♥KITA SENTIASA MUDA UNTUK MELAKUKAN DOSA TETAPI TIDAK PERNAH TUA UNTUK BERTAUBAT. ♥

Total Pageviews

Saturday, January 28, 2012

Lawatan Part 1


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah  bertemu lagi kita semua di dalam ruangan blog ini
 untuk aku berkongsi  pengalaman seterusnya. Ku berharap kalian semua sihat sentiasa,InsyAllah.

Minggu ini aku terlibat dengan satu lawatan fakulti Electrical Eng.(Insturment)
ke Selangor dan Kuala Lumpur selama 3 hari. Lawatan ini merupakan  Lawatan Industri(LI)bagi pelajar-2 semester akhir untuk dibawa ke Industri atau tempat-2 yang berkaitan dengan bidang elektrikal.

Teruja juga la nak pergi trip nie walaupun sibuk memikirkan
fyp yang masih tidak siap sepenuhnya,haha. InsyAllah, dengan baki masa yang ada, akan aku cuba sedaya upaya untuk menyiapkan semuanya  selepas lawatan ini. Okey, aku akan kongsikan penglaman ini mengikut hari demi hari ya. Nak masukkan semuanya dalam satu entri mcm tak seronok pulak, apapun korang layan je la apa yang aku sediakan  dibawah ini.zasss ----->


6ptg(Rabu)   
-Kami semua bertolak dari Kampus(Uitmpp) selepas memastikan semua ahli telah siap   berkumpul selepas solat asar.
-Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.
-Lawatan ini dibawa oleh dua buah bas yang mana satu bas untuk mahasiswa, dan sebuah lagi untuk pelajar mahasiswi.(no campur-2,haha).
--Pastikan membawa kopiah bagi pelajar lelaki.( no excuses).


8.40mlm
-Kami semua berhenti di Tapah lebih kurang  45 min untuk solat dan makan malam.
 -Sambil-2 tu boleh pergi tandas untuk melepaskan segala-2nya.
 -Berbual-2 bersama rakan-2 dan bergelak ketawa sementara tunggu untuk meneruskan perjalanan semula.

12.20mlm  
-Waktunya aku x pasti sangat tapi lebih kurang tepat rasanya.
-Kami semua telah selamat tiba di UKM Bangi.
-Teruja tengok kampus UKM yang besar tu. Selain itu, jarak Kolej tempat penginapan kami dan pintu  gerbang masuk UKM lebih kurang 2.5km. Kalau jalan kaki, memang semput.
-Check in bilik, mandi dan tidur.


Inila kolej penempatan rombongan kami semua



Bilik penginapan, sebenarnya ada 2 katil dan 2 almari,
tapi sebab camera kecik capture separuh  je. Bilik aku dan khairul syazwan.
OK la selesa tidur sini


Surau ini tempat utama kami semua sembahyang subuh berjemaah kerana berhampiran dengan kolej.
Pukul 6pg dh kena berkumpul disini.

Sampai disini sahaja untuk bahagian pertama, sebab masa aku tiba di kolej ukm pon badan dah penat,.Tak sempat nak amik gambar banyak-2. Nantikan bahagian kedua muncul..hahaha .
Terima kasih sudi singgah.^_^

Saturday, January 21, 2012

Meronda Fixie Dengan Kawan

Assalamualaikum semua kawan-2 cik madu, mudah-mudahan kalian semua sihat ^_^

Cuti hujung minggu nie kawan-2 buat apa yer??
Mesti ramai yang pulang ke kampung halaman kan??
Mesti ramai kawan-2  sedang berehat dirumah dengan keluarga tercinta^_^
Yela cuti sampai hari selasa, memang seronok la..
Tapi, aku dan kawan-2 serumah tak dapat balik bercuti ke kampung??
Sebab kampung kami jauh dan cuti yang tidak terlalu panjang,
Kalau balik pun rasa tak macam sekejap sangat...

Apa pun, hari ini aku seronok sangat..

Sebab??


        6-ptg: aku, hisyam, apis choki pergi meronda-2 menaiki fixie,
tapi fixie pinjam je la, nak beli tak mampu sebab mahal sangat,haha.
Ada la membe aku sorang nie (ifwat) pinjam 3 fixie dari kawan-2 dia budak poly sebab diaorang balik bercuti.

       Citer dia, mula-2 kami pun pinjam la fixie-2 tersebut untuk pergi meronda di sekitar seberang jaya dan permatang pauh. Huhu, memang best la. Tapi sebelum itu, kami pergi jemput seorang fixie profesional dirumahnya untuk memimpin kami. Nak tahu cerita seterusnya, aku akan terangkan bawah gmbr ok:



Ini dikawasan kondo pesona, sementara menunggu fixie profesional tue siap-2.
Yang sebelah kiri itu apis choki, dan yang kacak sikit tue hisyam..

Lama sangat tunggu membe lagi sorang tue turun dari rumah, apa lagi  posing la..haha

OKey, yang tengah tue la fixie profesional (cik aten), dia dah kira otai la bab fixie nie, tadi kami semua tunggu dia
untuk pimpin kami jalan-2. Kena ceramah sekejap dengan si aten nie sebab kami pakai selipar..haha.

Okey, posing lagi dekat belakang pemandangan yang cantik..



Meneruskan perjalanan ke destinasi yang tiada arah tuju,

Apehal pulak, posing punggung mamat nie!!haha
Kalau nak kenal dia, baca la blog dia dan follow,
click  site nama di bawah
<BLOG HISYAM>

Semasa jalan-2, ada awek pulak lalu naik moto sebelah, ape lagi ??
si hisyam nie pasang ayat la ^_^
Dah hampir 1jam pusing-2, singgah petronas untuk pam tayar,
bukan isi minyak yer??haha
Hehe senyum semua, dah lepas pam tayar, kami semua antar si aten nie  balik dan
pulang.7.30 mlm baru sampai dirumah.

Terima kasih dekat cik aten, apis choki , icam sebab join trip petang tadi. Ini pengalaman pertama aku naik fixie ronda-2 kat penang. Tidak lupa juga dekat ifwat sebab bagi pinjam fixie dia n geng-2 dia. Terima dekat pengunjung-2 semua, nanti aku kongsikan lagi pengalaman aku.

~END~







 

Tuesday, January 17, 2012

Kasut Bola Terpintar

Assalamualaikum semua:-
Pagi tadi aku baca-2 surat khabar dan aku terjumpa satu topik menarik yang dimuatkan bagi peminat sukan bola sepak khususnya. Kagum juga larh dengan teknologi yang semakin berkembang nie.

Nak Tahu???
Korang bacalah sendiri:

            Adidas Malaysia Sdn Bhd telah memperlihatkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 
'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell'. Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.


saya nak juga!!!
     
 Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata,
kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g,
namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.


Aplikasi miCoach:

  • Membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.
  •   Membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi.
  •  miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

          *Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

~Bagi sesiapa yang mampu dan teringin menikmati kepintarannya, boleh la mendapatkannya dengan segera~ yee..^_^
sumber:enter

Sunday, January 15, 2012

Berbelanja Sakan Bersamanya



Assalamualaikum semua kawan-2 yang dikasihi & disayangi.

         Hari ini hari minggu, aku dan rakan-2 serumahku  tidak mempunyai aktiviti untuk dilakukan. Nak study malas pulak, hahaha. Jadi kami semua telah membuat keputusan untuk pergi membeli-belah hari ini. Tapi membeli-belah ke mana???. Itu kalian kena tunggu sebentar lagi  yep.

            Selepas solat zohor,  kami semua pergi makan tengahari bersama-sama berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Sebenarnya, aku dan kawan-2 telah berpakat untuk pergi bershooping di pacific Penang selepas makan. Lepas settle makan jerk,  kami terus menuju ke destinasi. Dalam 10 min kami sampai di sana, kelihatan pacific agak sesak kerana hujung minggu. Biasalah, ramai yang  datang berbelanja bersama keluarga, kawan dan sesiapa sahaja. Okey, tujuan aku dan kawan-2 adalah untuk berbelanja di POPULAR.

           Kalian tahu  x apa itu POPULAR. Kalau tak tau, pergi tanya dekat kawan-2 yang tahu ok, hehehe. Ermm, jangan marah?? aku bergurau jer!!. POPULAR tue kira macam bookstore la. Macam-2 bahan ilmiah ada jual disitu. Selain itu, kelengkapan peralatan belajar dan macam-2 larh ada dijual.
beli guna baucer lepastu ada promotion lagi



        Aku rasa dah hampir 3 tahun aku di Penang, first time aku jejak dalam bookstore POPULAR tue,haha.Bukan apa, aku nie bukan jenis rajin membaca sangat kecuali buku-2 yang aku minat. Dishortkan cerita, lepas aku masuk dalam bookstore tu, terus jadi rambang mata. Macam-2 aku nak beli, tapi apa pun aku kena bijak untuk memilih. Niat nak shopping dekat popular pun sebab aku baru dapat baucer RM200.So, rugi larh kalau tidak digunakan dengan sebaiknya.


        Untuk hari ini, hanya aku, ifwat, redduan, syafiq dan izuma telah menggunakan baucer RM50 masing-2. Rakan yang lain, masih berkira-2 untuk membeli apa??,haha. Alhamdulillah dengan rezeki ini, macam-2 benda yang kami beli, harap semua barang terseebut akan digunakan. So baki baucer RM150 akan digunakan untuk membeli buku rujukan pelajaran kami diperingkat diploma ini. Ada juga member aku yang sorang nie (khairul) sampai x tahu nak beli apa. Dia pening tengok buku banyak-2, hahaha. Belek-2 buku, letak. Ingatkan nak beli, apa pon x boley. Pesanan aku, beli je asal benda itu berfaedah dan berguna.

Dah penat baca panjang-2 mesti nak tahu apa  aku dan kawan-2 beli,
Korang usha la gambar kat bawah nie, ^_^


VVVV
VVV
VV
v
    gunting pon kitaorg beli,haha

  1. kalau x kerana baucer, memang x beli kowt??



Buku Ustaz Azhar Idrus pun beli jugak??



Siap promote blog lagi tuh!!

~Terima Kasih kerana Sudi Singgah~

Friday, January 13, 2012

IMAM Malik Bin Anas

Riwayat Hidup
a.Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah.
b.Namanya yang sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi.
c.Imam Malik rahimahullah adalah pengasas "Mazhab Maliki".
d.Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan  oleh masyarakat.
e.Beliau telah meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86  tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.

 Peribadi
a.Imam Malik rahimahullah mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau hafaz Al-Quran
ketika usianya masih muda.
b.Beliau mempunyai akhlak yang sangat mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang bersih dan mahal, serta bau-bauan yang harum.
c.Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci  kepada perbuatan mencela
sesama manusia.
d.Beliau merupakan seorang hartawan yang sangat dermawan dan  menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah.
e.Beliau sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
f. Beliau sangat tabah menghadapi sebarang ujian  yang menimpanya. Beliau  pernah disebat dengan cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang   belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah.
g. Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah  S.W.T. Beliau juga kuat
beribadat terutama sekali pada waktu malam.

 Pendidikan
a. Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau hafaz Al-Quran dan hadis.
b. Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari  beliau mendengar gurunya menyampaikan 30 buah hadis secara lisan, beliau dapat mengingati 29 buah hadis daripadanya.
c. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru. Sebahagian daripadanya  terdiri daripada ulama tabiin.
d. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di kota Madinah kerana pada waktu itu kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu  agama. Ramai para sahabat dan ulama tabiin berdakwah di Madinah.
e. Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya Imam Malik muncul sebagai ulama fikah yang terbesar dan unggul  di seluruh Madinah.

 Sumbangan
a. Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu  hadis.  Beliau  sangat  berhati-hati  dalam menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis untuk  memastikan kesahihannya.
b. Kerana kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari   luar Madinah datang untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.
c. Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik  juga menganalisa   hadis-hadis tersebut untuk merumus hukum-hukum agama.
d. Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya.
e. Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100,000  buah hadis. Walau bagaimanapun tidak semua hadis-2 tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis, hanya 10,000 buah hadis sahaja yang diakui sah.
f. Daripada 10,000 buah hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan   Al-Quran, akhirnya hanya 5,000 buah hadis saja yang benar-benar  diterima sebagai hadis Rasulullah s.a.w. yang sah.
g. Hadis-hadis tersebut disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama "Al-Muattok".
h. Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebelum setiap hukum yang dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran dan hadis. Jika tidak terdapat di dalam kedua-dua sumber tersebut, barulah  beliau merujuk kepada Ijmak ulama, Qias dan akhir sekali Masolih  Al-Mursalah.
i. Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab Al-Muattok yang  menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang.
j. Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.

Thursday, January 12, 2012

Baucer RM200


Assalamualaikum semua:-
        Pejam-celik pejam-celik masa berlalu dengan sangat  pantas. Rasanya  macam baru semalam aku mengupdate blog, tapi hakikatnya sudah hampir dua minggu aku x mengupdate entri baru. Biasalah, dah pertengahan semester nie, banyak kerja menimpa-2, ditambah lagi dengan (test)ujian-2 yang berderet sepanjang minggu ini. Selepas itu, ditambah lagi dengan mini lappy aku yang sakit tenat...erghhh mau pening kepala dibuatnya.

         Okey, pasal mini lappy aku yang sakit tue nanti aku cerita dalam entri lain yerr. Entri kali ini aku nak cerita pasal dapat duit RM200. Kawan-2 yang berlajar di IPTA, IPTS, matrik atau lain-2 mesti tahu benda apa yang aku ingin bentangkan kali ini. Seperti semua sedia maklum, dalam pembentangan belanjawan 2012  tahun lalu, PM Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di IPTA, IPTS, Matrik dan Form 6.

         Pengumumam ini sudah pastinya disambut baik oleh semua golongan penuntut tidak kira mahasiswa atau mahasiswi di seluruh Malaysia dengan mengetepikan segala perspektif negatif terhadapt pemberian baucer ini. Paling tidak pun, dapat la juga meringankan beban penuntut-2 semua dalam membeli kelengkapan pembelajaran. Baucer ini tidak boleh sama sekali ditukar dengan matawang Ringgit Malaysia kerana ianya merupakan inisetif kerajaan untuk memastikan para pelajar tidak menyalahgunakan pemberian baucer RM200 dengan memberli barang-2 yang tidak memanfaatkan. Baucer ini diberikan bertujuan untuk pembelian buku akademik, majalah ilmiah, peralatan perbelajaran dan mana-2 yang berkaitan.

         Penerima-2 baucer buku  boleh menebus baucer tersebut di semua kedai buku yang menyertai program ini. Seperti yang diberitahu, tempoh sah laku baucer tersebut adalah selama 3 bulan bermula 1Jan hingga 31 Mac 2012. Siapa yang belum tuntut baucer boleh la pergi dapatkan di institusi masing-2 okehh. Jangan lepaskan peluang selagi stok masih ada!!!^_^.


===> Terima kasih kepada yang sudi baca. <===
     Jom  bershopping di kedai buku  bersama rakan-2

INI BAUCER SAYA PUNYE!!!

~Atenttion: Berbelanja dengan bijak~





Tuesday, January 3, 2012

DiCeroboh

Assalamualaikum kepada semua  pengunjung dan  kawan-2  setia blog cik madu.

Aku nak mengadu cerita sedih dekat korang nie, harap korang terharu yer!!! ^_^
        Pada malam  1 Januari yang lalu, aku telah mengalami sesuatu pengalaman yang agak menyeramkan sejak berkecimpung dalam dunia blogger nie, hahaha. Pengalaman  yang aku maksudkan ialah blog aku diceroboh. Terkejut aku dibuatnya!!!!

        Pada malam tersebut, blog kesayangan aku telah diceroboh oleh seorang hackers tempatan yang menggelarkan dirinya Penggembara Timur. Sebelum ini , apa yang aku tahu  Penggembara timur ini adalah nama watak dalam cerita-2 pahlawan. Rupa-rupanya ada juga manusia yang menggunakan nama tersebut sebagai hackers.

        Pada permulaannya, aku menyangka aku merupakan mangsa pertama hackers tersebut, rupa-2nya sudah banyak blog yang berjaya digodam oleh  Penggembara Timur. Tabik spring la kat hacker nie!!

Ini contoh page blog aku selepas Berjaya ditakluki oleh beliau:





Lebih kurang 1 jam lebih blog aku digodam. Tapi apa yang aku respect ialah hackers tersebut bukanlah jahat sangat nak merosakkan blog kita. Beliau cuma ingin menyedarkan blogger-2 supaya lebih berwaspada semasa memilih passwuord untuk akaunt blogger anda. Janganlah password yang anda dipilih itu terlalu mudah. Buat la password yang panjang-2 dan campurkan hufur dan nombor dalam password itu yer.


       Blog dah kena hack, xkan aku nak berdiam diri jer kan. So, apa lagi cepat-2 aku pergi menuntut supaya blog aku dibebaskan balik. Pada mulanya hacker kata esok baru boleh dapat. Bodek punya bodek, lembut juga hati hackers tue. Alhamdulillah. Beliau berjanji akan mengembalikan blog aku kepada asal pada pukul 12 tengah malam. Dalam 20min selepas pukul 12malam. Akhirnya blog aku kembali kepada keadaan sedia kala. Ini antara slot chatting aku dengan Penggembara Timur(hackers), hehe pandai juga hacker nie bergurau-2 :



        Ok, sebelum aku menutup entri ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada team hack Pengembara timur yang telah berjaya menakluki blog aku dan blog blogger-2 lain. Dari sudut positivenya, aku akan menjadi blogger yang lebih berwaspada dan berhati-2. Selain itu, terima kasih juga kerana memberitahu kami(mangsa) supaya menuntut balik blog kami di laman official anda. Kalau x, pening juga nak fikir, haha. Dari sudut negative pula, mungkin ada yang tidak boleh menerima pencerobohan blog seperti ini.


Tetapi anda(blogger) yang menjadi mangsa perlulah menghargainya kerana ada orang yang ingin menyedarkan kita tentang jenayah siber. Selamat ada hacker baik macam Penggembara Timur..haha ^_^..okey selamat berblogging semua.
Semoga korang hati-2 yer!!!
Kalau anda kena hack,sila click official facebook beliau ini
<Hacker Blog>


Tunai atau Hutang

Assalamualaikum bro-2 and akak-2 semua:-
Hari ni aku nak tanya pendapat korang lagi..




Korang lebih suka beli sesuatu barang secara tunai atau hutang?? tidak kira la barang itu murah atau mahal???


Cepat tolong Jawab dengan jujurnya +_+


      Siapa yang jawab suka beli secara berhutang tue cepat-2 lah berhenti yer. Hidup orang yang suka berhutang ni, hati dia tidak tenteram tau. Hari-2 fikir cukup ker duit aku nak bayar hutang. Hutang ni pun boleh jadi tabiat dan hobi juga. Selalu orang yang berhutang ini dia seorang yang suka menunjuk-nunjuk. Hidup nak bergaya tapi duit tak ade.Pinjam sana pinjam sini last-2 tidak mampu bayar.



       Kalau aku diberi pilihan, aku akan pilih beli secara tunai. Kenapa?? Sebab utama senang and tak payah pkir duit bayar hutang bulan-2. Lagi satu kalo kita beli hutang harga barang tue akan menjadi 2 kali ganda mahal. Itu menunjukkan pembaziran ye kawan-2. Kalau tak ada duit buat cara tak ada duit. Kalau nak sangat sesuatu barang tue, kita kumpul duit sampai cukup baru kita beli. Maaflah kalau ada yang terasa, tapi ini hanya pandangan aku je. Kalau x suka buang je  pendapat  x guna ini tepi laut,hihi.


Selagi kita boleh elak dari berhutang kita elakkan. Kalau beli kereta dengan rumah tue hutang tidak mengapa. Sebab harga dia mahal sangat. Kalau tak hutang, alamat sampai ke tua lah tak dapat rumah dengan kereta tue. Kan bagus juga kalau Malaysia guna sistem dinar dan emas. Tidak adalah berlaku perbezaan harga sangat. Tapi itu semua bergantung sikap diri sendiri juga, bijak berbelanja senang lah hidup dikemudian hari.


      Itu sahaja yang ingin aku sampaikan, buatlah perancangan wang dengan sebaik-2 nya, keputusan ditangan korang sendiri. Thinking first before you make a decision!!. Okehh nantikan cerita seterusnya.



-Hidup biar tidak bergaya dan yang penting ada duit dan tidak berhutang-
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." [HR Muslim].
written by:2nd admin

Sunday, January 1, 2012

Pulangkan atau tidak

Assalamualaikum semua:-


Hari ni aku nak tanya sedikit lah pandangan korang.

Apa korg buat bila korang jumpa sesuatu yang berharga seperti laptop,wallet or handset???

a)korang pulangkan balik pada tuannya.
b)korang amek bnde tue dan buat harta sndiri

Pilih cepat..heheh..

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat ni kalau boleh aku nasihatkan korang pulangkan balik lah kat tuannya.Sebab itu bukan milik kita walaupun mahal atau canggih macam mana pun. Mungkin hari Ini hari dia kehilangan atau keciciran barang.Tapi kita xtahu esok lusa perkara sebegini  juga boleh terjadi pada diri kita sendiri.

Semalam kawan admin tercicir handset dia di tandas larkin sebelum naik bas balik Penang. Dalam 15 minit perjalanan dalam bas baru dia sedar handnset tu x ade kat dalam poket dia. Apalagi menggelabah semacam, cepat-2 lah dia terus call nombor handnset dia.Tapi Alhamdulillah ada orang angkat.Kawan admin mintak tolong orang tue pos kan handnset tue dan orang itu bersetuju.

 Harap-2 lah orang tue dapat kotakan janji dia.Kawan admin tue bernasib baik sebab handnset dia pakai password. So,orang yang ambil nset tue xboleh bukak dengan sewenang-wenangnya..heheh..Walaupun nset tue murah tp ada nilai tersendiri. Korang doakan ea harap-2 kawan admin tue dapat balik nset dia..Kalau x tak dapat balik terpaksa lah halalkan..

Kawan admin tue menangis masa kat dalam bas,sedih tengok dia. Sabarlah yer, lain kali handset tue jangan gantung kat jamban, kan dah lupa nak ambil.^_^


IMAM Ahmad bin Hanbal

Riwayat Hidup

a.Keturunan Imam Ahmad adalah satu keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada sebelah neneknya yang bernama Nazar bin Maad bin Adnan.

b.Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah bersamaan dengan 780 Masihi di Baghdad yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

c.Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal as-Syaibani.

d.Imam Ahmad adalah pengasas "Mazhab Hambali".

e.Semasa hidupnya, beliau merupakan seorang ahli sunnah yang terbesar, soleh dan zuhud.
Sesetengah ulama menganggap beliau adalah "Mujaddid" bagi abad ketiga Hijrah.

f.Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77 tahun.

Peribadi

a.Imam Ahmad bin Hanbal taat pada perintah agama dan kuat beribadat. Beliau telah mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam membaca Al-Quran dalam masa tujuh hari.

b.Beliau berjiwa besar, zuhud dan tidak terpengaruh dengan kemewahan hidup di dunia.

c.Beliau tabah dalam menghadapi ujian hidup. Beliau telah dipenjarakan dan didera kerana enggan mengakui pendapat "Muktazilah" yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah S.W.T.

d.Beliau sangat hormat kepada gurunya dan tidak suka bercakap perkara-perkara yang sia-sia melainkan perkara-perkara yang bermanfaat.

e.Beliau suka memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang itu telah menghinanya.

f.Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat hingga dapat menghafaz hadis lebih banyak daripada orang lain yang hidup sezaman dengannya.


Pendidikan

a.Imam Ahmad telah menghafal Al-Quran keseluruhannya ketika berusia empat belas tahun.

b.Semasa beliau berusia enam belas tahun, beliau telah bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman, Basrah dan negara-negara lain untuk mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu tersebut.

c.Salah seorang guru Imam Ahmad ialah Imam as-Syafie. Beliau bertemu dengan Imam as-Syafie secara kebetulan semasa mengerjakan ibadat haji. Ketika itu Imam as-Syafie sedang mengajar di Masjidil Haram. .Imam Abu Zur'ah ( seorang ahli hadis yang terkemuka) pernah berkata bahawa:

"Imam Ahmad telah hafaz lebih sejuta buah hadis".

e.Walaupun hidupnya susah, cita-cita beliau untuk menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan tidak pernah padam dalam dirinya.

f.Perkembangan ilmu pengetahuan di kota Baghdad telah membuka peluang kepada Imam Ahmad untuk mempelajari dan mengkaji berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama yang terkenal.

Sumbangan

a.Seperti imam-imam besar yang lain, Imam Ahmad juga berpegang kuat pada hadis Rasulullah s.a.w. selain Al-Quran.

b.Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram, sama ada dari segi isi atau sanadnya.

c.Mazhab Hanbali terkenal dengan undang-undang dan hukumnya yang tegas dan ketat dalam
masalah yang tertentu. Para pegawai yang bersikap tegas menurut undang-undang digelar "Hanbali" oleh rakyat.

d.Dalam majlis ilmunya, beliau sentiasa membaca kitab-kitab yang ditulisnya sendiri. Kitab-kitab tersebut meliputi berbagai-bagai cabang. Antara himpunan hadis-hadis karangannya yang terkenal termasuklah "Al-Musnad".

e.Kitab Al-Musnad mempunyai 28,000 hingga 29,000 hadis yang sahih dan 100,000 hadis nabi yang tidak sahih. Kitab tersebut merupakan sumber rujukan ulama hadis dan sebagai pegangan apabila timbul perselisihan faham dalam satu-satu masalah.

f.Selain kitab Al-Musnad, Imam Ahmad juga menghasilkan beberapa buah kitab dalam bidang lain, misalnya tafsir Al-Quran, ilmu fikah, ilmu kalam dan lain-lain.

g.Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Ahmad termasuklah:

i.Tafsir Al-Quran.
ii.An-Nasakh wal Mansukh.
iii.Al-Musnad.
iv.Kitab ta'at ar-Rasul.
v.Kitab Al-Ilal. 3

h.Semasa hayatnya , beliau telah membuka kelas-kelas pengajian,n, iaitu pengajian umum dan pengajian khusus. Kelas-kelas pengajian tersebut diadakan di masjid-masjid dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai. Bilangan yang mendengar syarahannya bagi setiap kelas dianggarkan lima ribu orang. 

i.Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Baghdad, Mesir, Syria, Palestin dan Najd.

Anda Mungkin Juga Meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...