♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Saturday, November 24, 2012

Bersabarlah andai ditimpa musibah

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah hari ini berkesempatan jugak saya menulis dalam blog ini setelah lebih kurang 10 bulan tidak menulis di dalam blog ini. Bila kita melihat angka 10 itu kita mungkin merasa lama.Tetapi jika kita yang melalui kita rasa masa itu sekejap dan berlalu dengan pantas.Dalam masa 10 bulan macam-2 dugaan kita boleh dapat.Ada gembira dan ada sedih. Bagaimana kita melalui kehidupan yang gembira dan sedih itu??

Bagi sy tempoh 10 bulan itu banyak memberi saya pengalaman hidup yang gembira dan sedih. Yang gembira bila sy dan 1st admin dapat sama-2 menghabiskan belajar untuk peringkat diploma dan bakal konvo dalam beberapa hari lagi dan kami dpt menyambungkan pelajaran ke peringkat degree walaupun berlainan tempat , dapat merasa pengalaman bekerja walaupun sekejap dan dalam tempoh 10 bulan itu macam-2 orang yang sy jumpa dan macam-2 pengalaman hidup yang saya dapat.

Dalam tempoh 10 bulan itu juga saya menerima pelbagai dugaan. Dugaan kalau boleh semua orang tidak mahu melaluinya. Tapi apakan daya Allah itu maha berkuasa. Jika kita diuji jangan cepat melenting tetapi perbaikilah diri dan sentiasa positivekan diri. Mungkin masa mula-2 menerima ujian dari Allah kita seperti orang yang berputus asa ataupun orang putus harapan.Jangan kita ambil jalan singkat tetapi renungkanlah kembali dugaan yang kita terima.

Fikirlah kenapa allah beri ujian ini kepada kita??Allah bagi dugaan sebab Allah sayangkan kita dan Allah xnak kita lalai dalam hidup di dunia ini. Jangan sesekali kita mengeluh tetapi sabar dalam menghadapinya. Mungkin rasa sakit itu sekejap tetapi jika kita sentiasa dekat dengannya insyallah rasa sakit itu akn bertukar menjadi perkara yang manis suatu hari nanti. Allah juga telah berfirman "sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya". 






Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?


Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)



sekian (2nd Admin) ..

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...