♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Tuesday, March 27, 2012

Kes Masuk Mahkamah

Assalamualaikum semua,

       Hari ini aku nak kongsi pengalaman paling pahit yang  pernah aku hadapi pada penghujung tahun 2011 yang lalu. Pada  18Nov 2011 kalau tidak silap la, aku telah pulang ke Penang untuk memulakan semester baru. Aku tiba seawal jam 7.00pg di rumah sewa. Tepat jam pukul 9.00pg, aku dan rakanku Hafiz Choki-2 telah pergi ke kedai motor yang terletak di Bandar Perda untuk menukar minyak hitam dan macam-2 lagi. Tepat jam 10 pagi, motosikal kami  telah siap diservis dan kami bercadang untuk pergi mencari car wash yang berdekatan untuk mencuci motosikal.


        Tetapi ada suatu kejadian yang tidak disangka-2 telah berlaku,ermmm. Sebelum aku melalui simpang round about kt perda tue, sepasukan JPJ telah membuat sekatan JalanRaya. Aku pun rilex je la, sebab aku rasa aku bawa lesen, roadtax hidup, dan semua okey la. Tetapi semasa ditahan untuk pemeriksaan aku telah terlupa sesuatu yang amat tidak disengajakan. Contoh perbualan aku masa kejadian :

Pegawai JPJ: mintax lesen dengan roadtax encik?

Aku: Nah, ini dia..

Pegawai JPJ: Encik, roadtax encik dah mati pada buln Oktober 2011 dan sekarang dh bulan November 2011??

Aku: Ehh , encik saya rasa encik silap nie, saya rasa roadtax saya hidup lagi, mungkin roadtax baru saya terjatuh kot??. Aku sangat yakin yang roadtax moto aku masih hidup.

Pegawai JPJ: OK saya hubungi pusat JPJ untuk pemeriksaan data.
                   :Nampaknye, roadtax encik memang dah mati pada sekian haribulan 10 2011. Saya terpaksa menyaman encik diatas dua kesalahan iaitu cukai jalan mati dan insuran mati.
Aku: Maafla encik, saya baru je sampai Penang pagi ini, saya  baru jer naik cuti sem nie. Nanti saya hidupkan.

Pegawai JPJ: Mintax maaf encik, kami terpaksa menyaman juga. Encik dikenakan saman Mahkamah dan perlu hadir pada 20/2/2012.

Aku: Kalau bagi saman kompaun tak boleh kew encik??

Pegawai JPJ: Tak boleh sebab kesalahan awak berada dalam akta pengangkutan 1974 kurungan bla...bla...bla..(aku x ingat), yang disabitkan degan saman mahkamah. Jangan risau, kalau student selalu kena bayar dlm rm50 je lepas buat rayuan.

Aku: Ermm.ok la encik terima kasih. (Aku pun pegang la kata-2 dia sebab kena bayar RM50 walaupun terpaksa tunggu sehingga bulan 2 tahun 2012).


           Lepas daripada kena saman tue, hati aku pon terus jadi tak tenteram, dalam kepala macam-2 aku fikir. Besar dugaan yang aku terima waktu itu, padahal baru jer sampai Penang untuk memulakan semester baru. Mood gembira hancur lebur bagai dihempas ke dinding besi,haha.  Aku pun terus membatalkan niat untuk pergi basuh motor dan terus balik rumah. Memang kecewa gila muka aku time tuh, rasa nak nangis pon ada. Takut juga sebab kena naik mahkamah dan aku dah rasa diri macam penjenayah,haha.

Sedih gila muka aku masa tu,
member serumah je la yang dapat lihat,warghhhh!!.
 



           Untuk meringankan beban yang ditanggung waktu itu, aku cerita la dekat kawan-2 serumah. Mana lah tahu diaorang ade pengalaman yang serupa dengan aku. Rupa-2nya semua x pernah kena saman mahkamah nie kecuali sorang member aku nie (Amad). Dia bagitahu yang dia pun pernah naik mahkamah masa zaman sekolah akibat kesalahan yang sama. Aku pun mintak sedikit nasihat dekat dia macam mana proses mahkamah tu.


           Pong..Pang(2x) dia bercerita, aku dengar la. Dapat la juga bayangkan macam mana keadaan perbicaraan itu.Then, aku terus cari  sedikit info-2 di blog dan forum-2 pasal saman mahkamah nie sebab takut punye pasal.



  
Bukti surat saman yang aku dapat :

Tiket free ke mahkamah,
sapa-2 nak boleh la cuba bawa moto  tanpa roadtax.
hehehe


Gambar diatas menunjukkan 2 kesalahan yang pastinya melayakkan anda untuk
dibicarakan.
1. Lesen kenderaan motor (roadtax) tamat tempoh.
2. Insuran tiada.


OKey, sambungan macam mana proses mahkamah 20/2 tu, aku akan sambung kepada entri seterusnya. Pengajarannya, sebelum menunggang moto dan memandu kereta tu, pastikan cukai kenderaan anda dalam keadaan hidup ya.  Mungkin ada sedikit kebaikan yang korang dapat dari pengalaman aku ini,InsyAllah,. Terima kasih kepada yang baca, ^_^
 


9 comments:

  1. jadikan pengalaman tu sebagai pengajaran..:) insyaallah pasti ade hikmah disebalik ape yg dah berlaku tu..;) betul tak?

    ReplyDelete
  2. yup..betul kata sahabat, :),
    ini semua ujian hidup manusia.
    lain orang lain ujian yang Allah dtgkan..

    ReplyDelete
  3. sedara..
    nama motor atas nama saudara ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fendy : moto atas nama ayah,tp saya yg gi court sbb saman atas nama saya

      Delete
    2. zizie:betul ke mcm tu?saya risau sama ada perlu bawak ayah saya ke tak sebab ayah saya terima saman melalui pos sebab nama dia sebagai pemilik.kalau macam tu xpela..tq bro.

      Delete
    3. zizie:betul ke mcm tu?saya risau sama ada perlu bawak ayah saya ke tak sebab ayah saya terima saman melalui pos sebab nama dia sebagai pemilik.kalau macam tu xpela..tq bro.

      Delete
  4. saya pon kene..tapi motor atas nama ayah..tak nak bawak ayah ssaya sekali g court...

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...