Assalamualaikum,
Apa khabar sahabat-2 semua??? lama aku tak update blog kan??? ermm.. macam biasa alasan yang akan aku kemukan ialah sentiasa sibuk sebagai pelajar tahun akhir diploma. Tinggal sebulan sahaja lagi nie sebelum aku melangkah keluar dari UitM untuk percutian selama 4 bulan,huhu seronok.
Entri ini merupakan bahagian terakhir perjalanan lawatan kami. Ini merupakan hari terakhir kami berada di UKM sebelum singgah ke SIRIM yang merupakan destinasi terakhir lawatan kami . Seawal pukul 8pagi lagi, semua peserta telah check out bilik penginapan masing-2 dan berkumpul di bahagian bawah kolej Zaaba sebelum menaiki bas. Pagi Jumaat yang tenang dan nyaman menambahkan lagi keceriaan semua rakan-2ku.
8.30pg
- Bas kami bertolak ke SIRIM Bukit Jalil. Aku amat teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama kali seumur hidup aku masuk ke bangunan SIRIM.
-Dalam hatiku terdetik hendak tahu apa yang ada didalam bangunan SIRIM ini. Secara kasarnya, aku hanya tahu yang SIRIM ini merupakan tempat pengkajian untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu produk sebelum dijual dipasaran dalam atau luar negara.Contohnya macam helmet, barang eletrik dan lain-2. Semuanya memerlukan kelulusan sirim sebelum dijual.
Sedih je bila dah nak balik, rasa sekejap sgt. |
member tengah sibuk IM dengan makwe la tue!!haha |
10.00pg
- Kami tiba di SIRIM Centre dan disambut oleh wakil pihak SIRIM. -Selepas itu, kami dibawa ke bilik conference untuk mendengar ucapan pembuka daripada ketua pengarah SIRIM Bukit Jalil iaitu Dr Wan. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai penubuhan SIRIM dan apa yang dilakukan oleh SIRIM.
-Kami dibawa sarapan pagi terlebih dahulu dibilik makan khas.
-Selepas itu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana, setiap kumpulan akan diwakili oleh seorang pegawai SIRIM untuk dibawa melihat sekitar kawasan R&D SIRIM.
-Macam-2 teknologi baru yang ada dalam bangunan SIRIM ini tiada dijual di pasaran.
Okey adik-2 , bagi abang senior masuk bilik makan dulu, dah lapar nie. |
Wah!!! jemput makan ye semua, tambah-2 jangan malu-2. |
Khai,Azri,Aiman,dan Paan sedang berdiskusi masalah para pelajar di meja bulat,haha merepek je aku nie. |
Lepas makan kena posing sikit, senyum yeeer kawan-2!! |
Okeyy, dibawah aku letak sedikit gambar-2 semasa proses lawatan sedang berjalan:
Sebelum masuk ke bilik R&D pertama, kami melalui office pekerja SIRIM, sunyi sangat macam x ada orang, klau nak tahu mereka semua ialah engineer yang pakar dalam bidang masing-2. |
Pergi ke Makmal robotik, ini antara robotik hasil ciptaan engineer mereka. Siap diberi peluang untuk main robot nie, jadi jakun sekejap macam budak-2. hahaha!!!!!. |
Ini antara jenis-2 robotik yang lain, macam-2 robot yang engineer mereka buat. |
Kawan aku cuba memperagakan robot ciptaan SIRIM. Ada bakat nampaknya,hehe. |
Mungkin tak jelas nie mesin apa, ini ialah mesin tenun yang direka oleh engineer SIRIM bagi membantu golongan wanita. |
Lagi satu yang menarik disini ialah dengan adanya mesin mencanting batik, wahh dahsyat-2. |
Ini merupakan salah satu lagi contoh teknologi SIRIM yang telah digunakan oleh masyarakat felda untuk memetik buah sawit. Tak payah guna galah besi yang panjang-2 lagi. |
Apa benda nie?? Ini ialah mesin biji sawit yang boleh mengupas kulit biji sawit dan mengasingkan kulit dan biji sawit. |
Ini ialah design plantation yang sedang dilakukan oleh SIRIM. |
Ini salah satu jenis PLC yang agak lain dari sebelum nie. |
Kawasan larangan, anda tidak dibenarkan masuk... serius aku tak tahu apa yang mereka lakukan..haha. Mr Mydin memang sporting. |
nak pergi mana tue??
Belum habis lagi nie....
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyudikan diri untuksinggah ke blog ini.
Segala kekurangan harap dimaafkan larh ye.
Lagi satu!!!
Kepada gambar kawan-2 aku yang ada dalam entri ini dan lawatan sebelum-2 nie harap korang x kesah yer, gambar anda semua dlm keadaan sopan dan beretika,hehe.Terima kasih ^_^