♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Tuesday, October 30, 2012

Keranamu Motor Berjasa

Assalamualaikum semua,
Adakah kalian masih mengenali blog ini?? ^_^.
Entri kali ini aku akan cuba buat seringkas mungkin ye. Mungkin kerana ingin kembali aktif menulis blog setelah lama menyepi daripada post-2 yang kontroversi sebelum nie,haha. Aku berasa bersyukur kerana mempunyai sebuah motosikal lama yang telah lahir pada 1998 dan banyak berkhidmat kepadaku dan keluarga sehingga sekarang. Usianya telah mencecah 14 tahun dan inilah antara benda kesayangan yang aku ada.



DETIK:

Bermula dari aku usia 7 tahun, motosikal inilah yang menjadi pengangkutan yang berkhidmat untuk menghantar aku dan kakak ke sekolah rendah setiap pagi sebelum ayahku menggunakannya untuk ke tempat kerja. Selain dari itu, ibu turut menggunakan motosikal ini untuk ke pasar sekirannya ayah tiada dirumah untuk kerja luar atau sebagainya. Ibu akan membonceng aku dibelakang sewaktu itu untuk menemani beliau ke pasar.

Tapi masa berlalu dengan pantas dan kini aku telah berusia 13tahun, dan pada waktu itulah buat pertama kalinya aku menunggang motosikal ini tanpa lesen untuk pergi bersiar-2 bersama rakan-2. Walaupun sering dihalang oleh ibu disebabkan tidak mempunyai lesen, tetapi jiwa muda yang inginkan pembaharuan dalam hidup, aku mengendahkannya tanpa rasa bersalah.Jahat kan???,haha.

Putaran masa pun terus meninggalkan aku lagi dan kini aku telah berusia 19 tahun. Syukur Alhamdulillah  kerana diizinkan untuk  menyambung pelajaran ke Universiti tempatan yang jauh terletak diutara semenanjung negara. Pada semester pertama, aku hidup disana hanya bergantung kepada pengangkutan awam. Walaupun memang tidak dinafikan aku mengalami kesukaran untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain, tapi  itulah nilai kehidupan yang dapat aku belajar, orang tua-2 cakap, biar susah dahulu, bersenang-2 kemudian.

Selain pengalaman gembira, aku juga inign berkongsi pengalaman sedih bersama motosikal ini. Pada cuti semester 3 Diploma sekitar tahun 2011, aku telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama motosikal ini. Kejadian sedih itu telah berlaku berhampiran kawasan perindustrian tempat ayah aku berkerja. Pada waktu itu hujan sangat lebat dan aku bergegas untuk pulang ke rumah dengan segera selepas menghantar ayahku kerja. Tapi malang tidak diduga, ada sebuah kereta yang melulu keluar dari seimpang dan terus melanggar motosikal aku dari arah sisi kanan. Tercampaklah aku ke tepi jalan sambil aku lihat moto aku berputar terhempas diatas jalan yang basah. Alhamdulillah, aku masih selamat dan terus cuba bangkit sambil ditolong oleh beberapa orang pakcik yang prihatin. Ketika itu, aku hanya mengucapkan syukur berkali-2 kerana masih dipeluang oleh ALLAH untuk hidup dimuka bumi ini. ^_^.


Kini, aku sudah mencapai umur 20-an dan motosikal ini masih setia berkhidmat kepada aku. Kalau dahulu motosikal ini mengahantar aku pergi ke sekolah rendah. Kini ia menjadi teman aku untuk pergi ke kuliah setiap hari. Tidak sampai hati rasanya untuk menjual motosikal ini. Keadaan motosikal ini pun sudah agak uzur kerana tidak pernah diservis dan dicantikkan. Aku hanya sekadar menukar komponen yang rosak dan membasuh motosikal ini jika ada kelapangan.

Akhirnya aku terdetik untuk cuba memperbaharui motosikal ini dan (overhaul) enjinnya. Aku telah membelanjakan sedikit duit simpanan aku untuk merubah motosikal yang sangat bermakna ini. Dengan dibantu oleh rakan baikku (Asha), dia menolong aku untuk membeli barang-2 baru seperti tayar,rim,cover set dan sebangainya yang  aku rasa perlu untuk ditukar. Walaupun kosnya agak ratusan, tetapi aku sangat berpuas hati kerana dapat merubah sang motor yang sangat berjasa ini.




SEBELUM PENGUBAHSUAIAN:




SELEPAS PENGUBAHSUAIAN:







Inilah wajah baru motosikal aku yang mungkin tidak seberapa dimata kalian tapi amat berharga bagi hidup, cewahh. Mungkin selepas ini aku mempu memiliki kereta??? InsyALLAH ada rezeki dapatlah aku memiliki sebuah kereta suatu hari ini. Terima kasih kerana sudi menerjah blog ini dan membaca perkongsian cerita yang mungkin tidak memberi manfaat kepada kalian semua. Hargailah apa jua kenderaan yang anda ada sekarang, kerana masih ramai lagi manusia yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk  menuju ke sesuatu destinasi. ^_^




                     



Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...