkat veteran sehingga pelajar turut mendapat tiket saman macam aku, mungkin yang berbeza kesalahan yang mereka lakukan.

             Hampir pukul 10pg barulah pintu bilik mahkamah dibuka dan semua pesalah dijemput masuk. Salah seorang pegawai polis mengarahkan semua pesalah untuk duduk dikerusi yang disediakan. Disebabkan terlalu ramai ahli keluarga mengiringi pesalah, kerusi yang disediakan pun tidak mencukupi dan ada yang terpaksa  duduk di atas tangga,haha. 

           Baru 10 minit duduk dalam mahkamah tersebut, aku terdengar bunyi pintu besi dan suara riuh-rendah  dari bawah mahkamah. Aku tercari-2 dari mana arahnya, rupa-rupanya dalam bilik mahkamah tersebut mempunyai lokap  dibawah bilik yang disedia khas bagi pesalah-2 yang tidak dijamin sehingga hari perbicaraan ataupun selepas perbicaraan dan kegagalan membayar saman pada waktu ditetapkan . Perghh, gemuruh jantung tengok ada lokap bawah tu. Macam mana kalau aku kena masuk dalam tu??apa yang terjadi ek??.Bayangkan>??

         Lagi beberapa minit sebelum perbicaraan dimulakan, pihak polis membawa keluar semua penghuni-2 lokap dan mereka diletakkan dalam satu kandang/tempat duduk khas. Dari pemerhatian aku, hampir kesemua penghuni lokap adalah lelaki dan ada seorang wanita. Kalau lihat dari reaksi keadaan nya mereka semua sudah berada lama dalam lokap tersebut. Mereka juga akan dibicarakan pada hari itu, tetapi keutamaan akan diberikan kepada pesalah-2 yang melakukan kesalahan saman trafik atau jalanraya dahulu.

         Waktu yang dinanti-2kan, semua lawyer ,pendakwa raya, dan sebagainya sudah duduk dimeja masing-2. Hakim pun masuk dan semua diminta bangun dan duduk semula. Sunyi sepi terus bilik tu. Muka masing-2 dah gelabah. Pendakwa raya memangil sorang demi sorang sehingga giliran aku:

Pendakwa raya: mohd azizi bin azeman, anda didakwa atas  kesalahan pada (sekian haribulan) di (Jalan sekian) dengan kesalahan tidak mempunyai lesen kenderaan motor(roadtax) dan insuran tamat tempoh.
Anda mengaku bersalah atau tidak???

Aku: (dalam hati nak ngaku ke x nie??haha) saya mengaku bersalah

Pendakwa: Ingin membuat rayuan ??kalau ada kemukan rayuan anda.

Aku: Ya, saya meminta untuk dikurangkan denda kerana saya masih seorang pelajar.

Hakim: Kedummm!!!(bunyi ketukan)  RM100.

Pendakwa: RM200(sebab 2 kesalahan).
   

            Aku diminta pergi ke bahagian tepi untuk membayar saman kepada abang polis yg bertugas.Selamat bawa duit. Kalau x memang kena dftr la masuk lokap kat bawah bilik mahkamah tu sementara tunggu ada orang jamin . Pesanan aku  di sini ialah korang kena bawak duit siap-2 sebelum hari perbicaraan ye. Lepas bayar denda tu, aku pun dibenarkan oleh pihak polis untuk keluar dari bilik mahkamah dan tunggu dikaunter  untuk mengambil resit denda. Aku pun kenyit mata dekat kyrul supaya keluar dari bilik mahkamah juga.

           Alhamdulillah, perasaan aku terus lega dan gembira sangat kerana dapat menempuhi ujian ini dengan selamat. Terbit juga la rasa syukur kerana diberi ujian macam ini dan mempunyai rakan baik yang selalu membantu dan menyokong, mungkin dengan ujian Allah ini aku dapat mengetahui sesuatu yang sebelum ini aku x pernah ambil tahu dan membuat aku unjuk menjadi seorang pengguna jalan raya yang lebih berdisiplin.



      Seringkali kita semua berputus asa tatkala menerima kesulitan atau cubaan. Padahal Allah telah memberi janji bahwa di balik kesulitan, pasti ada jalan keluar yang begitu dekat.Yakinlah kawan-2 semua:
Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6)


Terima kasih kepada yang sudi baca ^_^.
Sebarang kesilapan harap dimaafkan

7 comments:

  1. uish giler r.. mst kecut perut je kn..?

    ReplyDelete
  2. hihi...semmestinya,
    gelabah jugk la :)

    ReplyDelete
  3. hahaha..nice one broo..da lama tak update ek ? bz kew ?haha.

    ReplyDelete
  4. ~takut pulak baca..huhu xpe pengalaman2

    ReplyDelete
  5. huhu..pengajaran untuk diri sendiri kan :)

    ReplyDelete
  6. Slain borg saman yg dikeluarkan drpd jpj tu, dia pos surat saman ke rumah juga ke ?

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...