♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Sunday, February 3, 2013

Dendam


Assalamualaikum sahabat semua dalam selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, pagi ini aku ingin berkongsi sedikit topik yang sudah menjadi asam garam kehidupan manusia pada masa kini iaitu dendam. Manusia boleh kecewa, tetapi janganlah sampai ia berlarutan,kerana kecewa yang berlarut-2 itu akan menyebabkan hati kita sakit, apabila hati yang sakit itu berlarutan, sudah pasti ia akan mewujudkan perasaan dendam. Sebelum itu, sudah pasti kita pernah dengar bermacam-2 jenis dendam seperti dendam berdarah, dendam pecinta, dendam kesumat dan bermacam-2. Tapi itu bukanlah jenis-2  dendam yang ingin aku ketengahkan dalam entri  ini.

Okey, Apa itu dendam  ye???.
Bagiku dendam adalah salah satu penyakit hati yang menyebabkan hati kita bergejolak panas sehingga mampu membahayakan diri kita sendiri. Kita akan berasa ketidakpuasan hati terhadap seseorang yang kita dendamkan. Dalam waktu itu, kita akan sibuk memikirkan hal orang lain padahal ada sahaja banyak perkara yang boleh kita lakukan dalam hidup ini, tetapi mengapa kita sanggup untuk mempunyai perasaan hasad kepada orang lain.Kita kena sedar kerana dendam itu tidak pernah menemui jalan penghabisannya, kerana dendam itu merupakan luahan kemarahan hati kita terhadap seseorang yang tidak mampu dibalas secara zahir terhadapnya. Hanya kemaafan yang ikhlas sahaja dapat memadamkan dendam.


Kita mesti geram dengan orang yang kita dendamkan!!!!!
hahaha


Disini aku ingin menonjolkan satu contoh cerita yang boleh kita kategorikan sebagai dendam>
  

Contohnya: kisah seorang lelaki dan wanita yang sedang bercinta, lelaki  tersebut sudah melepaskan wanita yang dicintainya itu dengan mengatakan "aku sudah ikhlas melepaskanmu",walhal disebalik lubuk hatinya itu dia tidak rela melihat bekas kekasihnya itu bercinta dengan orang lain. Sehingga dia menginginkan bekas kekasihnya itu tidak bahagia dan mendoakan untuk mendapat musibah. Hal seperti itu boleh kita kategorikan sebagai dendam bukan. Sahabat, jangan pernah kita didik diri untuk meniatkan keburukan buat orang lain. Tidak ada hak untuk  kita melihat orang lain sengsara, tidak ada hak untuk kita melihat orang lain berduka.




Tidak dinafikan sama sekali, ada dendam yang muncul disebabkan ketidakpuasan ataupun kekecewaan. Mungkin kerana mereka pernah disakiti dan difitnah. Ini kerana, hati manusia itu tidak mampu dilihat secara zahir. Kita perlu ingat, tidak ada manusia yang tidak punya kesalahan dalam kehidupan. Apakah mungkin jika kita memaafkan mereka kita akan menjadi rugi??. Sudah mungkin tidak, kerana sifat pemaaf itu adalah salah satu sifat Pengampun yang ada pada Allah SWT.



Sebelum itu, ada 3 perkara yang tidak boleh hilang dalam diri kita ini, pertamanya iri hati, kita ini makhluk yang sentiasa tidak pernah puas dengan nikmat yang kita ada sehingga tidak boleh melihat kehidupan orang lain lebih daripada kita. Akhirnya timbulnya iri hati kepada orang lain. Tidak salah untuk kita iri hati, kerana iri hati yang positif boleh memberi manfaat kepada kita.  Keduanya kepercayaan, apabila kita memberi seseorang kepercayaan dan dia mengkhianati kita, sudah pasti akan timbul kebencian dan kemarahan dalam diri kita. Akhir sekali dan yang paling bahaya ialah dendam. Pasti akan timbul kebencian kita kepada seseorang apabila kita berdendam dengan sesorang. Walhal yang lebih menakutkan apabila dendam yang boleh membawa kepada pembunuhan.


Sahabatku semua!!!Mari kita jernihkan  dulu diri kita dan barulah kita berdoalah kepada ALLAH, kita maafkan orang-2 yang telah berdendam dengan kita. Kita ikhlaskan kemaafan kita dan kita hilangkan perasaan dendam kita kepada orang lain.
 

Sedarkan diri kita kawan-2,bersihkah hati kita??, sucikah diri kita??, apakah kita merasa lebih baik dari orang lain, tanyakan pada diri kita kawan-2?? layakkah kita menilai org lain itu jahat.Mana mungkin kita boleh mendapat redha Allah ketika mempunyai hati yang busuk dengan orang lain. Sedangkan kita sendiri punyai dosa yang sebanyaknya, sudahkah kita memohon ampun, sudahkah jaminan diri kita ini penghuni syurga, marilah sama-2 kita hilangkan sifat dendam, khususnya kepada orang-2 yang kita cinta iaitu ibu bapa, rakan-2 , saudara dan sesama manusia.




Marilah sama-2 kita luputkan perasaan dendam yang ada dalam lubuk hati kita selama ini, hidup didunia ini tidaklah kekal selamanya. Apa untungnya kita mempunyai dendam dengan saudara seislam kita, walhal kita di tuntut untuk berkasih sayang sesama islam. Semoga Allah merahmati kita semua InsyAllah.

Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda:
 “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Doa:
Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri(Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”)


Surah yang boleh diamalkan supaya kita dihindarkan dari sikap dendam dan didendami:
1.Baca Surah AL-Ikhlas( untuk diri kita)
2.Baca Surah AL-Falaq ( Iri hati)
3.Baca Surah An-Nas ( Gangguan & Hasad dengki)



Sayangi saudara-2 anda sekalian tanpa sifat dendam.

Sekian sahaja untuk kali ini, mohon maaf jika kesilapan penulisan dan yang baik semuanya datang dari
Allah SWT. Wassalamualaikum ^_^

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...